Monday, 14 November 2011

PELAJAR TERLIBAT KONGSI GELAP DI LUMUT

Polis menahan 180 orang, tujuh daripada mereka wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dalam serbuan di sebuah rumah rehat, di Teluk Batik, Lumut 110 km dari sini malam tadi.



Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang awam.
Antara yang ditahan ialah 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang penjawat awam, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati satu upacara angkat sumpah turut diadakan di rumah rehat itu.
Shukri berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan - Bernama
Tidak diketahui adakah pelajar yang ditahan itu adalah pelajar-pelajar dari sekolah di daerah ini ataupun mereka datang dari luar dan menggunakan rumah rehat tersebut untuk tujuan seperti yang dimaksudkan.
Juga tidak dapat dipastikan adakah pelajar-pelajar tersebut adalah pelajar melayu ataupun dari pelbagai kaum. Namun begitu, amat tidak bermoral dan melangkaui batasan seorang pelajar yang pastinya masih di bawah umur, sudah terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. Bukankah itu menunjukkan masa depan yang akan bergelumang dengan dunia penjenayah...?????
Rujukan : Perak Today

No comments:

Post a Comment