Tuesday, 1 November 2011

YDP IPOH BARAT YANG BEROTAK DI HUJUNG JANGGUT !!!



Figura ini pasti dikenali oleh ramai pembaca. Bagi yang tidak mengenalinya, dia adalah Norazli Musa, sang taliban yang mengaji sekerat tetapi berlagak macam ulama hebat. Dia merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, namun dia jugalah sang taliban yang tidak pernah mempunyai akal selain otak bersaiz kacang yang besar sedikit sahaja berbanding otak ayam.
Ketika berceramah di Bukit Gantang pada 25 Oktober lalu, si Taliban bodoh ini menyatakan, “SEMBELIHAN ORANG UMNO TIDAK SAH KERANA SAMA DENGAN SEMBELIHAN ORANG KAFIR MEMANDANGKAN UMNO TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD.”
Modal pentakfiran itu sebenarnya adalah modal lama. Modal sebelum Norazli Musa jadi pemimpin PAS. Ia adalah modal yang digunakan secara meluas oleh PAS di kawasan-kawasan terpencil di mana pengetahuan orang Melayu-Islam tentang agama yang mereka anuti, sangat dasar dan kurangnya guru-guru yang mengajar, kecuali mereka yang berminat dengan agama, tetapi sebenarnya tidak layak pun mengajar memandangkan mereka hanyalah burung kakatua yang sangat terpengaruh dengan gerakan agama.
Apa yang dituturkan oleh Norazli Musa itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada budaya pentakfiran yang dilakukan oleh PAS kepada mana-mana pihak yang tidak mahu memilih atau menyokong mereka. Kegiatan ini amat aktif pada pertengahan 1970-an lalu sehingga menghasilkan golongan bangang yang kebangangan mereka diturunkan kepada generasi seterusnya seperti Norazli Musa.
Cerita tentang sembahyang dua imam, suami isteri bertalak kerana perbezaan fahaman politik, mayat dikafankan bendera PAS, bidaah ‘memberitahu malaikat, ini orang kita’, bukanlah cerita dongengan. Budaya pelik yang diperkenalkan oleh PAS yang gila talak selepas dikeluarkan dari Barisan Nasional pada 1974 itu, berterusan dan turun kepada pemimpin-pemimpin PAS yang baru seperti Norazli Musa.
Memandangkan dia merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, maka beranggapan besarlah si Taliban itu kononnya ilmunya sudah tinggi melangit dan dia boleh sesuka hati mengkafirkan orang lain. Semua orang yang tidak sependapat dengannya dikatakan kafir, murtad, zindiq dan sebagainya. Tetapi apabila dia sendiri yang buat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Taala, tidak pula dia katakan dirinya sebagai kafir, murtad, zindiq dan sebagainya.
Contoh terbaik adalah janggut dan jambangnya.  Tidak ada dalam mana-mana sirah Nabawi yang menunjukkan Nabi s.a.w berjanggut panjang dan bersimpang-peronang macam tu. Bahkan menurut sunnah, panjang janggut hanya secekak. Lebih dari secekak akan dipotong.
Bagaimanapun, itu bukanlah membabitkan akidah tetapi apabila pakaian di luar sudah menunjukkan kesesatan, maka fikiran jauh lebih tersesat.
Di dalam al Quran, Allah Taala menghalalkan sembelihan ahli-ahli Kitab sekalipun yang dimaksudkan sebagai Ahli-Ahli Kitab itu adalah golongan Nasrani dan Yahudi yang membuat sembelihan dengan nama Allah Taala. Apabila dikatakan sembelihan orang UMNO tidak sah kerana orang UMNO murtad kerana menentang hudud, Norazli Musa ini sebenarnya seorang yang jahil murakkab dan penyesat yang ulung.
Hanya berpandukan kepada nafsu haiwannya, maka Norazli Musa menjatuhkan hukum. Cukup mudah dan cukup tidak bertanggungjawab sedangkan mengkafirkan seseorang yang mengucapkan dua kalimah syahadat, bersolat, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan ibadah ziarah, tidak semudah seperti yang digambarkan. Bahkan Nabi s.a.w sendiri yang diberikan wahyu dan dipandu oleh bernafsu mutmainnah pun, tidak sesekali mengkafirkan seseorang yang telah melakukan kelima-lima perkara tersebut.
Norazli Musa sebenarnya sangat takut kalau-kalau dibuktikan bahawa Enakmen Syariah Kelantan dan Terengganu yang digubal oleh PAS dibuktikan tidak mengikuti apa-apa yang telah digariskan oleh al Quran, al Hadis dan ulama-ulama muktabar. Terdapat banyak kepincangan di dalam Enakmen Syariah tersebut. Saranan telah diberikan agar PAS Kelantan dan Terengganu memperbaiki enakmen yang mereka gubal dan namakan sebagai hukuman hudud itu, terutama sekali penjelasan yang lebih baik tentang pembezaan antara zina dengan rogol. Namun saranan tersebut tidak pernah diendahkan, bahkan PAS terus bertegas untuk melaksanakannya kerana mereka telah mencipta cerita fantasi, kononnya enakmen itu adalah hudud Allah Taala.
Dan untuk mengelakkan daripada kelihatan bodoh dan jahil, maka Norazli Musa terlebih dahulu meletakkan label kepada mana-mana penentang kepincangan yang mengatasnamakan hudud Allah Taala itu. Tujuannya sungguh mudah, agar mulut dapat ditutup, PAS dapat diselamatkan maruahnya.
Bagi seseorang yang jahil seperti Norazli, sememangnya meletakkan label kepada orang lain untuk tujuan menakut-nakutkan adalah bidang yang sangat mereka mahir. Bagaimanapun, Norazli Musa tidak sedar bahawa dengan kata-kata kufur yang berbalik kepada dirinya itu, ia sebenarnya membuatkan lebih ramai yang akan tahu bahawa PAS sebenarnya jauh menyeleweng dan sentiasa berniat untuk menyelewengkan agama!
Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=34984

No comments:

Post a Comment