Monday, 19 December 2011

KERJA GILA UNTUK KAYA....!!!

MENYELUDUP DADAH PALING CANGGIH ABAD INI...




Para pengedar dadah Colombia menyeludup bertan-tan dadah jenis kokain ke Amerika Syarikat (AS) melalui laluan bawah permukaan air dengan menggunakan kapal selam buatan sendiri yang bergerak di bawah air.


Setakat ini, pihak berkuasa AS sudah menahan dan merampas lebih 40 buah kapal selam itu termasuk 13 buah sepanjang 2011, sejak pertama kali menemuinya 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1993.


'Sebelum ini kami menganggap cerita mengenai penggunaan kapal selam itu sekadar mitos sahaja, sehingga kami melihat dengan mata kepala sendiri', kata seorang Pengarah Pentadbiran Pengkuatkuasaan Dadah AS (DEA), Jay Bergman.


Menurut polis marin Colombia pula, lebih 400 tan kokain dengan harga pasaran lebih AS$10 billion (RM35 billion) berjaya di seludup ke AS, sekiranya rampasan-rampasan tersebut tidak berlaku.


Kapal selam senyap dan sukar dikesan itu berupaya mengangkut muatan berat sehingga 10 tan dengan 5 krew serta mampu menyelam di laut sehingga 10 hari.


Kapal selam tersebut dibuat menggunakan gentian kaca dan berharga antara AS$500,00 (RM1.7 juta) dan AS$ 1 juta (RM3.5 juta) sebuah dengan kebanyakkannya bergerak dari barat Colombia sepanjang pesisir Lautan Pasifik menuju ke Amerika Tengah, Mexico atau AS.


Mengikut data yang dikeluargkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Colombia mengeluarkan kira-kira 600 tan kokain setahun atau 60 peratus daripada pengeluaran kokain dunia.


Sumber : Dunia Junko

No comments:

Post a Comment