Wednesday, 21 December 2011

SLOGAN 'FREEDOM' ILLUMINATI SENJATA BARU TUMBANGKAN KERAJAAN BN - CHAPTER II

WAWANCARA LENGKAP AIDC BERSAMA 
PROF. MADYA DR. SULAIMAN NOORDIN
BAHAGIAN II


PENDAHULUAN :


Hak Asasi Manusia dan demokrasi berakar-umbi daripada Humanisme iaitu satu fahaman yang menganggap manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu adalah Tuhan yang Maha Agong.

Slogan-slogan itu diciptai oleh pemilik bank antarabangsa sebagai senjata politik untuk mencapai matlamat New World Order (NWO).
“Apabila mereka berakidah ‘Humanisme’, mereka kata, Tuhan tidak ada, yang penting ‘demokrasi’. Sistem yang berteraskan atas sistem bank ribawi, bursa saham menyerupai ‘kasino global’. Ia seakan-akan menjadi enjin untuk pembangunan negara. Enjin ini boleh jadi sakit, boleh meletup seperti yang sedang berlaku sekarang di Eropah dan di Amerika. Cuma kali ini mungkin natijahnya akan melahirkan pentadbir ekonomi dunia yang centralised“.
“Jadi, demokrasi yang berakar umbi kepada sistem bank ribawi ini membolehkan negara besar yang kaya menindas negara miskin melalui sistem bank ribawi. Contoh yang ketara ialah pertubuhan IMF. Pemiliknya seperti George Soros mencari peluang untuk memainkan sistem kewangan negara yang tidak mengawal sistem kewangannya dengan baik.
Sistem bank ribawi ini akan membawa kewujudan jurang perbezaan yang semakin besar antara kelas kaya dan kelas yang tidak berada. Orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin. Inilah punca masalah yang sebenar yang perlu dibetulkan bukan menukar pemerintah. Yang lebih dahsyat lagi ialah penyusunan semula dalam rancangan ‘NWO’ Zionis. Mereka ingin menghapuskan kelas pertengahan!
“Supaya ada tiga golongan kelas sahaja seperti dalam negara Komunis iaitu ‘Pemerintah’(Banksters), ‘pekerja’ dan ‘tentera’. Itulah maksud sebenar Orde Baru Dunia. Nama ringkasnya NWO yang ditulis dalam rancangan ‘Protokol’ mereka pada tahun 1776 di Bavaria, Germany.
Ikutilah wawancara AIDC bersama Dr Sulaiman Noordin, 22 November untuk memahami persoalan ini.
AIDC :Adakah Islam Liberal atau Pluralisme Agama yang terjadi di dunia Islam hari ini juga warisan grand design 200 tahun dahulu ?
Dr Sulaiman : Sememangnya. Bermula dengan pluralisme dan liberalisme, ia ada kaitan dengan agama Humanisme ini. Kaitan rapat seperti adik-beradik.
Bertrand Russell dialah tokoh yang memperjuangkan liberalisme di Eropah.

Bertrand Russell
Dalam kerja meliberalkan agama Kristian di Eropah umpamanya, masalah perceraian diliberalkan sedikit, zina itu disyorkan liberalkan sedikit, kelakuan homoseksual itu disyorkan olehnya diterima secara liberal dengan hati terbuka.
Jadi, Bertrand Russell menafsir nilai etika baik atau buruk berdasarkan kepada akalnya. Wahyu tak boleh dipakai pada zaman moden.
Oleh kerana itu, dalam masalah pluralisme, dia menggambarkan bahawa semua agama itu adalah sama saja.
Humanisme menganggap agama adalah seperti cerita dongeng. Para Rasul adalah orang cerdik. Mereka adalah cendiakawan yang bermaksud mengatur masyarakatnya supaya jadi baik.
Jadi, yang sebenarnya, golongan Humanisme digunakan oleh si pemilik banksters untuk memukau rakyat dengan mengguna istilah-istilah ‘liberal’, ‘pluralisme’ dan ‘keadilan’. Yang penting niat banksters itu adalah untuk memporak-perandakan masyarakat supaya keadaan ‘chaos’ iaitu huru-hara terjadi.
Bagi tujuan ‘chaos’ ini, mula-mula mereka merosakkan nilai agamanya. Supaya masyarakat itu menjadi masyarakat ‘barbaric’ (tanpa peradaban).
Dalam keadaan ‘chaos’, huru-hara ini mereka ambil kesempatan mengadakan orde baru mereka. Iaitu dalam ‘chaos’ yang mereka rancang, mereka membentuk satu orde baru dan satu agama baru dunia.
Meruntuhkan orde yang lama, dan menggantikannya dengan orde yang ‘baru’.
Bagaimana slogan liberty, equality dan fraternity berkaitan dengan Hak Asasi Manusia ?
Sememanglah dalam slogan Hak Asasi Manusia ini ada cantuman tiga perkataan iaitu liberty, equality, fraternity.
Ia berasal dari slogan Freemason. Pertubuhan ini bergerak maju dari kota Illuminis (kota yang bercahaya) iaitu kota Paris ‘al-Munawarrah!’. Slogan itu disebut dalam protokol (di bahagian satu) Zionis.
Dalam protokol satu ini prinsip akidahnya adalah ‘might is right’. Apa makna itu ? Iaitu ‘yang benar adalah kekuatan’. Apa makna hak berpihak kepada kekuatan ?
Inilah yang diungkapkan oleh Chairman Moa Tse Tung..

