Wednesday, 9 November 2011

DAP PERAK.... SEMAKIN LANCANG MULUTNYA..!!!!



Fenomena sekarang memperlihatkan bukan sahaja pemimpin atasan malah ahli biasa parti DAP Perak semakin lancang mulutnya apabila berkata-kata sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata nista yang teruk seolah-olah mereka ini langsung tidak pernah ke sekolah untuk mempelajari nilai dan adab ketika bercakap.
Mungkin kebanyakkan mereka tidak bersekolah dan tidak mempelajari subjek-subjek seperti ‘Pendidikan Moral’ sehingga membuatkan ahli DAP Perak begitu angkuh dan bongkak melontarkan kata-kata penghinaan yang kesat kepada orang lain malah lebih teruk rakan sebangsanya.
Kononnya parti itu menjaga kepentingan dan membela rakyat terutama berbangsa Cina, namun disebabkan kepentingan politik dan ditambah lagi dengan pilihanraya yang semakin hampir, mereka sanggup membuat fitnah dan mengeluarkan kata-kata carutan seperti manusia yang tidak berpendidikan keatas pemimpin MCA.
Terbaru, Setiausaha Pemuda MCA, Khoo Boon Chuan selaku wakil parti komponen BN itu telah membuat laporan polis ke atas seorang ahli DAP yang gila kuasa ekoran telah membuat tomahan dan fitnah ke atas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek serta Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yern Yen.
Mungkin disebabkan pilihanraya yang dikatakan semakin hampir, maka berlumba-lumbalah ahli-ahli parti DAP cuba menonjolkan diri dengan membuat pelbagai kontroversi bagi melobi kepimpinan tertinggi parti untuk memilih mereka menjadi calon. Memang kesian jika inilah realitinya. Ahli DAP yang terdesak itu, Hew Kuan Yau merupakan seorang doktor yang mempunyai pendidikan tinggi namun cetek pemikirannya.
Menurut Boon Chuan, ahli DAP itu telah mengeluarkan penghinaan itu ketika menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Ulangtahun Dap ke 45 baru- baru ini.
Dalam majlis itu, Kuan Yau telah membuat beberapa fitnah dan kata-kata celaan yang teruk dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Menyatakan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen sebagai ‘Mummy Kelab Malam
2. Menamakan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai ‘ Chee Pet dan Lan Si’
3. Merujuk kepada ahli MCA sebagai ‘Soh Hai’
4. Merujuk Soi Lek sebagai ‘Presiden Katil’
5. Menyatakan Soi Lek tidak mempunyai zakar
6. Menyatakan Soi Lek hanya boleh menang dalam pilihanraya sekiranya makan pil ‘Viagra’ dan hanya boleh menang di ‘Red Light District’
7. Menyeru orang ramai supaya menghapuskan MCA dan BN dan menggunakan ayat ‘Ham Kah Chan dan Ham Tong Chan’
8. Memanggil Soi Lek sebagai Raja Video Lucah.
Jika difikir-fikirkan balik, sekiranya mereka menggelar Soi Lek sabagai Raja Video Lucah dengan paparan satu klip video, apa pula gelaran yang paling sesuai diberi kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, “Dewa Video Lucah” kah?
Apa yang dilihat kenyataan-kenyataan seperti ini hanya menunjukkan kebodohan sebenar pemimpin pembangkang yang tidak habis-habis menegakkan benang yang basah buktinya Anak Guang Eng yang kaki raba itu, tidak pula dipanggil ‘Ham Sap atau Chee Pet’ itu tak termasuk kes berkaitan Anwar Ibrahim.
Justeru, MCA telah mengambil tindakan keras bagi memastikan sama ada pemimpin mahupun ahli DAP supaya tidak melakukan fitnah maka satu laporan polis dibuat ke atas Kuan Yau ekoran fitnah yang penghinaan yang dilakukan.
Rakyat Perak terutama berbangsa Cina selepas ini mungkin perlu menimbang semula sokongan mereka ke atas DAP yang hanya tahu menipu dan menghina orang lain sewenang-wenangnya.
SUMBER : KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment