Tuesday, 5 March 2013

PENGARAH HOSPITAL PARAH DITETAK....

Hiasan

IPOH — Akibat tidak berpuas hati kerana diarah berpindah ke unit lain, seorang lelaki bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan sebilah parang sepanjang dua kaki hari ini.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi di hospital berkenaan, Doktor Mohd. Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan asakan serta tetakan seorang petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital itu yang berusia 53 tahun.

PRESIDEN FILIPINA UMPAMAKAN PENCEROBOH SABAH ADALAH AYAM....!!!

Pesanan presiden aquino kepada penceroboh sulu di sabah...




Sumber : di sini

PR BERJANJI KEPADA SULTAN SULU AKAN SERAHKAN SABAH JIKA MENANG PRU 13

Pertemuan Kiram II bersama Jeffery Kitingan

Setelah pendedahan dari Inquirer News tentang pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu, ramai yang berteka teki siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh laporan media tersebut.

Menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.

Yang lebih menarik, Pasukan Perisik Filipina juga mendedahkan tentang janji pemimpin Pakatan berkenaan untuk memberikan Sabah kepada kerabat Sultan Sulu jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan yang ada sekarang dan menyokong Sultan Sulu didalam usaha untuk mengambil balik Sabah dari Malaysia.

KRISIS LAHAD DATU : BUNYI LETUPAN.... PERTEMPURAN MAKIN HEBAT....???


LAPORAN LANGSUNG [UPDATE] 
[Sumber: BERNAMA | MStar | Mkini] 

10.09am: Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.