Tuesday, 1 November 2011

PRA-OPERASI LYNAS.... LESEN MASIH BELUM DIKELUARKAN


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang lesen praoperasi kepada Lynas Corporation untuk meneruskan projek Lynas Advanced Material Plant, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen operasi kepada kilang terbabit sehingga syarikat tersebut menepati segala syarat yang ditetapkan kerajaan melalui panel antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan.
"Lesen tidak akan dikeluarkan selagi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak dipenuhi,” kata beliau.
Mustapa berkata demikian kepada media selepas menghadiri sesi perangkaian bersama persatuan perindustrian dan perdagangan bersempena sambutan Deepavali di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh berkenaan projek Lynas yang dikatakan telah memulakan operasinya.
Mustapa berkata, isu keselamatan projek terbabit tidak harus dipertikaikan kerana pakar nuklear, Dr Che Rosli Che Mat, yang juga Ahli Parlimen Pas-Hulu Langat, turut mengakui bahawa kilang Lynas mempunyai tahap radiasi yang rendah dan selamat. – Bernama

Sementara itu,  International Atomic Energy Agency ( IAEA) menyatakan bahawa projek Lynas adalah selamat kepada umum. 




KUALA LUMPUR – The International Atomic Energy Agency (IAEA) has concluded that the Lynas Corporation Ltd’s rare earth plant in Gebeng, Pahang, is safe but the Australian company must undertake improvements in various technical areas before it can proceed to the next stage of operations.
A report issued by the nuclear watchdog today said it did not find any instance of “any non-compliance with international radiation safety standards” in the project.
However, an IAEA review team identified 10 issues for which it considered improvements were necessary before the next licensing phase of the Lynas project.
In a joint statement, International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed and Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili said the IAEA conclusion was consistent with the government’s view that Malaysia’s Atomic Energy Licensing Board and the Department of Environment had professionally discharged their duties and ensured that Lynas complied with the necessary safety standards.
The report pointed out that Malaysian laws and regulations regarding radiation safety were comprehensive and conformed to IEAE standards. – BERNAMA

PRU.... PENENTU NEGARA....


KHABAR 'angin sepoi-sepoi bahasa' mengatakan seorang pemimpin sebuah parti di Putrajaya tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan pusatnya dalam beberapa hal.
Antaranya, ketiadaan pendirian yang teguh dalam isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja. Ini sehinggakan ketua parti yang masih tercari-cari sokongan pengundi itu berasa cuak dengan sikap yang kurang tegas partinya. Namun tidak ada kepastian sejauh mana kemuncak rasa kurang senangnya.

Tetapi di satu sudut lain dari hari ke hari, lawannya daripada parti kerajaan BN tetap sibuk seperti biasa. Melayan kerenah orang ramai yang singgah di Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya di Presint Diplomatik. Setiap kali kemunculannya seminggu sekali setiap Jumaat di Putrajaya, pasti akan ada bantuan dan sokongan yang diberikan kepada warga Putrajaya - tidak kira ia besar atau kecil.
"Saya percaya Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula hujung bulan ini adalah yang terakhir sebelum negara menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," kata Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ditemui Utusan Malaysia di Presint Diplomatik Jumaat lepas, beliau yang juga Setiausaha Agung BN menjangkakan pilihan raya itu adalah yang paling sengit dalam sejarah negara sejak merdeka 54 tahun ini.