Moa Tse Tung
Ia berdasarkan Teori Evolusi Darwin. Teori itu kata, manusia berevolusi daripada monyet. Monyet jadi orang hutan, lepas itu dia jadi orang gua. Lama kelamaan dia jadi orang bandar. Dalam perjuangan hidup, manusia yang berhak hidup adalah yang terkuat. Kononnya manusia hidup seperti pertarungan haiwan dalam hutan rimba.
Jadi, dalam teori politik protokol Zionis, yang ‘benar’ adalah terletak kepada orang yang menang. Tak kira bermoral, beretika atau tidak, dia dah menang. Tak kiralah bagaimana cara dia menang.
Itulah yang dikatakan oleh Chairman Moa Tse Tung: ‘Saya tahu hanya ada satu kebenaran. Kebenaran itu terletak di depan lubang senapang aku’.
Jadi, inilah ajaran slogan liberty dan equality berdasarkan kepada akidah, might is right. Yang berkuasa itulah kebenaran.
Apa sebenarnya maksud liberty, equality dan fraternity ini ?
Ia bermaksud manusia sendiri memberi tafsir kepada takrif ‘keadilan’.
Semua ketua Komunis seperti Stalin, Moa Tse Tung, Ho Chi Minh sebenarnya adalah orang proksi iaitu mereka adalah orang gurkha sahaja.
Pengurus sebenar tersorok di belakang tabir. Menyokong orang proksi di depan dengan wang, makanan, bahan letupan, peluru, alat perang, kereta kebal dan sebagainya.
Semua mereka dibantu oleh pemilik ‘banksters’ yang berada di belakang tabir. Dan orang-orang ini menipu rakyat. Meraih sokongan rakyat dengan slogan-slogan yang enak didengar seperti menegakkan keadilan, menentang kezaliman. Tetapi di belakangnya? Iblis menggerakkan bidak-bidak di papan catur.
Apabila Moa Tse Tung, Stalin dan Ho Chi Minh memegang kuasa, siapa menentang mereka tidak akan mempunyai hak asasi. Hak asasi lesap jadi wap.
Semua penentang dilenyapkan. Diseksa atau ditembak tanpa pengadilan di mahkamah. Berpuluhan juta mati terkorban di Siberia, Rusia dan China.
Para penyelidik menganggarkan, tidak kurang daripada 60 juta dibunuh oleh parti komunis Moa Tse Tung.
Serupa juga di Vietnam, Ho Chi Minh yang disokong oleh pemilik bank antarabangsa, tidak kurang daripada 4 juta penentang dibunuh.
Jadi, mereka ini adalah ‘mass murderer’ iaitu pembunuh bilangan besar. Jadi, penggerak komunis inilah yang melaungkan keadilan di rata-rata dunia.
Kalau mereka menguasai sesuatu negara, rakyatnya terpaksa lari. Sebab itulah, kita lihat fenomena ‘the boat people’ (orang sampan). Pelarian naik sampan sampai ke Australia, sampai ke New Guinea, sampai ke Malaysia.
Inilah rupanya ‘keadilan’ yang mereka taja.
Adakah slogan ‘justice’(keadilan) juga termasuk dalam slogan Hak Asasi Manusia ?
Yalah, slogan sebagai senjata politik. Slogan manis untuk meraih simpati…untuk menyorokkan tujuan mereka. Mereka mahu memerintah secara diktator mengguna bendera ‘justice’ keadilan!
Akhirnya rakyat yang kononnya hendak menegakkan keadilan tertipu.
Datuk Ambiga Sreenevasan sokong Seksualiti Merdeka berpegang kepada Hak Asasi Manusia ?
Ya, sememangnya kerana orang yang laungkan itu berniat menggunanya sebagai senjata politik. Jadi, dari sudut mana dia ambil.. Daripada sudut apa ? Dari sudut politik.
Kita lihat orang itu orang politik. Dan kita lihat, dia juga yang menentang Islam habis-habisan dalam kes Lina Joy. Menentang Hakim Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim yang sudah membuat keputusan pun, dia berani menentang atas dasar ‘Hak Asasi’ kaum ekstrem. Dia pada hakikatnya menentang dasar Perlembagaan Negara!
Ini satu tanda yang tidak baik.
Adakah semua yang diceritakan ini ada kaitan dengan New World Order (NWO)?
Sangat-sangat berkaitan dengan The New World Order atau Orde Baru Dunia yang diimpikan oleh pemilik-pemilik bank antarabangsa, berjumlah lebih kurang 12 keluarga. Keluarga terkaya yang mengikut ajaran Illuminati Zionis yang tertulis dalam rancangan ‘Protokol’ mereka.
Semua buktinya ternyata iaitu apa yang terjadi di depan mata kita sungguh pun ia ditulis 200 tahun dahulu!.
Dalam buku “The New Barbarians The Diabolical Plot For an Imminent Totalitarian World Government Exposed!” (Barbarian Baru. Rancangan Penipuan Bagi Mengadakan Kerajaan Kuku Besi Dunia Dalam Masa Terdekat Didedahkan):
Terdapat, tujuan pertama agenda mereka yang dapat dipastikan adalah seperti mana tersebut dalam buku-buku lain seperti, ‘Pawns in the Game’ oleh W.G.Carr (1957), ‘The New International Jew’ oleh Gordon Mohr (1967), ‘Proofs of a Conspiracy’ oleh John Robinson (1798), ‘Adam Weishaupt a Human Devil’ oleh G.B. Wimrod dan lain-lain adalah untuk menghapuskan semua agama kerana agama mempunyai nilai benteng yang kuat untuk menjaga kestabilan sesuatu masyarakat.
Sudah beribu-ribu tahun sebelum ini, agama telah berfungsi untuk menstabilkan masyarakat.
Tujuan yang kedua, menghapuskan kerajaan-kerajaan nasionalisme tempatan yang sah mereka tidak bersifat international kononnya.
Yang ketiga, menggantikannya dengan satu Orde Baru Dunia yang kononnya bersifat antarabangsa.
Apakah Orde Baru Dunia ini? Apa yang baru? Apa yang orde? Betulkah yang berorde adalah yang baru ?
Yang penting, pusat pentadbiran NWO ini dicadangkan ditempatkan di Israel. Di mana akan diwujudkan Parlimen Dunia, di Baitulmaqdis. Masjid Aqsa akan dirobohkan, Bangunan kuil Raja Solomon dirancang dibina semula di situ dalam masa terdekat.
Yang keempat, dunia akan ditadbir oleh pemilik banksters yang berideologi ajaran kitab Talmud Pharisees Zionis yang mentuhankan syaitan Lucifier yang kononnya membawa cahaya bagi dunia yang gelap. Sebenarnya ia adalah satu agama yang bersifat racis perkauman yang paling ekstrem, perosak nilai murni, menuduh para Rasul a.s. sebagai penzina dan pembohong, menyuruh penggikutnya bersumpah di awal tahun untuk bercakap bohong, memusuhi dan membenci kaum yang selain dari golongan mereka.
Lihat apa mereka buat di Palestin. Lihat apa mereka buat di dalam negara komunis. Lihat apa yang terjadi kepada akhlak pemuda pemudi di seluruh dunia. Lihat apa yang terjadi kepada sistem kewangan dunia. Lihat apa yang terjadi kepada negara Amerika sekarang. Lihat apa yang terjadi pada abad 19 dan abad 20.
Ia telah menjadi abad yang dipenuhi dengan revolusi dan peperangan dunia. Lihat bagaimana mereka merobohkan menara berkembar WTC pada 911 menggunakan bahan letupan canggih membunuh hampir 3000 manusia di depan mata dunia, selepas itu membuat laporan rasmi setahun selapas kejadian menyatakan tidak ada sebarang bahan letupan digunakan.
Lihat bagaimana mereka menceroboh Iraq, Afghanistan, Libya terang-terang melanggar undang-undang pertubuhan United Nations. Bacalah dengan sendiri petikan kitabnya di buku ‘Sejarah Pemikiran 1’ di Pusat Pengajian Umum, UKM.
Yang kelima, pendidikan seks yang dilaung-laungkan sekarang ini adalah alat untuk mengawal dunia. Ia juga akan menjurus ke arah menggalakkan homoseksualiti.
Yang keenam, pengguguran bayi. Dalam buku ‘The New Barbarians’, seorang penceramah yang mengetahui rahsia dari dalam, melaporkan pengguguran bayi akan diberi subsidi. Pengguguran digalakkan sebagai satu rancangan untuk mengurangkan populasi dunia.
Jadi, homoseksualiti dan liberal seks digalakkan bagi membantu menggurangkan populasi dunia sambil meruntuhkan akhlak dan institusi kekeluargaan.
Yang Ketujuh, peranan institusi kekeluargaan akan dikecilkan. Pihak negara akan mengambil peranan keluarga. Persis semacam sistem komune komunis.
Yang kelapan, harga perkhidmatan perubatan akan dinaikkan sepertimana yang terjadi di Amerika Syarikat (AS). Ia dijadikan mahal sehingga orang miskin tidak mampu. Tujuannya apa ? Untuk memudahkan lebih ramai yang mati. Ia termasuk dalam rancangan untuk mengurangkan populasi dunia.
Yang kesembilan, rancangan untuk kawalan ketat bagi perubatan. Rawatan herba akan disekat, tidak dibolehkan, dikatakan ia mengandungi racun. Perubatan dadah bukan beracun. Pada hal yang sebenar sebaliknya, perubatan dadahlah yang mengandungi racun dan toksin. Tib Nabawi adalah perubatan herba. Semua tamadun sebelum ini mengamalkan perubatan herba.
Yang kesepuluh, penyakit baru akan dicipta seperti AIDS. AIDS ini dicipta dalam makmal dan ujikaji telah dibuat ke atas dua negara di Afrika. Dari sanalah merebaknya AIDS.
Satu negara di utara Afrika telah dapat menangkap jururawat Perancis yang menyuntik dengan suntikan mengandungi virus AIDS! Setelah disiasat WHO terpaksa mengakui bahawa vaksin berkenaan ‘tercemar’ secara kebetulan!
Yang kesebelas, ini penting. Memendamkan cara terbaik pemuliharaan bagi penyakit kanser.
Iaitu sudah ada teknologi baru yang boleh mengawal penyakit kanser. Mereka sengaja memendamkannya bagi rancangan mengurangkan populasi dunia. Ramai yang pasti tidak percaya kerana mereka diserang dengan misinformation bertubi–tubi sejak menjadi baligh.
Jadi, dalam propaganda untuk menyekat penyakit kanser, beberapa yayasan cancer sebenarnya menjadi pertubuhan bukan untuk menyekat penyakit kanser.
Yang keduabelas, kawalan saluran maklumat dikawal dengan ketat. Umpamanya sudah ada teknologi untuk mencipta motokar yang kurang mencemar udara mengguna bateri yang tahan lama, tetapi dipendamkan. Sebabnya perniagaan minyak akan terjejas.
Sememangnya saluran maklumat di Amerika Syarikat dikawal. Terdapat 90 peratus dari syarikat media massa terbesar dimiliki oleh pemilik banksters antarabangsa.
