Sunday, 8 June 2014
APA KATA CHEF WAN PASAL MAKANAN ADA DNA BABI ???
Bertenang...bertenang.... budu dan cencalok to bangkai makanan laut...!!! |
BRUNEI SAHKAN COKLAT CADBURY TIDAK MENGANDUNGI DNA BABI
KEPUTUSAN analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains HALAL, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam seperti yang dinyatakan di Para - 3 keputusan tersebut telah mendapati TIADA DNA KHINZIR dikesan pada kedua-dua produk Coklat Cadburi Dairy Milk Roast Almond dan lain-lain produk coklat Cadbury yang telah diuji.
GELATIN BABI HALAL DI MAKAN : USTAZ KAZIM SANGGAH KENYATAAN YUSUF AL-QARADAWI
Ustaz Kazim Sanggah Kenyataan Yusuf Al-Qaradawi Gelatin Babi Halal Dimakan |
Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.