Kerana itu, beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Pusat Pentadbiran Persekutuan itu sejak dua penggal lepas melihat pilihan raya tersebut menjadi penentu hidup atau mati negara ini.
"Apa yang saya lihat dan mungkin juga ia dikongsi oleh ramai rakan kita di luar sana ialah pentadbiran pembangkang di empat negeri yang diperintah mereka sejak 2008 tidak sempurna. Apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan.
"Sebab itu selaku parti pemerintah, kita mesti mempertahankan mandat ini sehingga 'ke titisan darah terakhir'. Jangan menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Saya menaruh keyakinan ucapan dasar Presiden UMNO pada perhimpunan parti yang bermula pada 29 November ini akan berkisar kepada soal menghadapi pilihan raya dengan fokus kepada calon BN yang boleh memenangi hati rakyat," kata beliau.
Atas sebab inilah, Tengku Adnan mahu para pemimpin dan ahli UMNO dan BN berusaha mematahkan segala fitnah dan tohmahan parti pembangkang terhadap pemimpin negara dan kerajaan. Ini kerana sikap berdiam diri di kalangan ahli-ahli UMNO akan hanya melemahkan parti.
"Jika kita mengambil sikap berdiam diri ia akan memberi gambaran seolah-olah fitnah dan tohmahan itu benar. Selama beberapa tahun ini UMNO diserang, dihina, dikatakan korup, dipijak tetapi kita masih berdiam diri seperti takut membela kebenaran parti sendiri," katanya.
Dalam konteks ini, Tengku Adnan memberitahu, penubuhan Pas hanyalah untuk memecah-belahkan orang Melayu. Pas ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli UMNO yang kecewa apabila kalah dalam pertandingan bagi merebut jawatan dalam parti. Ketika itu Ahmad Fuad dan rakan-rakannya berikrar menumbangkan UMNO dan bukannya berkhidmat untuk rakyat dan menegakkan Islam.
"Mereka berikrar di mana ada UMNO di situ mereka akan tubuhkan cawangan Pas. Jadi, saya harap rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO jangan mudah terpengaruh dengan dakyah Pas," katanya.


Kepada Pas, kata dua Tengku Adnan ialah: "Jangan pesongkan akidah umat Islam, daripada apa yang dibongkarkan oleh Zulkifli Nordin 'hudud itu adalah hudud Pas, bukannya hudud Islam'. UMNO menentang Pas untuk memastikan akidah umat Islam tidak dipesongkan."
Dalam hal ini, beliau berharap pemimpin dan ahli UMNO berhenti mempergunakan parti untuk kepentingan diri sendiri.
"Masalah-masalah yang dibangkitkan di peringkat bahagian perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik. Tiada gunanya wujud masalah di bahagian yang sebenarnya hanya memberi ruang kepada parti pembangkang untuk menikam kita. Kita tidak mahu kelemahan itu datang daripada dalam UMNO atau BN sendiri," kata beliau.
Tengku Adnan turut menarik perhatian mengenai tindak tanduk anasir yang sanggup memfitnah dan mengeluarkan kata-kata mengaibkan dengan mengaitkan setiap musibah sebagai satu pembalasan.
Katanya, sebagai umat Islam yang tahu dan sedar hukum-hakam sewajarnya tragedi buruk yang menimpa setiap anggota dalam masyarakat tidak disimpulkan sebagai satu pembalasan.
"Separuh daripada keimanan adalah kebersihan hati selain kebersihan rumah dan sekitar tetapi saya sedih apabila mendapat cubaan dari Allah SWT, ada pihak mengaitkan ia sebagai hukuman kerana melakukan rasuah. Astagfirullah, sedangkan rumah itu saya diami lebih dari 20 tahun yang mana sebelum terlibat dalam politik lagi. Malangnya, apabila saya ditimpa musibah mereka melemparkan fitnah," bidasnya.
Tengku Adnan percaya dan penuh yakin Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membawa perubahan memantapkan parti sekali gus perlu diterjemahkan dengan kebangkitan semangat oleh ahli-ahlinya.
"Pelbagai usaha diambil. Perlembagaan dipinda. UMNO ubahsuai pemilihan parti supaya kembali kepada asal, malah lebih baik daripada asal kerana kini tidak perlu kuota dan pencalonan. Semua perubahan ini dibuat oleh Perdana Menteri bagi memastikan UMNO sentiasa relevan dan dekat pada perjuangan menjuarai rakyat," kata beliau.
Mengenai persiapan Pilihan Raya-Ke 13, beliau berkata, sekiranya hilang kuasa, UMNO tidak boleh mentafsir apa yang disuarakan. Oleh itu UMNO sebagai parti teras BN, mesti mantap dan kembali mendapat sokongan rakyat.
Tengku Adnan mahu rakyat membuat penilaian terhadap rekod BN yang berjaya menerajui negara ini selama lebih 50 tahun dengan baik. Kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN ternyata berjaya memberi keselesaan kepada rakyat.
"Rakyat perlu menilai rekod baik BN selama ini dan terus memberi peluang kepada parti itu untuk meneraju dan memajukan negara. Jangan bertindak ikut emosi sehingga 'membakar kelambu' hanya kerana seekor nyamuk," katanya.

