Saturday, 21 January 2012

DULU PUJI.... SEKARANG HENTAM....!!!


DULU.... Ketika baru-baru dipecat dari UMNO, Anwar menjadi buah hati pengarang jantung kepada barat. Mereka puji melangit Anwar Ibrahim dengan mengatakan bahawa beliau adalah yang paling berkarisma dan layak untuk mejadi Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan. 

NAMUN....ramai yang tidak tahu, dan kepada para penyokongnya mungkin mereka buat-buat tak tahu, bahawa melalui Anwar Ibrahim lah barat mula memainkan peranan dan jarumnya dengan tujuan untuk melaksanakan agenda tertentu terhadap Malaysia.

IKUTI KUPASAN SELANJUTNYA....

Yusof Haron – Sekiranya Rudyard Kipling masih hidup, penulis British lahir dan dibesarkan di India dan menghabiskan sebahagian usia lanjutnya di England itu mungkin akan menulis sebuah lagi puisi sebagai lanjutan kepada puisi asal beliau berbunyi: “Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet…”
Kipling mungkin memahami pertembungan budaya Timur-Barat, namun sekadar tidak menyedari bagaimana Barat cuba memaksa Timur menurut acuan mereka, setidak-tidaknya dalam percaturan di antara kedua-dua bahagian muka bumi ini.
Justeru, dicelah-celah hipokrasi media Barat, ada mata dari sudut bertentangan. Maksudnya dipercayai dulu kini bukan lagi tidak dipercayai, tetapi dipersembahkan dalam perspektif berbeza dan berlawanan.
Inilah yang berlaku kepada majalah The Economist yang diterbitkan di England mengenai seorang tokoh dipersiapkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Menurut percaturan dan atas sebab yang hanya diketahui mereka, Anwar Ibrahim adalah tokoh paling berkarisma dan layak. Malah ketika itu media Barat menggambarkan tanpa Anwar, Malaysia tak mungkin dapat ditadbirkan dengan sepatutnya.
Sejak sebelum 1998, sebelum dipecat dari Umno dan disingkir dari kerajaan sehingga dibebaskan dari penjara kerana Anwar adalah buah hati Barat.
Barat nampaknya berjaya memerangkap pemimpin macam Anwar, Muammar Ghadafi, Aung San Su Kyi dan puluhan lain yang dipilih dan dididik serta diberi pendedahan sebagai wakil dalam melaksanakan agenda tertentu untuk kepentingan mereka.
Tokoh politik seperti ini dianggap sebagai Kuda Trojan atau ciptaan Barat sebagai persiapan meneruskan penjajahan baru.
Tidak berpuas hati dengan penyingkiran Anwar seolah-olah beliau adalah proksi Barat, kalau tidak di seluruh Nusantara sekalipun setidak-tidaknya di Malaysia, dia dilihat pula sebagai tokoh reformis oleh Amerika Syarikat di era Al Gore sebagai Naib Presidennya.
Sejak kenyataan Al Gore yang menyokong kumpulan reformasi diketuai Anwar untuk menentang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, semacam ada satu pakatan bagi menjadikan Anwar idola . Anwar dijaja di Barat sebagai suara keadilan dan tokoh baru bagi Malaysia.
Semasa dalam tahanan, media Barat menyiarkan rencana dan analisis termasuk siaran surat Anwar dari penjara. Imej Malaysia dan populariti Dr Mahathir merudum serta Perdana Menteri ke-4 itu menjadi tokoh paling dibenci oleh Barat.
Tapi kini nampaknya segala sokongan Barat terhadap Anwar sudah menampakkan petanda akan segera berakhir.
Sebuah tulisan dalam majalah The Economist jika dilihat dari sudut bertentangan, meletakkan tokoh utama pembangkang itu sebagai calon tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Selain diberi tafsiran reputasi tidak baik, Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” Maknanya Anwar kini kurang dipercayai oleh golongan muda.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
Anwar dibidas kerana membenar PKR ditadbir ahli keluarga serta parti itu pula mempunyai banyak masalah dalaman dan perebutan kuasa. Bukankah ada ramalan seandainya Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri, anak gadisnya (Puteri Reformasi) mungkin dipilih sebagai penggantinya—sekadar buat sementara sehingga Anwar bebas dari penjara.
Anwar dulunya relevan kepada Barat kini menjadi tidak relevan—mengikut majalah berkenaan.
Bagi pengikut Anwar, pendapat Economist itu bukan mencerminkan persepsi Barat secara keseluruhan. Anwar masih relevan dan bakal menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam mempertahankan Anwar, pengikutnya terlupa apa diperkatakan the Economist telah lama disedari rakyat negara ini. Sebahagian besar pemimpin pembuat dasar PKR kini adalah muka baru yang langsung tiada pengalaman zaman reformasi. PKR kini lebih dikuasai Azmin Ali sebagai timbalan presiden dan alat mempertahankan Anwar.
Barat bukan bodoh macam disangka banyak pihak. Kesetiaannya pada satu atau dua orang dicipta sebagai “wakil” mereka ada tempoh lupus. Ia juga bukan copyright pihak tertentu untuk berada di bawah mereka.
Kita lihat perkembangan ini sebagai merugikan Anwar, kita harus mengambil sikap berhati-hati terhadap apa disogokkan media Barat mengenai politik dan tokoh politik Malaysia. Barangkali hari ini, Barat menaja Anwar yang selama ini sudah menemui keserasian dengan pemimpin Malaysia kini, justeru pemimpin pembangkang itu kini sudah tidak lagi relevan dan berguna untuk agenda mereka.
Tapi apakah ini untuk selama-lamanya dan apakah agenda Barat sebenarnya?

No comments:

Post a Comment