Friday, 9 December 2011

SEBUAH MASJID.... NEGARA KEBAJIKAN DAN BUKU JINGGA....y !!!!!!

alt
Kalau mengikut gegar gempita Buku Jingga yang kini dijaja oleh pakatan pembangkang sebagai modal pilihanraya umum ke 13, Kelantan sepatutnya sudah lama sampai ke bulan dan bintang.


Janjinya dalam 100 hari rakyat di segenap pelusuk akan mendapat segala macam nikmat sekilas lampu Aladin.
Di sebalik semua ini ada yang anggap Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah orang yang sepatutnya merasa berdesing telinga pada Buku Jingga.
Bukan setahun atau dua atau tiga tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya cahaya jingga itu belum lagi menyinari Kelantan.
Cakap-cakap itu dirancakkan lagi dengan pengakuan  terbuka Timbalan Exco Kelantan, Abdul Fatah Harun, Rabu, bahawa kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid daripada wang sendiri sejak mentadbir lebih 20 tahun lampau.
Pengakuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kisah itu sudah menjadi satu rahsia umum.
Apa yang menarik ialah ia satu pengakuan.
Sekurang-kurangnya itulah hasil slogan - Membangun Bersama Islam - yang diagungkan oleh PAS selama ini - hanya sebuah masjid.
Kini PAS sudah beralih arah kepada Negara Berkebajikan - slogan yang ditune agar selari dan seirama dengan rakan politiknya, PKR dan DAP .
Semua orang tahu PAS yang berhajat sangat pada undi bukan Melayu cukup bimbang kalau-kalau nanti Karpal Singh dan rakan-rakannya  mengaum lagi.
Hakikatnya siapa yang berani langkah mayat Karpal Singh.
Slogan barunya ini yang diperkenalkan semasa Muktamar PAS yang lalu memang sedap, enak dan syahdu didengar.
Sekalipun sudah terlajak perahu...namun elok juga bos-bos PAS mendengar taklimat mengenai cabaran untuk melaksananya daripada Menteri Besar Kelantan.
Ini kerana setelah mentabir Kelantan sebegini lama beliau masih garu kepala pagi petang siang malam -  kerana masih belum mampu membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.
Air adalah keperluan asas bagi setiap orang. Rakyat Kelantan tahu bagaimana peritnya terpaksa berdondang sayang dengan air paip yang meloyakan.
Cuma Nik Aziz dapat bersyukur panjang  kerana ramai penyokong parti itu terus melihatnya sebagai 'Tok Guru'.
Sebuah masjid dan air kotor . Tanda titiknya bukan setakat itu.
Banyak lagi yang boleh diselongkar di sebalik ' Membangun Bersama Islam'  yang selama ini tidak lebih daripada slogan politik.
Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Azizan  Razak dan Lim Guan Eng sudah lebih tiga tahun memerintah negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Ada apa-apa yang istimewa  di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang?
Dengar cerita ramai yang geleng kepala..kerana setakat ini belum nampak apa-apa.
Itu belum lagi selak balik satu per satu manifesto masing-masing yang hebat semasa kempen pilihanraya Mac 2008 dulu. Kalau diteropong pasti tidak ada tempat untuk mereka sorok muka.
Oppss lupa...ada Buku Jingga....kalau menang, 100 hari semua beres.
-  AgendaDaily

No comments:

Post a Comment