MUAMMAR GADDAFI ~ HARGA SEBUAH PEMERINTAHAN




Semasa era kegemilangan pemerintahannya

Mutassim Gaddafi

HARI ini genap 12 hari bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh rakyatnya yang menawannya di Sirte, bandar kelahirannya selepas berlaku satu pertempuran pada awal subuh 20 Oktober lalu.
Dalam pertempuran itu, anaknya Mutassim dan bekas Menteri Pertahanan Libya, Abu Bakr Younis turut terbunuh selepas konvoi mereka diserang tentera udara Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO).

Gaddafi merupakan pemimpin Arab kedua, selepas Presiden Iraq, Saddam Hussein, mati secara tragis dan penuh kontroversi di alaf baru ini demi mempertahankan pemerintahannya.



Namun, antara Saddam dan Gaddafi, kedua-dua pemimpin Arab itu mempunyai banyak persamaan, Saddam memerintah Iraq begitu lama iaitu selama 24 tahun, Gaddafi pula memerintah Libya selama 42 tahun.
Mungkin ramai yang tidak menyedari Saddam digantung pada 30 Disember 2006, yang jatuh pada hari Aidil Adha ketika umat Islam sedang meraikan sambutan korban.
Begitulah cara bangsa Arab melayan pemimpin mereka. Segala budi dan jasa Saddam tidak dihargai oleh rakyatnya dan begitu juga jasa Gaddafi memerintah Libya selama 42 tahun langsung tidak dikenang, jauh sekali untuk dihargai, sebaliknya jenazahnya diaibkan.
Jika bekas Presiden Iraq itu mati di tali gantung setelah rakyatnya sendiri menghukumnya setelah didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan, begitu juga dengan Gaddafi, mati ditangan rakyatnya sendiri.
Bezanya, Saddam tidak dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat (AS) yang menahannya ketika dia ditemui bersembunyi di dalam bilik bawah tanah di ad-Dawr dekat Tikrit, bandar kelahiran Saddam dan pemimpin Iraq itu diberi peluang untuk membela diri dalam satu proses perbicaraan di mahkamah.
Sedangkan Gaddafi tidak diberi peluang langsung untuk membela diri dan dibicarakan, sebaliknya mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang bangkit memberontak.


Jika bekas pemimpin Iraq itu digambarkan sebagai seorang yang berani ketika menghadapi saat kematiannya di tali gantung, Gaddafi pula melalui detik yang sebaliknya apabila dia dilaporkan merayu kepada tentera pemberontak yang menawannya supaya dia tidak dibunuh. Mereka ini dilaporkan adalah anak-anak muda yang lahir ketika zaman pemerintahannya dan baru kenal dunia.
Sekurang-kurangnya, Saddam lebih bernasib baik apabila jenazahnya dikebumikan dekat kubur kaum keluarganya di tempat kelahirannya di Al-Awja, dekat Tikrit, walaupun mayatnya tidak pernah ditunjukkan selepas menjalani hukuman gantung berbanding Gaddafi, apabila jenazahnya dihina dan diaibkan oleh rakyatnya dengan jenazahnya dipamerkan kepada orang ramai di sebuah pasar raya di bandar Misrata.
Jika Saddam dimalukan apabila video yang merakamkan saat-saat dia digantung yang diambil menggunakan telefon bimbit oleh orang yang menghadiri hukuman gantung itu dan disebarkan di Internet, begitu juga dengan Gaddafi, video dia dikasari selepas ditawan dan video merakamkan mayatnya diaibkan yang diambil menggunakan telefon bimbit turut tersebar di Internet.







MAHA SUCI ALLAH YG MENGETAHUI AKAN SEGALA PERKARA YG NAMPAK DAN GHAIB........

PEGAWAI JABATAN PERHUTANAN PERAK BAWA SENJATA KETIKA BERBINCANG DENGAN ORANG ASLI


Kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional tidak habis-habis melaksanakan agenda pembangunan yang mampu membela nasib rakyat pelbagai kaum termasuk masyarakat Orang Asli.

YDP IPOH BARAT YANG BEROTAK DI HUJUNG JANGGUT !!!



Figura ini pasti dikenali oleh ramai pembaca. Bagi yang tidak mengenalinya, dia adalah Norazli Musa, sang taliban yang mengaji sekerat tetapi berlagak macam ulama hebat. Dia merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, namun dia jugalah sang taliban yang tidak pernah mempunyai akal selain otak bersaiz kacang yang besar sedikit sahaja berbanding otak ayam.