Wednesday, 19 September 2012

UCAPAN ANWAR IBRAHIM BERTAJUK 'RELIGION & PLURALISM IN A DIVIDED WORLD' DI LONDON SCHOOL OF ECONOMIC (LSE) BERCANGGAH DENGAN AKIDAH...??


UCAPAN PADA 18 MAC 2012.........

[RUJUKAN: Teks ucapan Versi English [Klik di sini] ; Versi Melayu [Klik di sini]; Audio [Klik di sini]
Sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World”(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam.

PAS PERAK SOKONG KENYATAAN NGEH.... TAKUT HILANG UNDI CINA, YOP!!!!


abu-bakar-hussain

Seperti dijangkakan, PAS tetap mempertahankan DAP walaupun terang-terangan kalangan pemimpin parti berasaskan kaum Cina itu sememangnya terang-terangan menolak Islam.
Sejak Pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Ham menimbulkan kontraversi dengan mengeluarkan kenyataan di laman twitternya semalam, pelbagai pihak sama ada pemimpin Barisan Nasional dan pembangkang mengecam perbuatan ADUN Sitiawan itu yang dikatakan lansung tidak mempunyai sensitiviti terhadap perasaan umat Islam ketika ini.
Namun, Pesuruhanjaya PAS Negeri Abu Bakar Hussian mempertahankan kenyataan Ngeh itu dengan menyatakan Pengerusi DAP itu tidak bermaksud menghina orang Islam dan juga Rasulullah.
“Dia tidak bermaksud menghina orang Islam dan juga Rasulullah tetapi sekadar mempersoalkan keikhlasan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengajak umat Islam di Malaysia supaya berhimpun dan membantah filem “ Innocence of Muslims”.
“Saya berpendapat komen Ngeh lebih kepada mempersoalkan keikhlasan Khairy untuk berhimpun dan membantah filem. Dia tidak ada niat buruk disebalik kenyataan twitternya,” kata Abu Bakar.
Berlainan pula dengan PKR yang ternyata tidak suka dengan kenyataan Ngeh. 
Ketua Penerangan PKR Negeri Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Ngeh itu mencerminkan satu pemikiran yang kurang matang kerana menggangap penetangan umat Islam terhadap filem ‘Innocence of Muslims’ sebagai membuang masa dan tenaga.
Beliau memberi amaran kepada Ngeh supaya jangan buat kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara kaum dan agama kerana ianya sangat berbahaya.
“Ngeh kena tahu jaga sensitiviti agama dan budaya setiap kaum dan ia wajib dihayati oleh semua,” kata Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Menurutnya lagi semua bangsa tidak mengira agama wajib menghormati kedudukan mulia yang berkaitan dengan Islam.
“Saya memberi kenyataan bukan mewakili mana-mana parti atau pihak tetapi sebagai seorang yang mempertahankan agama Islam, bukan saja Ngeh tetapi semua orang patut menghormati sensitiviti agama lain,” katanya.
PAS perjuangkan Islam kah...???

UMAT ISLAM HARAM UNDI NGEH, BUKAN AKU CAKAP, MUFTI PERAK YANG CAKAP...!!!


Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam akan hukum haram mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, umat Islam mestilah menolak wakil rakyat yang cenderung ke arah merosakkan negara dan cuba mencetuskan permusuhan antara kaum.
 Menurutnya hukumnya menjadi haram kerana perbuatan mengundi wakil rakyat itu boleh mendedahkan rakyat di negara ini kepada kebinasaan.
“Orang Islam tidak boleh bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam. Tindakan yang dibuat oleh YB Ngeh itu sebagai satu tindakan yang tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.
Cuba kalau agama dia (Ngeh) yang kena, saya ingat lebih teruk dia akan mengamuk,’’ katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa tindakan undang-undang wajar diambil ke atas sesiapa sahaja yang menghina nabi dan agama Islam dan Ngeh seharusnya tidak terkecuali kerana perbuatannya jelas cuba mencetuskan kacau bilau.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan protes umat Islam di seluruh dunia membantah secara besar-besaran pembikinan filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina nabi  Muhammad SAW sebagai membuang masa dan tenaga.
Semalam menerusi laman Twitternya, Ngeh didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi  kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda PAS mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh hari ini.
Beliau juga menjelaskan dari segi syarak umat Islam termasuk pemimpin Islam dalam pembangkang  tidak boleh bersekongkol sama sekali dengan orang yang memusuhi Islam kerana itu dianggap sebagai harbi.
“Harbi ialah orang yang memerangi kita, orang yang mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita,’’ katanya.
Sehubungan dengan itu beliau menasihati  pemimpin-pemimpin PAS supaya tidak bersikap membisu dalam soal penghinaan Ngeh terhadap nabi dan agama Islam.
“Saya lihat orang Pas masih berdiam diri dalam soal ini ,’’ katanya, sambil menambah keadaan ini disebabkan wujud satu kebencian dalam diri mereka terhadap kerajaan yang ada.
“Jadi mereka sudah tidak kira lagi, apa yang penting ialah untuk men jatuhkan kerajaan.
“Kita orang Islam wajib bersatu,  walau dalam apa pun keadaan yang kita hadapi kita mesti  bersatu, perbezaan pendapat itu masalah lain. Ianya lumrah manusia untuk mencapai kemajuan kerana dengan perbezaan itu datangnya idea baru yang lebih baik,” katanya.
 Mufti itu sekali lagi mengingatkan rakyat supaya mengundi wakil rakyat yang boleh menolong, membangunkan negara serta yang boleh memajukan dan memastikan keamanan.

Perak News

NIZAR SAYANG NGEH LEBIH DARI CINTAKAN ISLAM....???!!!


Haha.... teman gelak besor yop nengok banner ni!!!
Rupa-rupanya Nizar masih berbesar hati dan sangat teruja bila para penyokong totoknya masih menganggapnya sebagai Menteri Besar.... jika tidak masa kan banner tu tercipta begitu!
Nizar masih bermimpi di siang hari..!

Ketika Isu filem menghina Nabi Muhammad SAW sedang meletup sekarang dan protes mengenainya berlaku di seluruh dunia, ke mana perginya suara Nizar sebagai pemimpin PAS Perak? Bukankah PAS memperjuangkan Islam..? Di mana perjuangan PAS Nizar ketika orang Islam (juga dirinya) di sindir oleh Ngeh sebagai membuang masa dengan tindakan kecaman itu.



Adakah Nizar yang begitu lantang ketika mempersoalkan plat kereta Sultan Johor di dalam twitternya itu terlalu takutkan Ngeh yang selama ini telah menjulang dirinya untuk menjadi Menteri Besar Perak, walaupun cuma 11 bulan?

Benarlah, selama 11 bulan itu, Nizar hanya sekadar menjadi Menteri Besar boneka yang remote controlnya di pegang oleh Ngeh...

Mana berani nak bersuara yop... jangan tak tau, Nizar sebenarnya masih menyimpaan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Perak semula...lihat aja banner di atas tu! Mana boleh lawan big boss DAP tu!

Tapi mana gayanyer nak ngidam kerusi MB tu kalau tak berani mempertahankan Islam apabila dikecam hebat oleh rakan sebantalnya? Gamaknya udah ilang telor Nizar tu direntap Ngeh?

Oppsss!! Teman lupa yop.... tangan Nizar udah patah rupanya.... 



Nizar menjelaskan, tangan dia kononnya patah kerana ditimpa BUAH KELAPA ketika beliau cuba mengait buah tersebut dilaman rumahnya beberapa hari lalu..

Dan kononnya dengan kecekapan Nizar, dia dapat mengelak buah kelapa tu dari menimpa kepala beliau.. Kalau tak, confirm arwah dah keldai DAP sekor tu..


Ada kemungkinan, semua itu merupakan bala dari Tuhan untuk Nizar yang tak abis-abis asyik memfitnah pemimpin-pemimpin negara setiap kali dia bukak mulut di pentas ceramah.

Gambor tangan patah tu diambil semasa Nizar hadir dalam siri jelajah ceramahnya di Perak.  Peliknya dalam ceramah tu tak pulak dia komen pasal filem yang menghina Nabi Muhammad SAW yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia tu..... 

