Wednesday 11 December 2013

ISTERI MENGAMUK BERKHATAN DISANGKA BUANG ALAT KELAMIN, SUAMI KELUAR ISLAM

Riyadh : Seorang wanita Filipina mengamuk di sebuah hospital di sini ketika suaminya ingin dikhatankan selepas memeluk Islam.
Wanita berkenaan bertindak demikian untuk memaksa doktor tidak melakukan prosedur itu.
Akhbar harian Sada semalam melaporkan suami wanita itu baru memeluk Islam dan memutuskan untuk ke hospital di Jazan, selatan Saudi bagi menjalani prosedur terbabit sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. 

“Isterinya berang dan mengekori lelaki terbabit ke hospital. Setibanya di hospital, dia menangis dan meraung kerana menyangka suaminya membenarkan doktor memotong alat sulitnya.
“Pihak berkuasa hospital berusaha memujuknya dan memberitahu yang berkhatan baik untuk kesihatan dan tidak membabitkan pemotongan alat kelamin suaminya.
“Bagaimanapun dia terus mengamuk menyebabkan suaminya berubah fikiran untuk tidak berkhatan dan keluar daripada Islam,” lapor Sada. - Agensi
Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment