Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang telah menghalau ADUN BN dari Batangkali, Datuk Mohd Isa Kassin dilihat sebagai tindakan yang tidak bermoral, tidak adil dan tidak matang di dalam membuat keputusan. Difahamkan, Exco Kerajaan Selangor, Hassan Ali tidak berpuas hati dengan perkara tersebut dan cuba bangun untuk mempersoalkan tindakan speaker itu.
Wednesday, 9 November 2011
UMNO TIDAK PERNAH SEKAT AHLI UNTUK BERSUARA
KUALA LUMPUR 8 Nov. – UMNO tidak pernah menyekat mana-mana pemimpinnya di semua peringkat daripada menyuarakan pendapat tentang isu melibatkan parti kerana UMNO mengamalkan prinsip demokrasi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
DAP PERAK.... SEMAKIN LANCANG MULUTNYA..!!!!
Fenomena sekarang memperlihatkan bukan sahaja pemimpin atasan malah ahli biasa parti DAP Perak semakin lancang mulutnya apabila berkata-kata sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata nista yang teruk seolah-olah mereka ini langsung tidak pernah ke sekolah untuk mempelajari nilai dan adab ketika bercakap.