Saturday, 13 July 2013

SENARAI 10 WEBSITE PALING MAHAL DI DUNIA

Memiliki nama domain yang gempak, yang eye or ear catching umpama menjadi sebuah kemestian agar pengunjung berbondong-bondong masuk ke laman mereka. Ada harga ada rupa, menjadi elemen penting untuk mendapatkan domain yang diinginkan. Kerana pada kenyataannya, domain berlaku hukum 'siapa cepat dia dapat'.

Dari jutaan domain yang berlalu lalang setiap hari, berikut dipaparkan
 10 domain yang ditebus dengan harga fantastik. Tujuannya jelas, sebagai sebahagian dari strategi marketing. 


1. Shopping.de

Pada tahun 2008, Unister GmbH setuju untuk menyumbangkan dana sebanyak USD 2.8 juta  demi mendapatkan domain Shopping.de.




Syarikat berasal dari Jerman itu  sengaja membeli domain '.de', untuk melengkapi portofolio laman dana layanan mereka yang terdiri dari, News.de, Auto.de, Geld.de dan Kredit.de. Laman web tersebut merupakan mall online (menjual barangan secara online)

2. Candy.com

Nama candy yang berarti permen tak hanya manis dalam arti sesunggunya. Kerana, Candy.com tersebut menjadi domain 'manis' yang diperebutkan banyak perusahaan.




Di tahun 2009, domain Candy.com berhasil dibeli oleh G & J Holdings yang membayarnya hingga USD 3 juta . Web ini dikhususkan sesuai dengan namanya iaitu menjual candy secara online.


3. Vodka.com

Nama domain Vodka.com ternyata mampu 'memabukkan' jutawan Russia untuk membeli web tersebut dengan harga yang sangat tinggi di tahun 2006.



Rostam Tariko dikenal sebagai pemilik perniagaan minuman keras dengan bendera Russian Standar Vodka yang bersetuju untuk membayar USD 3 juta sebagai tanda pemilik domain vodka.com.

Ini dilakukannya sebagai cara untuk memperluaskan pasaran perniagaannya sehingga ke USA.

Vodka penangan Tariko sendiri sudah memasuki pasar AS pada bulan September 2005 dengan brand Imperia. Resepi untuk Imperia dikatakan telah ditemui oleh ilmuwan abad ke-19 Rusia Dimitri Mendeleev.

Harga domain Vodka.com termasuk yang tertinggi yang pernah terungkap untuk domain web generik ketika itu.


4. Clothes.com

Zappos, sebuah jenama kasut online, membuat heboh di tahun 2008 kerana setuju untuk membeli sebuah web dengan harga yang mengagumkan.



Web yang dimaksudkan adalah Clothes.com, yang dibeli empat tahun lalu dengan harga USD 4.9 juta dari IdeaLab.

Pada akhirnya, domain ini menjadi web yang diarahkan ke laman Zappos yang menawarkan pelbagai pakaian dan fashion lainnya.


5. Toys.com

Gedung mainan berasal dari Amerika Syarikat yang cukup terkenal, ToysRUs, membawa nama besarnya ke dunia internet sebagai tujuan untuk memperluas pasaran. Nama domain yang powerfull pun sangat diinginkan.



Alhasil tercetus nama Toys.com yang membuat target agar pengguna internet dapat dengan mudah masuk ke laman tersebut mengingati nama Toys yang sudah sering digunakan.

Untuk mendapatkan domain tersebut, ToysRUs perlu berkorban sehingga USD 5 juta untuk mendapatkan nama yang diinginkannya itu.


6. Slots.com

Ini salah satu laman judi online yang berhasil dijual dengan harga tinggi. Sebuah pengelola blog domain Wire, mengungkapkan sekitar tahun 2010 bahawa nama Slots.com terjual dengan harga USD 5.5 juta .



Tidak diketahui siapa di sebalik perniagaan yang membeli laman tersebut.

Tapi yang jelas, Slots.com masih digunakan sebagai portal judi online. Bila dilihat dengan jelas, domain ini  dikatakan terjual dengan harga lebih dari USD 1 juta untuk setiap hurufnya.


7. Diamond.com

Kilauan domain Diamond.com ternyata mampu membuat laman penjual perhiasan Ice.com setuju untuk mengeluarkan dana hingga USD 7.5 juta  pada tahun 2006.

Ice.com membeli harga hingga ratusan ribu dari Odimo, tersebut kerana melihat nama laman tersebut yang sangat mudah untuk diingat dan memikat pengguna.


Tidak hanya USD 7.5 juta saja, dikhabarkan perniagaan itu mengorbankan USD 2 juta lainnya untuk hak cipta berkaitan perhiasaan dari Odimo.


8. Porn.com

Laman ini menjadi salah satu web yang tinggi harga jualannya. Perkataan 'porn' di belakang '.com' menjadi salah satu alasan mengapa domain ini menjadi perhatian ramai orang di seluruh dunia.

 

Mana tidaknya, transaksinya berakhir dengan nilai USD 9.5 juta pada tahun 2007.


9. Fund.com

Pada tahun 2007, Clek Media Inc berjaya menyelesaikan pembelian domain Fund.com dengan harga USD 9.9 juta .




Pemilik awalnya, web Fund.com dimanfaatkan untuk menawarkan perkhidmatan berkaitan perbankan online. Sehingga kini domain ini masih dikatakan sebagai kedua termahal di dunia.


10. Sex.com

Web Sex.com masuk ke dalam Guiness Book of World Records sebagai  laman web termahal di dunia hingga saat ini. Laman ini bernilai sehingga USD14 juta pada kali terakhir ia dibeli dari Escom LLC.


Sex.com pertama kali didaftarkan pada 1994 oleh Gary Kremen, yang akhirnya menemukan Match.com.

Setahun setelah didaftarkan terjadi perselisihan faham kerana Stephen Cohen menuntuk sebagai pemilik domain tersebut sehingga membawa kes ke mahkamah yang berakhir pada 2006.

Mahkamah kemudian menetapkan Kremen sebagai pemilik pertama domain sex.com.

No comments: