Sunday, 15 January 2012

PEMBANGKANG DENGKI.... HASUT PENEROKA FELDA!!!!


 Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta peneroka FELDA supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu. 

Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk FELDA. 

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat FELDA," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di FELDA Chini Timur di sini, hari ini.

 
Najib berkata, sebaliknya penyenaraian FGVH adalah satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka FELDA selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya. 

Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka FELDA di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini. 

"Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lalu, peneroka FELDA akan mendapat durian runtuh. 

"Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa sesuai dan ia mungkin melebihi RM500," katanya. 

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat. 

Katanya, sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri. 

"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," katanya. - BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment