KUALA LUMPUR : Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik diri daripada mendengar kes saman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.