KUALA LUMPUR : Jurulatih badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan perletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini .
Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.
Beliau disahkan menghantar surat perletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.