Monday, 21 November 2011

( VIDEO ) - SAYA DAN KELUARGA JADI MANGSA FITNAH BESAR MEDIA SOSIAL – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak terkecuali daripada menjadi mangsa fitnah serta kepalsuan media-media sosial di negara ini.
Antaranya, beliau dituduh melakukan tawaf secara berseorangan bersama rombongan sambil diiringi oleh pasukan keselamatan Arab Saudi ketika mengerjakan haji baru-baru ini dan disebabkan itu jemaah lain telah dihalang untuk melakukan ibadah berkenaan.
Tegas beliau, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak benar dan tidak berasas malah ia merupakan satu fitnah yang amat besar.
”Saya pergi buat ibadah haji mendapat taraf tetamu diraja. Bukan kita minta tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Antara kemudahan diberikan apabila kita melakukan tawaf ada beberapa anggota tentera menjaga keselamatan kita.
”Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,” katanya.
”Apabila keluar dalam media sosial mereka padamkan jemaah haji yang lain seolah-olah saya dikepung dan diberikan keistimewaan hingga jemaah lain tidak boleh buat tawaf kerana saya buat tawaf. Ini satu kepalsuan dan fitnah besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, mereka yang melakukan fitnah itu langsung tidak takut kepada dosa-dosa besar ekoran daripada perubatan tersebut.
”Dosa besar mereka tidak takut, dosa kecil lagi mereka tidak takut,” katanya lagi.
Begitu juga katanya, fitnah terhadap anak perempuannya yang dikatakan telah berbelanja di Perth ketika beliau menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), baru-baru ini.
”Walhal anak saya berada di negara lain untuk menjalankan pekerjaannya dan tidak ada di Perth,” katanya.
Sungguhpun begitu, beliau mengakui media sosial banyak memberi manfaat terutama dalam usaha merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
”Saya ada blog sendiri, Facebook dan Twitter sendiri. Kebanyakannya saya twit sendiri dan ada kala pegawai menjalankan tugas ini bagi pihak saya. Saya mahu berhubung dengan rakyat. Saya mahu meletakkan hati saya dengan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri turut menceritakan bagaimana beliau telah menggunakan iPhone 4 untuk merakamkan mesejnya untuk rakyat Malaysia pada sambutan Aidiladha di Padang Arafah, baru-baru ini.
”Disebabkan urusan peribadi, tiada peruntukan jurukamera RTM dan TV3 untuk mengikut saya. Namun saya teringatkan dan rindukan rakyat Malaysia dan berhasrat untuk menyampaikan mesej Aidiladha kepada mereka.
”Akhirnya, saya terfikir untuk mengggunakan iPhone 4. Dengan iPhone 4, video dirakam dan ketika itu saya memakai ihram di Padang Arafah. Selepas selesai rakaman, ia dihantar menerusi e-mel dan kemudian disiarkan di RTM dan TV3. Gambarnya cukup jelas. Inilah manfaatnya kita gunakan teknologi baru,” jelasnya.
>>>   UMNO Online   <<<

HARUSSANI : MELAYU MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa sedih mengenangkan nasib bangsa sendiri yang mengemis dalam segala hal kepada bangsa asing tanah air sendiri.
Menurut beliau, dalam politik, orang Melayu berpecah dan dalam masa yang sama menyerang sesama sendiri untuk menegakkan kebenaran masing-masing yang belum tentu kesahihannya.
“Begitu juga dalam konteks budaya serta hak istimewa orang Melayu, entah apa yang tinggal lagi manakala ekonomi pula, orang Melayu jauh ketinggalan, berada pada takuk lama dek kerana kerakusan.
“Sepatutnya orang Melayu mempunyai harta dan pelbagai keistimewaan bersesuaian dengan status sebagai negara sendiri tetapi malangnya mereka menjadi pengemis dalam segala hal.,” katanya pada Forum Titah Raja Muda Perak di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia 2011, di Dewan Bankuet, Bangunan SUK, Ahad.
Tegas Harussani, undang-undang pentadbiran Islam di negara ini juga seolah-olah meletakkan orang Melayu sebagai warganegara kelas kedua kerana orang bukan Islam tidak boleh didakwa walaupun melakukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.
“Kita perlu perbetulkan perkara ini. Saya telah membuat teguran mengenai perkara ini sejak 1978 lagi tetapi tiada apa pun yang dibuat untuk memperbetulkannya.
Orang Melayu terutamanya wakil rakyat di Parlimen dan Dun boleh memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan dengan memperkasakan tujuh wasiat raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
>>>   PERAK TODAY   <<<

SIDANG DUN PERAK KE-12 : PEMBANGKANG EKSPLOITASI PIHAK TERTENTU BUAT DEMONSTRASI...!!!...



Hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 dicemari dengan demonstrasi tuntutan tanah rizab kerajaan negeri di Chemor di mana terletaknya Kuil Dewa Sri Mamaratha Muniswarar. Tapak tanah berkenaan sebelum ini diminta untuk dikosongkan oleh pemaju bagi tujuan-tujuan pembangunan.

