ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM........
Diberi nama...ARIFF ALFIAN ROSLI.... nama yang indah.... seindah wajah dan fizikal kurniaan Illahi..
Anak lelaki kepada seorang Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56. Berusia 28 tahun, bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Telah dihantar ke United Kingdom untuk membuat A-Level dan pada 2003 melanjutkan pengajian dalam jurusan perubatan dengan tajaan PETRONAS ke Universiti College Dublin, Ireland.
Baru-baru ini bapanya meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu. Difahamkan keluarganya telah berulang-alik ke sana sebanyak lapan (8) kali untuk mengesan Ariff.
Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.
Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.
Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.
Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
TE.....TA.....PIIIIIIII...... yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana...!!!
Jika dilihat dari segenap sudut, gambar yang disiarkan menerusi twitter Aysha Ridzuan itu bukan satu rekaan atau lakonan.
Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, juga tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.
Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.
APAKAH PERASAAN ANDA SELAKU IBU DAN BAPA, JIKA ANAK YANG DILAHIRKAN, DIBELA, DIBERI DIDIKAN AGAMA, DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH, DIDOAKAN SETIAP DETIK DAN WAKTU AGAR SELAMAT, SIHAT, SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DAN BERHARAP AGAR MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERIMAN DAN BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA, TIBA-TIBA BERUBAH HALUAN 100%, TELAH MENCONTENG ARANG KE MUKA IBUBAPA..???
Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.
Sebenarnya, jangan letakkan kesalahan 100% dibahu ibubapa…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.
Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.
Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.
Apa yang berlaku, amat jijik dan hina malahan keji di sisi agama Islam dan dilaknat Allah....
Te...ta....piiiiiiiiii......inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.
Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar. Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan. Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.
Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis. Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan. Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.
Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan. Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya.
Mudah-mudahan.... suatu masa.. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang akan melembutkan dan membukakan pintu hati Ariff Alfian ..... UNTUK BERTAUBAT..!!!
Mudah-mudahan.... suatu masa.. Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang akan melembutkan dan membukakan pintu hati Ariff Alfian ..... UNTUK BERTAUBAT..!!!
memalukan.
ReplyDelete