Wednesday, 16 February 2011

TAK FAHAM ATAU EMOSI....?????

Kehadiran MB menyemarakkan semangat.
11 - 13 February 2011 - meninggalkan cerita indah untuk dikenang.... Ulu Kelang menjadi saksi Bahagian Larut dan Lumut bergabung tenaga di dalam simulasi.....

Ketibaan agak lewat sedikit memenatkan tetapi tidak mematahkan semangat malah tetap segar dan bertenaga untuk memasuki dewan.  Awal perkenalan dengan Bahagian Larut agak mendatar....mungkin masih penat agaknya.  

Kami di pilih secara random....maka terbahagilah kepada 2 kumpulan.  Di sinilah bermula segalanya....

Seperti suasana sebenar....masing2 mencari kelemahan, mencari kesalahan, menyelongkar segala perkara sehingga ke peringkat tidak terjangkau oleh akal kerana 'bekalan' adalah terhad dan tidak menyangka akan mengalami situasi yg begini.  Menggunakan kebijaksanaan seoptima yg mungkin untuk mnghidupkan watak dalam memprovokasi pihak lawan.....

Di kelilingi oleh sebahagian kawan-kawan yang matang dalam politik....ilmu ditimba sebaik mungkin.  Ketelitian sangat jitu.  Seolah-olah suasana sebenar.....siapa sangka ada yg tidak tahan emosi.  

Aduhai kawan....kalau simulasi mcm tu pun mental dah out....macam manalah agaknya ketika menghadapi situasi sebenar agaknya nanti.  Disangka ilmu politik dah cukup kebal jika dibandingkan dgn yg masih merangkak2 ni....rupa2nya tak kuat mana.

Tabik lah kat peserta lelaki kerana semuanya berakhir tnpa sengketa dan memahami situasi yang sedang dilalui.  Sebaliknya pula kepada peserta wanita ( bukan semua ).  Paling teruk kena adalah diriku.....hahha...

Nampaknya aku berjaya menjiwai watak......tahniah utk aku!!!! Pertama kali menghadiri kursus seperti itu, dengan ilmu politik yg aku kira hanya senipis kulit bawang.....byk pengalaman dan pengajaran utk mematangkan diri.

Namun begitu..... Yang disangka baik itu rupanya ada bisa yang tersisa. Yang disangka setia itu rupanya ada duri tersembunyi. Yang disangka jujur n ikhlas itu rupanya jari kelingkingnya berkait. Yang disangka kawan itu rupanya lawan yang nyata. Yang disangka sahabat itu rupanya musuh yang hebat. Yang disangka ayam itu rupanya musang yang meminjam bulunya.... ha ha ha ha... 

Betullah kata seorang rakan FB.....dalam politik....mana ada kawan......

Wallahu alam....

No comments:

Post a Comment