SIDANG DUN PERAK KE-12 : KERAJAAN JANGKA PEROLEHI HASIL RM 865.12 JUTA TAHUN DEPAN



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam perbentangan Bajet 2012 hari ini mengumumkan anggaran hasil dan penerimaan pembangunan yang bakal diperoleh negeri itu sepanjang tahun hadapan adalah sebanyak RM 865.12 juta.

PR = PENIPU RAKYAT = PAKATAN RAKUS



Antara kecenderungan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat ialah mengorek dan kemudian mensensasikan cerita tesebut selain memutarbelitkannya dengan cara yang paling membingungkan. Hasil yang berlaku selepas itu adalah rakyat tidak akan dapat gambaran sebenar sebaliknya terpaksa mengikut acuan yang dibuat oleh Pakatan. Dan fenomena ini juga berlaku membabitkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, yang lompat lebih adalah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional walaupun mereka sangat membuta tuli dan bersifat spekulatif. Kita boleh melihat situasi ini dalam beberapa isu termasuklah isu lembu fidlot NFC yang sebenarnya bukanlah satu isu, bahkan dalil yang digunakan oleh para pemimpin Pakatan iaiatu Laporan Ketua Audit Negara pun, tidak tepat bahkan menyimpang jauh.
Para pemimpin Pakatan menyedari satu kelemahan nyata rakyat Malaysia yang sangat sukar untuk diperbaiki iaitu kegemaran untuk mendengar tetapi tidak membaca. Laporan berkenaan sangat jelas menyatakan program tesebut tidak gagal tetapi para pemimpin Pakatan menyatakannya sebagai GAGAL SEPENUHNYA dan KUCAR-KACIR. Dari mana mereka memperolehi pernyataan tersebut dan mengapa mereka tergamak untuk berbohong dengan wajah selamba, rasa-rasanya ramai yang sudah dapat
meneka.
Laporan tesebut wujud dan boleh diperolehi dengan mudah. Namun sesuatu yang mengkagumkan ialah kesungguhan dan tanpa rasa segan silu para pemimpin Pakatan seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin mengenepikan apa yang tercatat di dalam laporan berkenaan sebaliknya mereka mencipta ungkapan serta situasi tersendiri.
Bermula dengan menyatakan projek berkenaan gagal dan menyelewengkan dana rakyat, setelah diberi penjelasan, para pemi pimimpin PKR nampaknya bersepadu untuk menjadikan isu tersebut sebagai primier mereka. Dari sehari ke sehari tindakan dan taktik yang digunakan semakin kejam dengan fitnah sebagai peluru utamanya.
Sebabnya mereka tahu, rakyat Malaysia dan kelompok yang menjadi pendengar mereka tidak akan pedulidengan cerita sebenar kerana sebagai pemimpin politik yang cukup terlatih untuk memutarbelitkan sebarang isu, mereka telah mendidik pendengar bahawa apa-apa sahaja yang mereka tuturkan adalah benar, tepat dan sentiasa betul.
Agak menarik, kalau kita perhatikan kepada beberapa isu yang sama tetapi hanya membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat, lain pula sikap mereka. Di Perak contohnya, sehingga sekarang, bekas Menteri Besar yang masih lagi menganggap dia adalah Menteri Besar Perak yang sah, tidak dapat menerangkan rasional 999 tahun pajakan tanah yang diberikan kepada penduduk kampung-kampung baru di Perak yang kita
ketahui sebagai tempat kepungan untuk memutuskan rangkaian komunis pada zaman darurat oleh penjajah British.
Kalau penjajah pun tidak memberikan anugerah 999 tahun, maka rasional apa yang membuatkan Nizar mengambil tindakan yang sama? Kerana itulah dalam kebanyakan daripada kempen Pakatan, maka perkataan RAKYAT akan ditekankan. Bukan kerana rakyat sangat, tetapi semata-mata untuk memastikan
rakyat terus terkeliru dengan tohmahan serta kempen fitnah yang keluar dari mulut para pemimpin Pakatan Rakyat sepert Nizar Jamaluddin.
Sama ada rakyat masih lagi terbuai dengan dendangan lagu-lagu Pakatan Rakyat atau mereka sudah pun sedar bahawa selama ini mereka telah didodoikan dengan lagu yang cukup melenakan sedangkan pada masa yang sama, yang dikatakan kononnya pendedahan tersebut melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, padahal sebenarnya si pelaku adalah Pakatan Rakyat, bergantung sepenuhnya kepada berapa kerap dan
bersungguh-sungguhnya penjelasan yang boleh diberikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkinkah pada PRU13 akan datang, rakyat Malaysia yang membuang undi sudah cukup tahu untuk membuat pilihan atau mereka masih lagi terdorong untuk mengundi berdasarkan cakap-cakap dan hasutan semata-mata?
Kita sama-samalah tengok nanti!

WINNABLE CANDIDATES... PERLU AKTIF DLM MEDIA SOSIAL


Dalam ucapan perasmian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC semalam, DS Najib Razak menyentuh mengenai winable candidates yang akan dipilih sebagai calon PRU13 nanti - salah satu bonus pointnya adalah aktif dalam media sosial. DS Najib memberi contoh dirinya sendiri yang berhubung secara langsung dengan rakyat jelata menggunakan Facebook & Twitter.