Yang ketigabelas, menggalakkan salah guna dadah. Dadah yang menjadi masalah di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat sebenarnya sebahagian daripada aktiviti perniagaan rahsia CIA.
CIA ?
Ya CIA… CIA mempunyai cawangan kawalan dadah. Yang menjadi realiti ia menjadi penaja dadah yang besar di dunia.
Ini didedahkan oleh beberapa bekas ejen CIA dan pegawai militari Amerika. CIA mengguna diplomatic immunity (kekebalan diplomatik) membuat kerja haram.
Ratusan tan marijuana daripada Columbia Latin Amerika, Afghanistan, Cina dan Laos diimport masuk ke Amerika dan ke negeri lain. Kalaulah CIA tidak terlibat kerja menyekat perniagaan dadah lebih senang. Bukankah NSA boleh melihat dari Satelit perjalanan dadah ini dari ladang-ladang poppy dan kokain di Colombia atau di Afghanistan ke negara lain?
China pun mengeksport dadah marijuana dengan jumlah yang besar. Rancangan komunis tetap berjalan senyap-senyap untuk mendadahkan negara-negara jiran.
Itulah sebahagian rancangan sulit NWO yang bertujuan merosakkan akhlak pemuda-pemudi di seluruh dunia.
Siapakah dalang di sebalik slogan Hak Asasi Manusia ?
Dalangnya adalah pemilik bank antarabangsa. Di Amerika, para penyelidik yang faham tentang perkara ini mengguna ungkapan, ‘banksters’ iaitu pemilik bank yang jadi ‘gangsters’. Mereka bekerja siang dan malam tidak berhenti-henti menggalakkan pergaduhan dan peperangan.
Alexander James dalam bukunya: ‘The Hidden History of Money and Feudal Order Usury Secrets’ mendedahkan kerja-kerja jenayah mereka ini.
Bukunya boleh dimuat turun sebagai e-book. Beliau mendedahkan cara dan modus operandi terroris yang rakus ini di rata-rata dunia. Jadi bacalah buku seperti ini supaya kita tidak menjadi lidah penyabung propaganda mereka.
Jadi siapa mereka ? Buku ini, mengatakan lebih kurang 12 keluarga pemilik bank seperti keluarga Rothschild di Paris dan London, keluarga Morgan dan Stanley, keluarga Warburgs, keluarga Rockefellers, Goldman Sachs di Hambug, Lazards Israel Moses, Loebs Kuh dan Lehman di N.York dan JP. Morgan.
Dan bank mereka adalah Goldman Sachs, Kuhn Loeb, Morgan Guaranty, Lehman Brothers, Lazard Freres, Dillon Read, Chase Manhattan, Bank of Amerika dan Citigroup.
Federal Reserve Bank of Amerika adalah kepunyaan pemilik-pemilik bank berkenaan. Wang jadi bahan perniagaan seperti emas. Wang kertas dengan kuasa undang-undang bernilai semacam emas. Dari segi agama dan akal yang waras semua ini kerja-kerja haram dan satu jenayah besar.Tetapi dunia secara global tanpa kecuali terpaksa ikut masuk dalam sistem itu.
Orang kaya seperti Jacob Schiff, Warburg, Rockfeller dan lain-lain telah membantu Revolusi Bolshevik komunis di Russia. Pada masa yang sama mereka memiliki saham terbesar dalam Bank England, Bank Perancis dan Bank ‘negara’ yang lain di Eropah.
Mereka juga terlibat membantu Hitler menjadi diktator. Yang penting akidah Hitler didapati hampir sama dengan akidah ‘Illuminis’. Sudut ini sangat penting diselidiki.
Mereka yang terjebak dalam golongan Jihadi, Khawarij, ‘Hak Asasi’ ataupun mereka dalam kumpulan ‘think tanks’ dan pasukan ‘anti-terroris’ perlu tahu rancangan terroris yang terbesar ini.
Kajian seperti terdapat dalam buku Alexander James itu boleh menyenangkan memahami modus operandi NWO yang kita terpaksa berdepan dengannya sekarang mahu atau tidak mahu.
Dr. pernah sebut tentang Fabians Society, boleh jelaskan ?
Fabians ini adalah rancangan lama. Fabians Society ini wujud di England tetapi sekarang ini ditukar namanya Council of Foreign Relations (CFR).
Jadi, itulah Fabians?
Ya itulah Fabians yang mengguna nama baru. Setiap jawatan penting seperti Presiden, Setiausaha Negara atau Director CIA hampir semuanya adalah daripada ahli CFR. Ahli yang dipilih boleh jadi Presiden, boleh jadi Setiausaha Negara atau Director CIA dan sebagainya.
Dalam buku ini ‘Sejarah Pemikiran 1’ yang diterbitkan 15 tahun dahulu, pertubuhan Fabians, CFR adalah tangan yang tersembunyi di belakang kerajaan Amerika. Matlamat CFR tidak bertukar tetapi parti pemerintah bertukar.
Kadang-kadang parti politik Republikan menang, kadang-kadang parti Demokrat menang. Tapi yang menerajui jawatan tinggi orangnya selalu datang daripada ahli CFR.
Di belakang CFR ini adalah syarikat bank-bank raksasa dunia. Jadi bank ini yang menghulurkan wang dalam pilihan raya kepada kedua-dua pihak. Parti mana yang menang tidak menjadi masalah. Mereka bertaruh kedua-dua pihak.
Ramai rakyat Amerika sudah faham tentang perkara ini dan mereka giat membangkitkan kawan-kawan lain yang masih terlena dengan pornografi, artis-artis, nyanyi-nyanyian dan permainan bola sepak.
