Monday, 30 January 2012

DAP PEJUANG KEPENTINGAN MELAYU..???!!!

Parti DAP menafikan kenyataan pemimpin UMNO bahawa parti itu langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu di negara ini.
DAP melalui satu kenyataan sebaliknya mendakwa, UMNO sebenarnya yang meminggirkan masyarakat Melayu selama ini terutama di Pulau Pinang.
“Kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP mengadakan pebagai program kebajikan sosial membantu golongan masyarakat yang paling memerlukan tanpa mengira kaum.
“Rata-rata mereka yang dibantu itu adalah masyarakat Melayu yang selama ini telah dipinggir dan disia-siakan oleh UMNO,” dakwa kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu seterusnya menyebut, sekiranya pemimpin UMNO merasakan orang Melayu di Pulau Pinang tertindas dan tidak maju adalah disebabkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun di negeri itu sebelum ini.
Pada 27 Januari lalu  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dan terperangkap dengan tipu helah DAP.
Beliau dipetik sebagai berkata, sejak penubuhan parti itu DAP langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
Menurut beliau, tindakan parti DAP hanya helah semata-mata demi menarik sokongan Melayu sambil mempersoalkan mengapa baru sekarang DAP menarik orang Melayu menyertai parti itu. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment