HARGA minyak mentah yang kian merosot di pasaran dunia menimbulkan masalah belanjawan untuk hampir kesemua negara pengeluar minyak di Teluk Arab. Hari ini harga minyak, yang diukur melalui harga piawai antarabangsa minyak mentah Brent, berkisar sekitar harga AS$32 setong, berbanding dengan harga yang mencapai paras ketinggian AS$135-140 setong sekitar tahun 2008.