Apa yang terjadi di Amerika kini ramai yang berjihad untuk mendedahkan tipu muslihat NWO ini. Kita boleh buka laman web: www.infowars.com. atau www.prisonplanet.com berkenaan kerja-kerja jenayah yang dibuat oleh pertubuhan Fabians atau CFR itu.
Kenapakah pejuang Hak Asasi selalu merujuk kepada The Universal Declaration of the Human Rights di Paris tahun 1948 ?
Declaration of Human Rights adalah Deklarasi Hak Asasi Manusia yang timbul daripada kepercayaan ideologi Humanisme iaitu timbul daripada kota Paris yang memberi cahaya kepada kegelapan yang dialami pada zaman gelap di Eropah.
Paris adalah kota pertama yang menaja Revolusi Komunis Karl Marx, di belakangnya pertubuhan Freemason dan ibu pejabatnya juga di situ pada tahun 1789.
Freemason ini melahirkan ideologi komunisme terroris yang sangat ganas.
Alger Hiss adalah penulis perlembagaan United Nations. Dia ini telah didedahkan oleh satu jawatan kuasa kongres Amerika diketuai oleh Senator Joseph Mc Carthy (1948) untuk menyelidik ‘Un-American Activities’.
Lima puluh tujuh pegawai didapati mempunyai pertalian dengan Komunis di dalam ‘State Department’ (Jabatan Negara) termasuk Alger Hiss.
Alger Hiss dibicarakan dalam mahkamah. Dan keputusan mahkamah menyebut Hiss adalah ejen komunis dan dia ini convicted of perjury (dihukum saksi pembohong).
Kisah ini diceritakan dalam buku ‘Pawns in the Game’ oleh William Guy Carr.
Jadi, United Nations ini yang melaungkan Hak Asasi Manusia adalah satu rancangan orang penipu.
Oleh itu, tidak hairanlah PBB tidak membantah pasukan NATO menceroboh Libya dengan terang-terang dan PBB tidak ‘berupaya’ menyekat penindasan hak orang Palestin selama lima puluh tahun lamanya.
Dua tiga hari lepas United Nations merayakan United Nation’s Day. Penceramah mereka promote ‘Hak Asasi Manusia’! Ada yang masih mahu ditipu.
Dalam slogan ‘Hak Asasi ini’ terselit dalamnya ideologi ‘Humanisme’ menentang ‘hukum-hakam Allah’ yang dituduh zalim kepada hak asasi kebebasan wanita dan hak asasi ‘full expression’(bebas bertindak menurut nafsu) bagi individu.
Seorang Presiden Humanisme di Boston, AS berkata, “Adakah ahli humanisme percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa?”. Dia menjawab, “Sememangnya kita percaya Tuhan Yang Agung. Dia adalah manusia. Humanis tidak tahu ada yang lebih Agung daripada dirinya.”
Ia berdasarkan kepada Teori Evolusi Darwin.
Satu susunan ekonomi bercorak ‘komunis’ giat dirancang di belakang slogan orde baru dunia ini.
Kenapa di Malaysia, tokoh dan NGO Hak Asasi Manusia sering dikaitkan dengan George Soros danNational Endowment for Democracy (NED) ?
Penglibatan Soros dan NED telah didedahkan pada tahun 1980-an di AS, di mana seorang bekas ejen CIA, Phil Agee telah menulis satu buku ‘Inside the Company’.
Di dalam buku itu, Agee mendedahkan bagaimana dia sebagai ejen CIA yang menyalurkan wang kepada pihak-pihak pembangkang di negara-negara membangun khasnya di Latin Amerika, Timur Tengah, Filipina dan lain-lain untuk memandu proses demokrasi, yang menang hendaklah mengikut kemahuan BankstersAntarabangsa.
Dia (Agee) mendedahkan perkara ini secara berani. Selepas itu, Kongres membuat satu undang-undang supaya bekas-bekas ejen CIA tidak dibenarkan mendedah rahsia-rahsia CIA.

George Soros
Satu organisasi Soros bernama Open Society Institute (OSI) telah menyumbang wang kepada NED.
Bermakna, ada NGO di negara asing yang dibantu oleh NED.

NED ini adalah topeng CIA. CIA bermain di belakang tabir.
George Soros ini yang menyebabkan kemelut kewangan negara kita pada tahun 1997/1998. Dialah yang memainkan sistem kewangan negara Malaysia, negara Thailand, Indonesia dan Filipina pun turut mengalami nasib yang sama.
Alhamdulillah PM kita, Tun Dr. Mahathir bijak bertindak untuk mengatasi permainan Soros. Tindakan Dr Mahathir menyelamatkan negara kita dari cengkaman maut IMF. Negara lain seperti Thailand dan Indonesia tidak selamat. Hingga hari ini mereka memikul beban hutang asli dicampur dengan riba. Selain itu dikenakan syarat-syarat yang boleh melemahkan lagi negara berkenaan.
NED menyalurkan dana kepada BERSIH dan NGO lain dan juga Malaysiakini.com ratusan ribu pada tahun 2001 dan pada tahun 2002. Maklumat ini dilaporkan dalam laporan tahunannya. CIA hendak menjahanamkan Malaysia.
NGO di AS (operasi topeng CIA) berpropaganda bahawa mereka mahu menembusi media massa negara-negara membangun yang didakwa dikongkong.
Apa kaitan Hak Asasi Manusia dengan demokrasi ?
Hak Asasi Manusia dan demokrasi adalah berakar-umbi kepada Humanisme. Menurut mereka Tuhan tidak ada, yang penting demokrasi. Amalan bank ribawi dianggap sebagai enjin untuk pembangunan.
Jadi, demokrasi mesti membawa kepada sistem bank ribawi. Pemilik banksters menindas negara miskin melalui sistem ribawi dan juga menindas negara-negara Eropah dan England sendiri. Malah negara yang paling malang adalah Amerika. Rakyatnya dewasa ini terpaksa memikul hutang tidak kurang dari 30 trilion US Dollar.
IMF adalah ‘along’ terbesar antarabangsa. Along ini kalau diberi peluang akan mengenakan cengkaman maut kapada mangsanya.
Semua agama langit mengharamkan riba. Riba ini alat syaitan untuk menindas manusia atau negara yang mengalami kekurangan wang. Dahlah miskin dibebankan pula dengan riba. Riba diibaratkan seperti ‘alat’ untuk mencuri tenaga orang lain.
Tugas utama negara sepatutnya menjauhkan diri dari amalan ribawi ini. Ia adalah punca kepada masalah kemiskinan dan penindasan.
Banksters ini pandai. Mereka mewujudkan satu manifesto komunis kononnya untuk menghapuskan kelas. Melaungkan slogan keadilan, freedom. Tetapi dialah penindas yang terbesar.
Bukti yang nyata menunjukkan bahawa Karl Marx (guru komunis) bersekongkol dengan banksters adalah Marx dan pengikutnya telah sengaja meninggalkan secara total dalam ajaran-ajarannya masalah penciptaan wang oleh bank persendirian, riba dan urusan kewangan.
Di ibu kota Rusia di alamat No. 1, Medan Merdeka Moscow terdapat satu bangunan besar, bangunan Bank Amerika terkaya, dibina di situ.
Setiap tahun apabila ada hari perayaan kebangsaan, Presiden negara komunis, panglima-panglimanya dan ahli-ahli tertinggi komunis mengadakan majlis makan minum di dalam bank tersebut. Kalaulah komunis anti-banksters, mereka tidak akan masuk kedalam bangunan itu pada hari perayaan utama mereka!
Gerakan Revolusi Komunis-Sosialis Sedunia tidak menentang sistem bank ribawi atau pemilik bankstersantarabangsa. Yang mereka menentang pemodal tempatan bertujuan menghapuskan pemodal tempatan, kelas pertengahan.
Masyarakat yang mereka ingini bersifat tiga lapisan sahaja tanpa kelas pertengahan. Iaitu banksters sebagai diktator, pekerja dan tentera. Itulah namanya NWO.
Sistem demokrasi yang mereka inginkan perlu memberi ruang bagi banksters memain peranan besar dalam negara yang membangun.
Modus operandinya adalah merosakan akhlak dan merosakkan sistem kewangan. Cara merosakan akhlak tidak payah kita ulas, semua orang tahu. Cara merosakkan sistem kewangan pun ramai sudah tahu. Cuma sekarang banksters membuat provokasi melalui slogan hak asasi manusia.
Slogan ini menjerat ramai pemuda-pemudi yang dalam kekeliruan.
Mereka inginkan suasana huru-hara dan ketegangan, dalam keadaan huru-hara, mereka mengambil peluang menjadi penyelamat.
Protokol no. 1 di para enam sangat menarik sekali jika dibaca:
Kebebasan politik adalah hanya dalam alam pemikiran sahaja bukan dalam alam kenyataan. Ia digunakan untuk memusnahkan parti lawan yang memerintah. Pekerjaan itu menjadi lebih mudah jika parti yang berkuasa dijangkiti dengan pemikiran ‘kebebasan’ dan ‘liberalisme’. Oleh kerana idea itulah parti pemerintah sanggup menyerahkan sedikit kuasanya. Masa itulah parti pembangkang ambil peluang.”
Di Singapura kerajaan yang memerintah tidak memberi peluang untuk parti pembangkang mendapat pertolongan dari luar negeri dalam bentuk wang atau cara lain bagi tujuan politik. Ia disekat dan dikenakan syarat.
Negara lain tidak berhak masuk campur dalam hal ehwal negara tempatan atas sebarang sebab pun. Tiada siapa yang melantik NGO di Amerika menjadi polis antarabangsa.
Kita sering difahamkan demokrasi hanya dikaitkan dengan pilihan raya yang adil dan bebas dalam konteks Malaysia ini. Benarkah fahaman itu kerana maksud demokrasi yang difahami Barat lebih luas termasuk freedom of religion dan freedom of conscience yakni kebebasan beragama. Adakah dengan memilih demokrasi ini seperti memilih bebas beragama ?
Betul. Sememangnya bertujuan begitu. Amerika kononnya mempraktikkan demokrasi, tetapi demokrasi yang dipandu oleh CFR di belakang tabir. Dan Banksters di sana menguasai kedua-dua ‘kuda’ dalam perlumbaan. Satu Demokrat dan satu lagi Republikan. Yang mana menang tak kiralah.
Jadi, yang penting sistem kewangan dan sistem media massa AS sudah dalam tangan mereka. Media massa kepunyaan banksters bebas untuk ‘mendakwah’. Lihat dakwah mereka dalam filem-filem Hollywood. Mereka mempopularkan idea kebebasan ‘expression’, kebebasan seks, mempromosi homoseksual, lesbian, mempromosi hisap rokok dan minuman keras.
Misinformation dan propaganda datang bertubi-tubi untuk menyuci otak sehingga rakyat Amerika dikatakan menjadi zombies.
Di San Francisco wujud gereja homoseks. Ada paderi yang mengkahwinkan pasangan homo.
