Monday, 21 November 2011

PR = PENIPU RAKYAT = PAKATAN RAKUS



Antara kecenderungan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat ialah mengorek dan kemudian mensensasikan cerita tesebut selain memutarbelitkannya dengan cara yang paling membingungkan. Hasil yang berlaku selepas itu adalah rakyat tidak akan dapat gambaran sebenar sebaliknya terpaksa mengikut acuan yang dibuat oleh Pakatan. Dan fenomena ini juga berlaku membabitkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, yang lompat lebih adalah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional walaupun mereka sangat membuta tuli dan bersifat spekulatif. Kita boleh melihat situasi ini dalam beberapa isu termasuklah isu lembu fidlot NFC yang sebenarnya bukanlah satu isu, bahkan dalil yang digunakan oleh para pemimpin Pakatan iaiatu Laporan Ketua Audit Negara pun, tidak tepat bahkan menyimpang jauh.
Para pemimpin Pakatan menyedari satu kelemahan nyata rakyat Malaysia yang sangat sukar untuk diperbaiki iaitu kegemaran untuk mendengar tetapi tidak membaca. Laporan berkenaan sangat jelas menyatakan program tesebut tidak gagal tetapi para pemimpin Pakatan menyatakannya sebagai GAGAL SEPENUHNYA dan KUCAR-KACIR. Dari mana mereka memperolehi pernyataan tersebut dan mengapa mereka tergamak untuk berbohong dengan wajah selamba, rasa-rasanya ramai yang sudah dapat
meneka.
Laporan tesebut wujud dan boleh diperolehi dengan mudah. Namun sesuatu yang mengkagumkan ialah kesungguhan dan tanpa rasa segan silu para pemimpin Pakatan seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin mengenepikan apa yang tercatat di dalam laporan berkenaan sebaliknya mereka mencipta ungkapan serta situasi tersendiri.
Bermula dengan menyatakan projek berkenaan gagal dan menyelewengkan dana rakyat, setelah diberi penjelasan, para pemi pimimpin PKR nampaknya bersepadu untuk menjadikan isu tersebut sebagai primier mereka. Dari sehari ke sehari tindakan dan taktik yang digunakan semakin kejam dengan fitnah sebagai peluru utamanya.
Sebabnya mereka tahu, rakyat Malaysia dan kelompok yang menjadi pendengar mereka tidak akan pedulidengan cerita sebenar kerana sebagai pemimpin politik yang cukup terlatih untuk memutarbelitkan sebarang isu, mereka telah mendidik pendengar bahawa apa-apa sahaja yang mereka tuturkan adalah benar, tepat dan sentiasa betul.
Agak menarik, kalau kita perhatikan kepada beberapa isu yang sama tetapi hanya membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat, lain pula sikap mereka. Di Perak contohnya, sehingga sekarang, bekas Menteri Besar yang masih lagi menganggap dia adalah Menteri Besar Perak yang sah, tidak dapat menerangkan rasional 999 tahun pajakan tanah yang diberikan kepada penduduk kampung-kampung baru di Perak yang kita
ketahui sebagai tempat kepungan untuk memutuskan rangkaian komunis pada zaman darurat oleh penjajah British.
Kalau penjajah pun tidak memberikan anugerah 999 tahun, maka rasional apa yang membuatkan Nizar mengambil tindakan yang sama? Kerana itulah dalam kebanyakan daripada kempen Pakatan, maka perkataan RAKYAT akan ditekankan. Bukan kerana rakyat sangat, tetapi semata-mata untuk memastikan
rakyat terus terkeliru dengan tohmahan serta kempen fitnah yang keluar dari mulut para pemimpin Pakatan Rakyat sepert Nizar Jamaluddin.
Sama ada rakyat masih lagi terbuai dengan dendangan lagu-lagu Pakatan Rakyat atau mereka sudah pun sedar bahawa selama ini mereka telah didodoikan dengan lagu yang cukup melenakan sedangkan pada masa yang sama, yang dikatakan kononnya pendedahan tersebut melibatkan UMNO dan Barisan Nasional, padahal sebenarnya si pelaku adalah Pakatan Rakyat, bergantung sepenuhnya kepada berapa kerap dan
bersungguh-sungguhnya penjelasan yang boleh diberikan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkinkah pada PRU13 akan datang, rakyat Malaysia yang membuang undi sudah cukup tahu untuk membuat pilihan atau mereka masih lagi terdorong untuk mengundi berdasarkan cakap-cakap dan hasutan semata-mata?
Kita sama-samalah tengok nanti!

No comments:

Post a Comment