Friday, 27 January 2012

APA SUDAH JADI..???? AHLI PAS KELUAR BERAMAI-RAMAI DI KEDAH..... SERTAI UMNO..!!!






Seramai 200 ahli PAS Felda Teloi Timur Sik telah meninggalkan PAS.
Kalau di ikutkan Felda Teloi Timur adalah kawasan yang penyumbang terbesar kemenangan Adun Jeneri.

Penyebab utama 200 orang ahli PAS (peneroka) yang bertindak keluar dari PAS kerana ketidak puasan hati mereka kepada Ahli Parlimen Sik yang tidak menepati janji.

Antara penyebab lain,mereka melihat PAS kini sudah tidak berada di landasan memperjuangkan Islam dan menjadi tunggangan DAP dan PKR

Tindakan keluar PAS di ketuai oleh Ketua Penerangan Kawasan dan Setiausaha MKK yang juga merangkap setiausaha kawasan,

Selain dari itu punca 200 tinggalkan PAS adalah

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka
Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat
bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.

Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para
peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada
dibiarkan.

Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka.

Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan
siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan
berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? 

Kenapa pihak kerajaan negeri sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka telah dipermainkan seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan peneroka mangsa perjuangan politik beliau.


BERITA SEBELUMNYA.... SELEPAS INI.....

No comments:

Post a Comment