Thursday, 8 December 2011

KEBIADAPAN DAN KETOLOLAN NGA KOR MING...TIDAK LAYAK BERADA DI PERAK..!!!!



Cakaplah apa sahaja, buktikan apa sahaja tentang kelakuan hodoh Nga Kor Ming dan DAP serta Pakatan Rakyat di Perak, segala-galanya akan berakhir sebagai SALAH UMNO, UMNO RASIS, UMNO GUNA PERKAUMAN UNTUK KEKAL BERKUASA dan seangkatan dengannya.


Dalam isu terbaru membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, perkara yang sama juga berulang. Walaupun Nga Kor Ming telah terbukti mengungkapkan perkataan MELAYU METALIK, HARAMJADAH (ANAK HARAM) dan DARUL KARTUN, para penyokong Pakatan terus menuding jari ke arah UMNO dan Barisan Nasional walaupun hakikatnya yang mencipta semua ungkapan itu adalah Nga Kor Ming sendiri.
DAP dan RASIS serta chaunivinisme sememangnya tidak dapat dilarikan. Ia sudah menjadi sebati dan menyatu. Bagaimanapun, dengan menggunakan modal kononnya DAP terbuka untuk semua parti, maka yang dijadikan sebagai lelucon adalah UMNO walaupun UMNO berada bersama-sama ‘parti perkauman’ lain dalam Barisan Nasional. Berbanding DAP yang konon-kononnya terbuka, tetapi jawatan-jawatan utama semuanya diisi oleh ‘sejenis’ kaum semata-mata, Barisan Nasional menampilkan percampuran kaum yang lebih asli dan tulen.
Paling menarik ialah apabila perjuangan UMNO untuk memartabatkan Melayu dan Islam di dalam sebuah negara yang perlembagaannya memang memberikan kedudukan istimewa kepada Melayu-Bumiputera dan Islam sebagai RASIS. Sedangkan DAP yang terang-terang mengamalkan RASIS menerusi proses pembersihan etnik di Pulau Pinang, mematikan sama sekali kegiatan-kegiatan ekonomi Melayu-Bumiputera seperti yang dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang, mengecilkan kuasa mengundi menerusi pemindahan penempatan dan pembukaan kawasan hartanah mahal di tengah-tengah kawasan Melayu-Bumiputera dan sebagainya, tidak pula dikatakan sebagai RASIS. Malah itu dianggap sebagai keterbukaan dan kesamarataan.
SETERUSNYA.... KLIK DI SINI
Semua orang tahu, Nga Kor Ming adalah Setiausaha DAP Perak dan Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis.  Begitu banyak jawatan penting yang dia sandang di Perak tetapi kerana kebiadapan, kelancangan dan ketololan mulutnya telah menghina negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Darul Kartun. Beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya tetapi satu demi satu isu yang dibangkitkan terutama mengenai martabat melayu dan Islam, seolah-olah menunjukkan beliau tidak pernah bersekolah!!!!
Ketaksuban puak-puak melayu di dalam PR terhadap beliau yang terus mendiamkan diri, menunjukkan bahawa mereka bersetuju dengan kebiadapan Nga Kor Ming itu walaupun ianya menghina Melayu, Islam dan Negeri Perak Darul Ridzuan yang aman makmur sejahtera ini, khususnya.
Mungkin ramai yang lupa dengan irihati dengki dan bencinya beliau terhadap Islam dengan mengungkit kos yang tinggi di dalam pembinaan masjid di seluruh negara jika dibandingkan dengan rumah-rumah ibadat yang lain dan telah dibantah dan dibidas oleh Mufti Perak dan Pengarah JAKIM, bahawa Nga Kor Ming telah mengapi-apikan kebencian sesama kaum di negara ini dan menghina Perlembagaan Persekutuan.
Suatu masa, di Dewan Rakyat , Nga kor Ming meminta penjelasan kos RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun (2000-2008). Dr Mohd Hatta Ramli(PAS), Datuk Johari Abdul (PKR), Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) - dah arwah dah (Al-Fatihah) dan Khalid Samad (Shah Alam) mempertahankan Nga Kor Ming. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mejelaskan bahawa peruntukan RM748.26 juta untuk membina masjid manakala RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja untuk pusat ibadat lain. 
Ketakutan orang Melayu, khususnya para pemimpin UMNO dan PAS tentang RASIS itu sebenarnya yang menyebabkan Nga Kor Ming dan pemimpin-pemimpin DAP semakin keterlaluan. Takutnya orang Melayu apabila dilabelkan sebagai ASSOBIYAH atau RASIS mendorong pihak lain seperti Nga Kor Ming mempergunakan istilah itu untuk mereka sendiri bersikap RASIS dan menabur kebencian melampau terhadap Melayu-Bumiputera dan terutama sekali Islam.
TERNYATA DAN JELAS, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH..... NGA KOR MING ADALAH BAPAK SEGALA RASIS KAT MALAYSIA DAN PERAK KHASNYA..!!!!!!
BELIAU TIDAK LAYAK BERADA DI PERAK !!!
PRU 13 SEMUA MELAYU DI PERAK WAJIB.... WAJIB....WAJIB.. TOLAK NGA KOR MING...... NYAH DIA DARI PERAK..!!!!!!

No comments:

Post a Comment