Setiap bakal Presiden Amerika, sering ditanya terlebih dahulu: ‘Tuan sokong homoseksual ?’ Jawapan politiknya; ‘Ya, kami sokong’. Tuan sokong lesbian? ‘Ya kami sokong’. Tuan sokong Israel ? Jawapannya: ‘Kami berjanji memperjuangkan cita-cita dan harapan negara Israel’.
Jika bakal Presiden tidak menjawab dengan apa yang disukai, harapannya menjadi Presiden menjadi tipis. Itulah pendirian Presiden AS sekarang.
Itulah apa yang terjadi kepada negara yang ada ‘statue of liberty’ di New York harbor. Liberty dan kebebasan bagi banksters membasuh otak rakyat supaya menjadi zombies.
Di sana ada satu cara untuk memilih Presiden Amerika melalui cara ‘box hitam’(black box).
Ramai rakyat AS yang tidak bersetuju cara pemilihan Presiden mereka mengguna peti hitam itu.
Misalnya, kalau si pengundi ingin memilih Mr.Bush, si pengundi menekan butang bertanda Mr. Bush. Jika si pengundi memilih Mr. Gore, dia menekan butang bertanda Mr. Gore. Yang memproses jumlah bilangan undi menghitung siapa menang siapa kalah adalah melalui program dalam peti hitam itu.
Mr. Bush telah menang sungguhpun dia tidak popular. Apabila disiasat didapati syarikat yang mengendalikan peti hitam, program komputer dan menghitung bilangan undi adalah syarikat kepunyaan sepupu kepada Mr. Bush.
Bermakna ada kes ‘conflict of interest’. Mereka sudah file kes untuk masuk ke mahkamah untuk pengadilan. Tetapi apa yang terjadi, belum sempat mahkamah membicarakan kes, terjadi peristiwa 911.
Juga dengan adanya ‘akta patriotik’ yang diluluskan sebulan selepas kejadian 911, timbul ancaman dari pejabat Presiden ‘Either you are with us or you are with the terroris.’ (Sama ada kamu bersama dengan kita atau kamu bersama dengan terroris).
Siapa yang menggatakan Mr. Bush telah merancang 911 dia boleh dituduh sebagai terroris. Siapa yang tidak menyokong Mr. Bush sebagai Presiden boleh dituduh sebagai terroris. Maka kes pengadilan pilihan raya itu terus menjadi senyap. Maka Mr. Bush berasa lebih selamat selepas 911.
Seharusnya Mr.Soros menyelesaikan masalah pilihan raya Presiden Bush yang tidak adil itu dalam negaranya. Iaitu kes tidak ada ‘transparensi’.
Dewasa ini, ramai para intelek AS menggerakkan program untuk kesedaran rakyat. Mereka meminta supaya undang-undang Amerika harus kembali mengikuti perlembagaan Amerika. Kini kebebasan individu disekat dengan akta ‘patriotik’ yang sebenarnya menyelisih pelembagaan yang memberi ‘freedom of expression and free speech’.
Sebenarnya tidak ada kebebasan bersuara di AS kerana media massa dikawal dan dimiliki oleh pemilikbanksters.
Hampir 90 peratus alat-alat media massa AS dimiliki atau dikawal oleh famili yang terkaya itu.
Jadi yang bebas bersuara adalah pemilik bank antarabangsa dan agen-agennya. Suara rakyat dan suara para intelek yang sebenar disekat. Apa yang terjadi sekarang bilangan mereka yang tidak bercaya kepada media massa perdana bertambah lebih banyak. Ramai mencari saluran berita alternative.
Terwujud peperangan minda dari sudut maklumat di Amerika sehingga Mrs. Hilary Clinton terpaksa berkata:We are loosing the information war. Kita telah kalah dalam peperangan maklumat.
Setiap malam www.prisonplanet.com. memberi laporan berita terkini bagi dalam dan luar negara AS. Yang menjadi sangat menarik kita dapat melihat dengan ketara penyelewengan berita dan maklumat dilakukan oleh media massa perdana AS khasnya berkenaan aktiviti CIA, NATO, WHO, IMF dan pemilik banksters yang bersungguh-sungguh melaksanakan program memperluaskan ‘Empayar Zionis ad-Dajjal’ di seluruh dunia.
Di negara luar Amerika menaja pilihan raya bersih. Melaungkan demokrasi dan kebebasan. Di belakang tabir mereka sedang menyediakan untuk kita semua suatu penjara yang terbesar.
Kalau berpegang kepada konsep demokrasi cara Barat tadi, bermakna boleh mempraktikkan kebebasan ?
Barat ada cara mereka, negeri kita ada cara kita. Dalam agama Kristian, Yahudi dan Islam terdapat undang-undang syariat. Semua mengharamkan seks bebas, zina, homoseks, lesbian dan bank ribawi.
Yang terjadi di AS apabila golongan Fabians, CFR dan Pentagon dapat menguasai pucuk pimpinan, mereka membuat berpuluhan ‘presidential executive order’ untuk mengenepikan hak asasi rakyat termaktub dalam perlembagaan AS.
Jadi, kita dalam konteks Malaysia, kita tidak patut membenarkan Mr. Soros atau agen-agen mereka masuk campur dalam hal kita. NGO yang ada perhubungan dengan kuasa luar patut disekat dengan undang baru.
Mereka sebenarnya ingin membuat paradigma baru dalam nilai dan budaya tempatan. Budaya samseng, budaya revolusi, budaya ganas.
