Kawalan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika menunaikan fardhu haji di Mekah pada tahun ini ( 1432 H ) telah menimbulkan ketidakpuasan hati di sanubari puak-puak Pakatan Rakyat, dengan memfitnah kononnya DS Najib dan isteri dapat menunaikan haji dengan mudah kerana diiringi dan dikawal rapi oleh pihak keselamatan Arab Saudi yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata.
Klik di sini
Pada hakikatnya, keselamatan yang diterima oleh semua pembesar atau pemimpin negara ketika menunaikan haji adalah sama sahaja. Kehadiran pemimpin atau pembesar negara di Makkatul Mukarramah utk menunaikan haji adalah umpama tetamu istimewa kepada kerajaan Arab Saudi dan sudah semestinyalah menjadi tanggungjawab pihak tuan rumah utk memastikan kelancaran ibadah tersebut tanpa sebarang masalah dan gangguan. Klik di sini
Adalah difahamkan, Arab Saudi mempunyai risikan mereka sendiri dan semenjak berlakunya peristiwa Rampasan Masjidil Haram pada 20 November 1979, kawalan keselamatan terhadap semua jemaah dipertingkatkan dari setahun ke setahun, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin/pembesar sesebuah negara, demi mempastikan peristiwa hitam itu tidak berulang lagi. Lagi gambar kawalan keselamatan....... Klik di sini
Rampasan Masjidil Haram / 20 November 1979..... Klik di sini
Peristiwa selanjutnya mengenai rampasan tersebut..... Klik di sini
Kita pun tidak tahu siapa di sebelah kanan, kiri, depan, dan belakang DS Najib... Adakah pembesar Arab Saudi, mungkin Gabenor Mekah, mungkin Imam Besar Masjidil Haram.....jadi kemungkinan kawalan keselamatan itu utk beliau..????
Dato' Seri Najib dan isteri ketika tawaf di Baitullah
Bukankah memang menjadi kebiasaan akan ada beberapa pembesar negara yg akan mengiringi ketua-ketua negara ketika menunaikan haji di Mekah. Jadi tidak mustahil jika DS Najib pun akan mendapat layanan sedemikian dari kerajaan Arab Saudi lebih-lebih lagi hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi yg memang di ketahui seluruh dunia. Hubungan yg erat antara kedua kerajaan itu diterjemahkan oleh Perdana Menteri seperti katanya "hubungan baik negara dengan kerajaan Arab Saudi membolehkan Malaysia sentiasa mendapat pertimbangan sewajarnya dalam perkara itu. "Sebab itu, apabila mangkat Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdel-Aziz al-Saud baru-baru ini, saya sendiri ambil keputusan untuk datang menziarah, bersama Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) untuk memperlihat betapa berat pandangan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap hubungan kita yang sangat akrab dengan kerajaan Arab Saudi,"
Selanjutnya Klik di sini
Hello.. juak PR.. Mike Tyson semasa berkunjung ke Masjidil Haram pakai helikopter tau.... tarak mau komplen kaaa...????
depa jeles ni...sebab nuor g amerika tak kena guard pun..muahahahhaaa..mainan puak reban ketinggalan zamannnnnnnnnn
ReplyDelete