Sunday, 18 December 2011

SOLAT JUMAAT 2 IMAM MASIH BERLAKU DI TERENGGANU..???

Sultan Mizan dukacita kejadian solat dua Jumaat masih berlaku di Terengganu



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu qariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah dalam negeri ini.

Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.
"Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.
"Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini," titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering di Kuala Terengganu ,Jumaat.
Turut berangkat Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Mua'az. Hadir sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Sultan Mizan menyeru umat Islam di negeri itu supaya bersama-sama mencari jalan ke arah kedamaian dan kemurnian hubungan antara dua pihak yang bertelagah supaya masyarakat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.
SETERUSNYA... DI SINI

No comments:

Post a Comment