Rakyat perlu berwaspada supaya negeri kita tidak menjadi huru-hara dan menjadi musnah seperti berlaku di Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya dan sekarang di Syria. Rakyat digalakkan untuk memberontak. Yang terjadi rakyatlah menjadi mangsa. Kehidupan menjadi lebih rumit.
Banksters seperti Soros berasa lebih selesa.
Adakah gelombang revolusi di Timur Tengah juga berkait dengan Hak Asasi Manusia ?
Gelombang revolusi yang dicipta di Timur Tengah oleh banksters antarabangsa, dinamakan ‘the spring revolution’. Yang sebenarnya ia bukan revolusi tetapi pencerobohan hak asasi rakyat Mesir, rakyat Libya dan rakyat Syria oleh CIA. Mosad dan M15 mengguna taktik tekanan dari atas dan tekanan dari bawah seperti alat kancing.
Pencerobohan ini mengecewakan rakyat Mesir, Libya dan Syria. Ramai terkorban mati tetapi ekonomi tidak akan dapat dipulih seperti keadaan zaman Presiden Mubarak dan zaman Presiden al-Gaddafi.
Kerana negara menjadi tidak stabil pemodal sudah memindahkan wang mereka ke tempat lain. Rakyat pasti akan menjadi lebih susah. Wang pelabur susah hendak kembali semula ke Mesir. Pengangguran pasti akan bertambah. Harga barang pasti akan naik. Rakyat lagi menjadi marah. NATO pula menyerang dan menceroboh negara Libya. Ramai rakyat terkorban.
NATO mengguna cluster bomb di kawasan perumahan. Sepatutnya mereka ini diadili sebagai penjenayah peperangan. Di Afghanistan dan di Iraq beribu-ribu rakyat terkorban. Tidak ada ‘spring revolution’. Yang ada adalah pencerobohan dan penjajahan oleh banksters ad-Dajjal.

ICG Tajaan Soros : Dari kiri, Shlomo Ben-Ami, Stanley Fischer, Shimon Peres dan Mohamed ElBaradei.

Pada 10 Mac, saya dapat download dokumen ini daripada www.prisonplanet.com. Ia mengatakan bahawa, El Baradei ini adalah daripada anggota ICG (International Crisis Group), di belakangnya adalah Soros.

El Baradei ini adalah orang Soros. Soros adalah pemodal antarabangsa. Ini adalah satu penipuan besar yang akan merugikan rakyat Mesir.
Sememangnya rakyat Mesir rugi. Rakyat mengharapkan penukaran yang baik tapi apa yang terjadi adalah operasi penjajahan Mesir oleh banksters.
Dalam pusingan kedua kerajaan baru El Baradei ini mengharamkan demonstrasi, slogan keadilan, kebebasan dan persamaan jadi wap. Siapa menunjuk perasaan ditangkap.
Di Iraq seratus ribu golongan Sunni Muslim telah dibunuh oleh orang Syiah, ulama Syiah telah berfatwa bahawa golongan Sunni najis, darah mereka halal. Di Afghanistan pun berlaku pembunuhan setiap hari. Tidak ada spring revolution. Yang ada a ‘bloody mess’.
Daripada www.Libya_whatreallyhappened.com ada maklumat yang sangat menarik. Rupanya Presiden Muammar al-Gaddafi telah membuat pengisytiharan pada Januari 2011, bahawa Libya hanya menerima dinar emas apabila menjual minyak Libya. US Dollar atau matawang Euro tidak diterima.
Pengisytiharan ini sangat mengecewakan banksters antarabangsa. Justeru pada bulan Februari tentera NATO dari tiga negara Perancis, British dan Amerika mendarat di Banghazi di Timur Libya. Banghazi adalah sarang al-Qaeda. Ramai golongan al-Qaeda yang kembali ke Libya dari Afghanistan dan Iraq dipenjarakan di Banghazi.
Yang menjadi pelik, apabila NATO mencoroboh masuk Libya, mereka membebaskan dua ratus empat belas orang al-Qaeda termasuk Abdel Hakim as-Sidi dan Abdel Hakim Belhaj .
Kedua orang ini adalah kawan baik Osama bin Laden. Abdel Hakim As-Sidi telah ditangkap di Malaysia dan dihantar balik ke Libya. Apabila Tripoli jatuh ke NATO, NATO melantik Belhaj dan As-Sidi menjadi ketua pasukan militari sementara di Tripoli.
CIA telah menuduh al-Qaeda sebagai pertubuhan teroris yang hijack kapal terbang jet pada 911. Tetapi di Libya, CIA dan al-Qaeda jadi kawan.
Yang lagi menyedihkan ialah apabila Presiden al-Gaddafi menyerah diri dia tidak diberi hak yang terkandung dalam undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai orang tawanan perang. Dia dibunuh di depan kamera secara zalim.
Pertubuhan NATO telah melakukan satu jenayah peperangan.
Apabila Setiausaha Negara AS, Mrs. Hillary Clinton mendengar berita bahawa Presiden al-Gaddafi sudah dibunuh, apa dia kata, “We came, we saw he died.” Iaitu, “Kita masuk, kita lihat, dia sudah mati”. Sambil Hillary Clinton gelak ketawa. Kelakuan ini dirakam di depan kamera. Yang sepatutnya dia menyangkal pembunuhan itu. Dan berasa kesal Presiden al-Gaddafi dibunuh.
Setiausaha Negara mempengerusi pertubuhan National Security Agencies (NSA). Suatu agency security yang paling besar di dunia.
Amerika terang-terang memerangi Hak Asasi Negara Libya dan Hak Asasi Rakyatnya. 
THE PYRAMID OF SATAN

No comments:

Post a Comment