Adakah Nizar pun sekepala dengan big boss DAP tu....? 
Ater ngapa pun nak berdemo2 nak membantah.. SEMUA ITU HANYA MEMBUANG MASA..!!!! ??????
Kepala bapak kau..! buang masa! berdemo BERSIH menjahanamkan ghette mende awam, mengganggu ketenteraman dan membuat kekecohan itu tidak buang masa ye.... ITU JIHAD FISABILILLAH...YE????!!!

DIPERSEMBAHKAN 4 LELAKI YANG MEMILIKI ISTERI PALING RAMAI DI DUNIA MASA KINI......!!!!

1. Ziona Chana











Ziona Chana (67), seorang tukang kayu dari India, memiliki 39 isteri. Dari semuanya, Chana menurunkan 94 anak yang kini sudah berkembang menjadi 33 cucu. Semua anggota keluarganya ditempatkan dalam satu rumah yang besar, 5 tingkat dengan 100 kamar tidur. Rumah itu diberi nama 'Chhuanthar Run' yang bermaksud 'rumah dari generasi baru', terletak di sebuah bukit di Desa Baktawng di negara dalam daerah Mizoram, India.


Chana merupakan keturunan pemimpin Sekte Chana, Challian Chana, yang percaya bahawa suatu hari mereka akan mengatur dunia bersama Kristus. Kakek Chana sendiri yang mengizinkan bahawa lelaki boleh beristeri ikut suka hati mereka, demikian dipetik dari The Sun, Februari 2011. Menurut pengakuan anak sulungnya, Parliana, ayahnya menikahi perempuan-perempuan miskin dan yatim piatu, dan untuk merawat mereka. Isteri-isteri itu yang mengurus segala urusan rumah tangga Chana, mengurus anak, hingga keperluan-keperluan peribadi Chana.

Makan adalah saat penting di mana para isteri memasak berjam-jam kerana banyaknya bahan baku yang dimasak, seperti halnya dapur masak militeri. Para istri itu tidak bercakaran satu sama lain. Mereka merasa bangga, beruntung dan menganggap Chana lelaki paling tampan di desa itu. Sementara anak-anak dan cucunya, semua menjadi tukang kayu membantu usaha Chana. Sungguh pun demikian, Chana merancang tetap akan menikah lagi. "Untuk memgembangkan sektor saya, saya bercadang pergi ke AS untuk menikah lagi," katanya.

INILAH WAJAH PRODUSER FILEM 'INNOCENCE OF MUSLIMS'

Meski menyembunyikan wajahnya ketika menyerahkan diri, dokumentasi wajah Nakoula Basseley Nakoula, (55) alias Sam Bacile, produser filem "Innocence of Muslims" tetap boleh ditemui.

Dikeluarkan Daily Mail.UK, tampak Nakoula Basseley Nakoula berpose dengan pelakon Anna Gurji, yang dalam filem Innocence of Muslims "berperanan sebagai anak perempuan Nabi Muhammad".




Nakoula Basseley Nakoula (center) is escorted out of his home by Los Angeles County Sheriff's officers in Cerritos, California on Saturday.
Kashmiri Muslim demonstrators shout anti-U.S. slogans during a protest march against the controversial film ‘Innocence of Muslims’ in Srinagar.

TAHNIAH : DATUK NICOL DAPAT ANUGERAH MEJAR KEHORMAT TUDM




Tahniah buat Datuk Nicol Ann David yang hari ini dianugerah dengan pangkat pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memakaikan pangkat Mejar kepada Nicol pada majlis yang berlangsung di Kementerian Pertahanan di sini. Pemilihan Nicole sebagai menghargai semangat juang Nicol sehingga muncul pemain nombor satu dunia.

Sementara itu, Nicol melahirkan rasa terima kasih di atas pengiktirafan pencapaiannya dan beliau tidak sabar mengikut program disediakan oleh TUDM terutama kelas penerbangan.

FRENCH MAGAZINE TO PUBLISH CARTOONS OF NABI MUHAMMAD SAW !!!!!

