Saturday, 10 December 2011

2 ADUN DAP P.PINANG SALAH GUNA KUASA..???

2 Adun kerajaan DAP dituduh salahgunakan kuasa , Rayer cabar dedahkan nama !


Siapa 2 Adun Kerajaan DAP yang didakwa menyalahgunakan kuasa ? Siap dapat komisyen lagi dari pemaju ! Apa cerite ni Guan Eng  !!  Cakap tak makan rasuah ...ini apa kejadahnya ??  Poorah !


Lebih menarik tu ,  Satees Kumar telah dicabar oleh Adun Seri Delima  , RSN Rayer  24 jam  di dalam sidang media semalam supaya dedahkan nama 2  Adun terbabit serta buat laporan SPRM . 

Guan Eng tak boleh pejam mata babitkan salahgunakuasa ni  !  Jika beliau sering menuduh pentadbiran BN korup ,  nampakanya kerajaan DAP pun 2 X 5 saja .


Adakah macha ni berani dedahkan nama Adun terbabit ?? 
Kalau tak dedah ..lu pengecut la bro ...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N. Rayer mencabar Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy dan pembantu peribadinya M.Satees Kumar mengemukakan bukti dan menamakan dua ADUN Pulau Pinang yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa seperti yang didakwa dalam sebuah laman sosial.

Rayer yang juga Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang berkata, beliau memberi masa 24 jam kepada mereka berdua untuk tampil mengemukakan bukti dan menjelaskan dakwaan berkenaan.

"Saya cabar mereka mengemukakan bukti, menamakan ADUN yang didakwa dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis, sekiranya mereka gagal melakukannya mereka adalah pengecut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan Satees Kumar memuat naik dalam sebuah laman sosial mengenai salah laku yang dilakukan oleh dua ADUN di Pulau Pinang.

Satees Kumar mendakwa bahawa salah seorang daripada ADUN itu telah dipaksa untuk meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan telah dibayar komisen oleh pemaju. - Bernama

CREDIT TO : Sejarah Melayu

No comments:

Post a Comment