“Saya pernah disampaikan ajaran songsang oleh selebriti itu, tetapi terpaksa menolaknya kerana didapati melanggar hukum syarak dan syariat,” kata Sudin, 40-an, antara individu yang pernah disampaikan dakyah palsu oleh Selebriti Sesat (SS) yang mengakui dirinya sebagai rasul.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang SS mengakui dirinya diutuskan sebagai seorang rasul bagi merahmati sekalian alam, mendakwa wujud sebelum Nabi Adam a.s, selain berada di barisan depan di Padang Mahsyar untuk memberikan syafaat kepada pengikutnya.