Tuesday, 11 December 2012

AWAS !!! RM 100 PALSU BERLELUASA DI PASARAN.....!!!!


Berita ini agak menakutkan lagi-lagi buat peniaga yang berniaga di kedai-kedai makan atau di mana-mana sahaja. 

Beberapa orang peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir,  mendakwa telah menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu.

{FOTO} DAP ANJUR PERTANDINGAN ANGKAT BABI .....???

Ini memang pelik....
Pertandingan pelik bagi menguji kekuatan ini diadakan di Hengyang, Wilayah Hunan, China. Para peserta dikehendaki untuk berlari sambil mengangkat dua ekor babi gemuk sehingga ke garisan penamat dengan jarak 30 meter. Sesiapa yang terpantas akan dikira sebagai pemenang.
Jom kita tengok aksi-aksi mereka....

angkat babi

PENGEDAR DADAH JADI PENGEBOM.....!!!


Tertekan dikepung sepasukan polis, seorang pengedar dadah bertindak nekad melemparkan bom tangan ke arah dua kenderaan polis yang berjaya memintasnya di hadapan simpang masuk ke Bukit Merah Laketown Resort, di Gunung Semanggol, pagi semalam.
Bagaimanapun, bom tangan yang dibaling suspek tidak meletup, sebaliknya dia ditembak mati seorang anggota polis ketika hendak melarikan diri ke dalam semak-samun berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 10.30 pagi.
Sumber polis berkata, lebih kurang jam 10 pagi, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pergi ke rumah suspek di Kampung Dew, Taiping untuk menahannya sebelum dia bertindak melarikan diri menaiki sebuah kereta Honda Accord putih.

KERETA MEWAH PAS EKSIDEN...???


Jangan kata, pemimpin PAS ni bencikan kemewahan... Walaupun tidak henti-henti tuduhan mereka terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka katakan bermewah dengan hasil 'merompak duit rakyat', hakikatnya tuduhan itu hanya untuk mengaburi pandangan khalayak terhadap kemewahan yang puak-puak PAS sendiri kecapi.... ZUHUD konon!!!

Dari MyMassa, dikhabarkan kereta mewah di atas dengan plat pendaftaran PAS 9 (siap tayang pingat lagi tuh!) adalah milik seorang pemimpin tertinggi PAS tetapi pendaftaran kenderaan tersebut bukan atas nama individu, sebaliknya atas nama sebuah syarikat. Apsal leh terperosok kat tepi divider jalan tu bro..?!

Mungkin puak kahak hijau PAS boleh tolong jelaskan....?


APA ISTIMEWANYA.... 12.12.12...???

Setiap tahun ada sahaja tarikh tertentu yang menjadi rebutan dan tumpuan. Sejak bermula tahun 2000, tarikh 'kembar 3' akan dijadikan nostalgia oleh setiap orang.... contohnya 01.01.01..... 02.02.02 dan seterusnya. Bulan Disember ini, sudah pasti tarikh 'kembar 3' yang menjadi pilihan adalah.... 12.12.12.

WARGA EMAS TERPEDAYA DENGAN JANJI SEKS JENICE LEE....???


Memanglah cantik....
Tapi jika perangainya tidak secantik wajahnya, lama-lama orang pun meluat, menyampah.
Kalau warga emas pun dah dijadikan mangsa.... apa cerita ni beb!!!

LAMBAKAN MAJALAH WANITA BOGEL DI PASARAN......


Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.
Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.

JIN SUKA WANITA BERSOLEK....???

hiasan

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA....

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

PELAKON VETERAN SEDANG SAKIT DIHALAU DBKL DARI RUMAH SEWA....!!!!


PETALING JAYA : Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

AKIBAT GAH DOA KO BN....???!!!

Nik Radzi Nik Mat - Doa Kecelakaan

Nik Radzi Adik Nik Aziz Sedang Tenat?


Mengikut beberapa sumber, Nik Radzi Nik Mat adik kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat sekarang sedang ditimpa sakit tenat dan kisahnya mengenainya sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum.

Berita ini juga telah dimuat naik dalam beberapa blog antaranya Malaysia Instinct, dan  media sosial facebook selain turut bertebaran dalam email.

Beberapa minggu lalu, Nik Radzi telah mengundang kontroversi apabila mendoakan kecelakaan terhadap sesama Islam khususnya membabitkan UMNO.