Showing posts with label JPN. Show all posts
Showing posts with label JPN. Show all posts

Friday, 3 August 2012

GEMPAR!! JPN 'KUBURKAN' JANDA YANG MASIH HIDUP...!!!


JOHOR BAHRU: “Saya umpama hantu bernyawa. Walaupun masih hidup, tetapi ‘dimatikan’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” kata Siti Salbiah Kasmori, 45, yang mengalami pelbagai kesukaran dalam kehidupan kerana di dalam rekod JPN, dia sudah meninggal dunia 11 tahun lalu.

Ibu tunggal itu berkata, sejak kesilapan itu berlaku 11 tahun lalu, dia sudah membuat aduan kepada kepada JPN tiga kali pada 2001, 2006 dan 2008, namun masalah itu belum diselesaikan.

“Masalah ini menyukarkan hidup saya. Lebih teruk, saya tidak boleh menerima pencen arwah suami kerana secara rasminya saya sudah mati. Selain itu, saya risau keluar rumah kerana bimbang ditahan polis.

“Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu, saya tidak dibenarkan mengundi kerana dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) saya sudah meninggal dunia,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Seri Alam, Masai, dekat sini.


Siti Salbiah berkata, dia menyedari status dirinya dikategorikan sudah meninggal dunia oleh JPN ketika mahu memohon MyKad baru diperkenalkan kerajaan pada 2001 - MyMetro



Saturday, 21 April 2012

RAKYAT ASING TIDAK LAYAK UNDI



JPN nafi dakwaan Facebook pemastautin sementara dapat MyKad biru -
SHAH ALAM: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan kad pengenalan pemastautin sementara berwarna biru kepada warga asing bagi melayakkan mereka mengundi.
Isu yang menjadi perbualan hangat di laman sosial Facebook itu turut mendakwa kad pengenalan berkenaan tertera kod berlambang segi tiga berwarna hijau, selain pemiliknya diberi tempoh tertentu untuk memperbaharui kad pengenalan mereka.
Kad pengenalan pemastautin sementara berwarna hijau dan pada kad itu ada empat segi tiga berwarna hijau bagi membezakan ia lain daripada kad pengenalan warga negara. Kad pengenalan ini dikeluarkan berkait peraturan 5 (3) (C) (2) JPN. – Jainisiah Mohd Noor, Pegawai Perhubungan Awam JPN
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisiah Mohd Noor, berkata gambar disiarkan di Facebook terbabit adalah palsu kerana kad pengenalan pemastautin sementara berwarna hijau.
“Kad pengenalan pemastautin sementara berwarna hijau dan pada kad itu ada empat segi tiga berwarna hijau bagi membezakan ia lain daripada kad pengenalan warga negara. Kad pengenalan ini dikeluarkan berkait peraturan 5 (3) (C) (2) JPN,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Jainisiah berkata, tindakan itu dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai.
Seorang lelaki, Rahman Salim, 40, yang membaca laporan terbabit dalam sebuah laman Facebook, berkata pihak berkuasa perlu segera memberi penjelasan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan di kalangan orang ramai.
“FB ini dengan jelas menunjukkan kad pengenalan yang berwarna biru, tetapi tertera di bawah nama pemiliknya dengan status sebagai pemastautin tetap. Saya bimbang jika orang ramai terpengaruh dengan dakwaan palsu ini,” katanya.
Sementara itu, tinjauan dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati dakwaan yang dihebahkan dalam Facebook tidak benar kerana SPR tidak pernah menukar warna kad pengenalan pemastautin sementara.
Carian dan semakan nombor kad pengenalan pemastautin sementara yang tertera dalam Facebook itu juga menunjukkan pemiliknya bukan seorang pengundi dan rekodnya tiada di dalam daftar pemilih.
- BERITA HARIAN