Monday, 23 May 2011

INGIN IMBAS KEMBALI....

Suqiu

Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia telah ditubuhkan pada 16/8/1999, dengan ringkasnya Rayuan Pilihanraya atau Suqiu, merupakan senarai agenda persatuan-persatuan Cina Malaysia dalam Pilihanraya Ke-10.  Ianya disertai oleh 13 persatuan Cina  dan tidak satupun persatuan bangsa lain menyertainya.

Disini ternyata  Suqiu tidak membawa agenda bangsa Malaysia keseluruhannya, sebaliknya lebih membawa agenda kaum yang diwakilinya. Ini dapat disimpulkan melalui kesemua ahli yang menyertainya yang mana semuanya adalah persatuan-persatuan kaum Tionghua.

Kenapakah Suqiu ditubuhkan ? Dari agenda yang diberikan, ianya lebih banyak tertumpu kepada penghapusan hak-hak yang dinikmati oleh bangsa yang dipanggil Bumiputera terutamanya Melayu. Walaupun ringkasan tuntutan itu nampaknya agak umum, tetapi isu utamanya ialah ke arah pembentukan sebuah negara yang mengamalkan dasar meritokrasi dimana tiada keistimewaan ke atas mana-mana kaum di negara ini. Suqiu ditubuhkan pada masa dimana orang Melayu terutamanya amat lemah. Mereka mengambil peluang dari kelemahan dan perpecahan Melayu ini untuk membuat tuntutan tersebut. Mereka merasakan inilah peluang mereka untuk menuntut menghapuskan apa saja yang keistimewaan yang diberikan kepada kaum bumiputera. Inilah masa bagi mereka meminta apa yang selama in mereka inginkan. Peristiwa 16 mei 1969 tidak langsung menjadi ingatan kepada mereka. Meraka ingin samarata!

PAS dan KeAdilan secara langsung dan terang menyokong kumpulan ini. PAS yang diwakili Subki Latif menghadiri upacara ulantahun setahun Suqiu. Di Lunas, Mat Sabu dalam ceramahnya pada Malam Sabtu 25/11/2000 (10.00 mlm) memberi tahu hadirin diceramahnya yang PAS menyokong Suqiu, Dong Zong dan JiaoZong. Dia berbangga dengan apa yang diucapkannya di atas pentas. Ini disambut dengan sorakkan dari ahli-ahli PAS dan KeAdilan dihadapan beliau yang rata-ratanya orang Melayu. (Tape masih disimpan). Ini adalah tanda pengiktirafan mereka kepada Suqiu dan tuntuan mereka. Begitu juga KeAdilan yang terang-terang mengakui mereka bersependapat dengan Suqiu. Suqiu menjadi penyokong KeAdilan dalam Pilihanraya kecil dan umum. Mereka berkempen untuk calon Keadilan di Lunas. Satu lagi parti yang dianggotai oleh orang Melayu menyokong Suqiu.

Kenapa perlu kita teliti tuntutan ini ? Kalau dikaji secara teliti ianya bermaksud penghapusan segala kuota dan keistimewaan yang diberikan kepada kaum Bumiputera. Contohnya, penghapusan kuoata kemasukkan ke Universiti, penghapusan bantuan kepada usahawan Bumiputera dan sebagainya. Ini semua dilakukan dengan berselindung di sebalik perkataan perpaduan kebangsaan, reformasi institusi politik, hak asasi manusia, ekonomi dan pembangunan sosial, pendidikan, multi-culturalisme, perlindungan alam sekitar, wanita, media, pekerja serta orang asli. Itulah helah mereka sebenarnya.

Dari sektor pekerja mereka mahu sektor awam dibuka seluas-luasnya kepada kaum lain juga, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menyebut pembukaan sektor swasta kepada bumiputera seluas-luasnya. Syarikat-syarikat milik mereka masih mengamalkan 'family bisness' dimana mereka memberi peluang lebih kepada kaum sebangsa mereka. Begitu juga di sektor ekonomi, mereka tahu yang ekonomi mereka amat kukuh dan tidak dapat ditandingi kaum lain. Mereka amat susah membantu kaum lain dalam memajukan diri dalam bidang ekonomi. Kalau boleh semua bidang ekonomi mahu dibolot mereka. Inilah yang mereka sebutkan ekonomi dan pembangunan manusia, helah yang digunakan untuk menghapuskan peluang bumiputera menjadi sama taraf dengan mereka. Begitu juga dengan institusi agama yang ada disebut dalan tuntutan itu. Apa yang dimaksudkan ialah belanjawan untuk agama lain perlu diadakan dalan belanjawan negara. Ini bermaksud kerajaan perlu memberi kebebasan agama lain membina kuil, tokong atau gereja menggunakan duit peruntukan kerajaan , sama taraf yang diberikan dengan agama Islam. Ianya juga membawa maksud, Islam bukan lagi menjadi agama rasmi negara. Semuanya kalau dikaji secara teliti akan dapat memberi sedikit sebanyak helah yang diselitkan. Hanya mereka yang buta saja tidak memahami maksud itu.

DAP sudah lama berjuang untuk semua ini. Kali ini mereka begitu gembira kerana perjuangan mereka diterjemahkan oleh satu kumpulan lain. Harapan DAP menjadi kenyataan apabila selama ini UMNO yang majoritinya didokong oleh orang Melayu menolak perjuangan DAP itu. Sebaliknya DAP mendapat nafas baru daripada penubuhan Suqiu ini dan ianya mendapat sokongan rakan seperjuangan dalam BA. DAP sudah dapat separuh daripada apa yang diperjuangkan selama ini. PAS, KeAdilan dan PRM telah sehaluan dengan DAP dalam perjuangan Malaysian Malaysia DAP. Cuma hanya tinggal undi orang Melayu saja yang DAP perlukan untuk mendapat 50 peratus lagi. Ini dapat dilakukan melalui PAS dan KeAdilan.  Apakah rela orang Melayu membiarkan ini berlaku ?

Sedarlah wahai orang Melayu Islam tentang tentang agenda mereka ini. Janganlah kita membabi buta menyokong mereka. Mari kita pertahankan hak kita bumiputera. Kita telah membuat satu pengorbanan yang amat besar dan tak ternilai dengan memberi taraf kerakyatan kepada mereka. Apakah mereka sudah lupa ? Apakah kita sudah lupa ? Sekarang setelah mereka merasakan kita agak lemah dan berpecah belah, mereka mahu merampas semuanya dari kita. Bangunlah wahai umatku. HAK KITA JANGAN DIGANGGU.


No comments:

Post a Comment