Saturday, 7 January 2012

PUNCA AMERIKA ARAHKAN ANWAR LANCAR REVOLUSI ~ BEBAS ANWAR 901

Ringgit dijangka naik berbanding dolar Amerika

Ringgit berkemungkinan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana data-data ekonomi yang lebih teguh dari AS boleh merangsang keyakinan terhadap pasaran-pasaran ekuiti dan menambah selera bagi pelaburan yang lebih berisiko serta mata wang Asia, kata peniaga.

Menurut perangkaan terbaru, sektor swasta di AS meningkatkan pengambilan pekerja pada Disember ke paras tertinggi bagi tahun lalu manakala tuntutan-tuntutan baharu bagi faedah pengangguran susut dalam bulan yang sama.

Satu kaji selidik oleh Reuters mendapati pelabur-pelabur menjadi yakin terhadap dolar Singapura dan ringgit Malaysia.

"Mata wang Asia akan mengatasi prestasi (mata wang lain) sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi Asia dengan disokong oleh penggunaan domestik dan peningkatan dana asing yang mengalir masuk ke rantau ini," kata seorang peniaga.

Dalam minggu ini, ringgit dan dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah masing-masing berbanding dolar AS ekoran kemasukan semakin banyak dana global ke rantau ini, meskipun kenaikan masing-masing agak terhad disebabkan oleh krisis hutang zon euro yang masih belum selesai.

Ringgit juga mengukuh dengan ketara berbanding euro sejajar dengan kedudukan mata wang euro yang semakin lemah berbanding mata wang utama lain, akibat krisis hutang rantau ini yang belum juga selesai.

Euro jatuh ke paras terendah dalam tempoh 16 bulan berbanding dolar AS Jumaat minggu ini.
Sementara itu, ringgit susut pada Jumaat, apabila pelabur mengambil untung setelah sentimen menjadi berhati-hati berikutan krisis hutang zon euro itu.

Secara perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit naik mendadak berbanding dolar AS kepada 3.1490/1520 daripada 3.1670/1700 Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4335/4368 daripada 2.4350/4373.

Bagaimanapun, unit tempatan itu turun berbanding yen kepada 4.0817/0871 daripada 4.0796/0845 minggu lepas.

Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 4.8838/8897 daripada 4.8807/8862 Jumaat lalu tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.0326/0377 daripada 4.0911/0960  - Bernama

Kalau ada pencacai pembangkang bertanya, KALAU MACAM TU, KENAPA SINGAPURA TAK DISERANG AMERIKA?

Ini jawapannya...


Klik untuk besarkan imej.

Kat Singapura, dapat duit dari luar dah kena ISA. Kat Malaysia, parti yang dapat duit dari Amerika pun masih boleh bertanding PRU.



*Peringkat pemulaan, PKR dah belanja USD 1.5 juta. Kalau tak percaya, sila baca artikel ini (http://mymassa.blogspot.com/2011/12/benarkah-lelaki-ini-adalah-kunci.html).




No comments:

Post a Comment