A French satirical magazine is set to publish several cartoons of the Prophet Mohammed on Wednesday, a move that is likely to inflame the Islamic faithful and militants who have already rioted in more than 20 countries over a movie mocking the prophet.
Depictions of the prophet are strictly prohibited and considered blasphemous by Muslims. Cartoons of Muhammad published in Denmark in 2005 and then reproduced in newspapers across Europe triggered riots throughout the Mideast and Africa. Churches and embassies were torched and at least 100 people died in the outbreaks and police crackdowns.
The magazine "Charlie Hebdo" has confirmed that it will publish the cartoons, but has not revealed what they will depict. French newspaper "Le Monde" reports that some of the cartoons show the prophet in "particularly explicit poses," without providing any further detail.
The move comes as Muslims are still simmering after riots in Egypt, Libya, Tunisia and nearly 20 other countries over the move "Innocence of Muslims." U.S. Ambassador Christopher Stevens and three other Americans died during an attack on the U.S. consulate in Benghazi, Libya.
French government ministers have criticized the magazine's decision and police in Paris have stepped up security around its offices.
France is home to Europe's largest Muslim population, and the senior cleric at Paris' biggest mosque has appealed for followers to remain calm, according to the French news agency AFP.
The magazine has defended the move by invoking the right to free speech. Speaking on French radio, the magazine's director explained that a decision not to publish would "hand victory to a handful of extremists that are causing a commotion in the world and in France."
It's not the first time the anti-establishment, left-wing magazine has courted controversy. In 2011 the offices of "Charlie Hedbo" were bombed after it published an Arab Spring edition with the Prophet Muhammad as "guest editor" on the cover.



KEJAM : BUNUH RAKAN UNTUK LARIKAN WANG


Bunuh rakan untuk larikan wang

TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta disini, semalam.
Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan juga betis kiri.

INFO : THE MARKHOR GOAT


The markhor is an endangered species of wild goat that is natively found in the mountainous regions of western and central and Asia. The markhor is thought to have been named using the Persian word for snake, either because of the large coiled horns of the markhor or due to it's ability to kill snakes in the wild, although the exact reason is unknown. The markhor is found in northeastern Afghanistan, Gilgit-Baltistan, Hunza-Nagar Valley, northern and central Pakistan and the disputed territory of Kashmir, southern Tajikistan and southern Uzbekistan. The markhor is most commonly found inhabiting the high-altitude monsoon forests that litter these areas.

Markhor is the National Animal of Pakistan.



AHLI PARLIMEN THAI KAGUM PENTADBIRAN UMNO



KUALA LUMPUR, 18 Sept – Kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mempunyai struktur dan organisasi mantap menjadi tumpuan delegasi antarabangsa termasuklah anggota Parlimen dari Thailand yang mengadakan kunjungan rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ketua delegasinya, Phirapahan Phalusuk memberitahu bahawa kedudukan UMNO sebagai teraju kepimpinan bersama-sama komponen Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara menjadi tarikan kepada anggota delegasi untuk mengetahui lebih mendalam tentang parti ini.
“UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai sokongan kuat dari akar umbi dan kekuatan inilah yang menjadi faktor kepada kami untuk mempelajari cara dan kedudukannya dalam memperkukuh parti yang menjadi tunjang dalam kerajaan,” katanya di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Wilayah Yasothon turut mengharapkan hubungan lebih akrab akan dapat dijalinkan antara kedua-dua negara melalui parti-parti politik Malaysia-Thailand dan berkongsi pandangan dalam isu-isu semasa.
“Hubungan yang tidak rasmi melalui orang perseorangan dan juga antara parti-parti politik akan memudahkan lagi penerangan dan perkongsian yang akhirnya akan membawa kepada persekitaran untuk menyemai persahabatan,” katanya.
Sebelum itu, Tengku Adnan telah menerangkan kedudukan UMNO dalam BN yang mengadakan perkongsian kuasa bersama-sama 12 anggota kompenan lain dengan sentiasa mengamalkan kesepakatan dengan setiap agenda dipersetujui bersama.
“UMNO yang ditubuhkan sejak 66 tahun lalu telah melalui perkongsian kuasa bersama-sama BN setelah 55 tahun merdeka hinggalah ke hari ini, serta anggota kompenan tidak pernah menggunakan lambang masing-masing dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebaliknya lambang BN yang dahulunya parti Perikatan digunapakai,” katanya.
Delegasi seramai 16 orang ini mewakili ahli Parlimen dari Parti Puea Thai dan Parti Demokrat yang berada di ibu negara selama tiga hari sejak 17 September lalu. – MediaUMNO