Tuesday, 20 December 2011

BILA RAHSIA DAH PECAH.... NGA KOR MING MEMBENARKAN ANDAIAN NIZAR ADALAH BONEKA DAP PERAK..!!!

Nga Kor Ming Gelabah Bila Rahsia Dah Pecah



Nga Kor Ming terpaksa mengakui bahawa sepanjang 11 bulan Pakatan Rakyat berkuasa di Perak dengan dia sendiri merupakan salah seorang Exco dalam kerajaan DAP yang membonekakan Nizar Jamaluddin itu, ketirisan, penyelewengan dan kronisme dilakukan dengan cara yang paling biadap. Pun begitu, sebagai seorang pemimpin DAP yang tidak akan sama sekali mengaku salah, Nga Kor Ming sebaliknya mencabar blogger membuat laporan SPRM tentang kontrak menyiapkan pakaian untuk ADUN Perak yang diberikan kepada syarikat isterinya walaupun syarikat isterinya telah memberikan sebut harga yang jauh lebih tinggi berbanding syarikat saingan.
Cabaran Nga Kor Ming itu sebenarnya tidak berasas sama sekali. Seharusnya dia menjelaskan mengapa syarikat isterinya mendapat kontrak tersebut walaupun sebut harganya lebih tinggi. Nga Kor Ming tidak seharusnya memberi alasan, isterinya di dalam syarikat tersebut hanyalah sebagai SLEEPING PARTNER. Dan apabila Nga Kor Ming memberikan alasan kononnya, Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar tidak menggunakan pengaruhnya dalam pemilihan syarikat isterinya, penjelasan itu sebenarnya telah membenarkan andaian sebelum ini bahawa Nizar hanyalah boneka DAP semata-mata.
Apatah lagi semua orang tahu bahawa Nizar sememangnya tidak akan bersuara, membantah, mempengaruhi atau pun mengeluarkan arahan tanpa sebarang kata-kata ‘nasihat daripada Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham. Nizar Jamaluddin hanya bersuara apabila disuruh bersuara oleh kedua-dua bersepupu itu.
Justeru, menjadikan Nizar sebagai alibi untuk menafikan kepentingan isterinya dalam syarikat yang memperolehi tender membuat pakaian dengan nilai yang tidak seberapa itu, sekadar menjelaskan tentang kegelabahan melampau Nga Kor Meng. Kalaupun Nga Kor Meng tidak bercakap tentang Nizar pun, semua orang tahu, Nizar sewaktu pentadbiran Pakatan Rakyat 11 bulan di Perak, memang tidak mampu bersuara pun.
Bagaimanapun, apabila Nga Kor Meng menyatakan bahawa dia tidak pernah mempengaruhi Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih syarikat isterinya, ia memang melawakkan. Untuk mengeluarkan perintah, tidak perlulah Nga Kor Meng menyatakan bahawa syarikat Ethan & Elton Sdn. Bhd. perlu diberikan tender berkenaan, sebaliknya cukup untuk mempamerkan Wong Siew Ching, sebagai isterinya dan Dewan Bandaraya Ipoh pula mengetahui wanita tersebut adalah isteri Nga Kor Meng, Exco yang merupakan orang kedua berkuasa dalam pentadbiran Perak selepas Ngeh Kor Ham pada zaman Pakatan Rakyat di negeri itu.
Nga Kor Meng boleh menipu tetapi dia tidak boleh menyembunyikan pembohongannya. Secara jelas dan secara nyata, cabarannya agar blogger-blogger yang membuat pendedahan perbuatan terkutuk tersebut membuat laporan SPRM, sebenarnya menyingkap perangai pelahap Nga Kor Meng.
Seandainya benar dia tidak bersalah dan isterinya juga tidak terlibat, manakala urusan pembidaan serta penganugerahan projek tersebut berjalan mengikut lunas-lunas perundangan, mengapa tidak dia sendiri yang meminta SPRM menyiasat mengapa projek tersebut diberikan kepada Ethan & Elton Sdn. Bhd? Mengapa dia perlu mencabar orang lain sedangkan dia sendiri enggan membersihkan tubuh badannya dan tangannya yang kuat mencuri itu tetapi mengharapkan agar ada orang yang ‘berani’ membuat laporan kepada SPRM.
Melihat kepada taktik yang digunakan oleh Nga Kor Meng, ianya adalah taktik murahan. Cabaran seperti itu sebenarnya cuba dipergunakan oleh Nga Kor Meng sebagai pancingan. Hakikatnya, Nga Kor Meng sendiri selepas pendedahan tersebut, tidak berani membuat laporan polis mahupun SPRM, sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya sedang menggelabah kerana pendedahan tersebut hanyalah satu ‘pendedahan tentang penyelewengan kecil’ membabitkan dirinya dan isteri. Belum lagi pendedahan besar yang membabitkan jaringan pendana-pendana DAP yang jauh lebih besar dan komplikated!!!
- PerakToday

No comments:

Post a Comment