Tuesday, 11 September 2012

MALINDO AIR - SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH TERBARU DI MALAYSIA

PM umum penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baru

KUALA LUMPUR: Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baru dikenali sebagai Malindo Air.
Najib berkata, syarikat penerbangan itu adalah hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.
Usaha sama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat diantara Malaysia dan Indonesia.
“Pada pendapat saya, akronim MALINDO – gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, malah juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.

“Dari segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya juga,”
ujarnya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat di sini. 

SOROS BERDENDAM PADA MALAYSIA...???

George Soros

KUALA LUMPUR - Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.
Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998.
Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini.
"Sejak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.
"Bagi Soros, kalau Malaysia jatuh, Tun Mahathir dan kerajaan yang memerintah ketika ini akan turut jatuh," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

GAUN PENGANTIN DARI JERSEY MANCHESTER CITY

Kita semua mengetahui bahawa fans fanatik dari sebuah kelab bola sepak selalu menyokong pasukan kesayangannya tersebut dalam segala hal, menyanyikan lagu kelab, dan tak lepas dari jersey pemain idolanya.

Namun, Karen Bell dari Bury, Greater Manchester, mempunyai cara yang lebih ‘Fanatik’ untuk menujukkan kesayangannya terhadap kelab Manchester City, yakni membuat sebuah gaun pengantin dari jersey bekas The Citizen untuk dipakai pada upacara pernikahannya.




Dan sementara sebahagian besar pasangan langsung menuju tempat eksotis setelah upacara pernikahan, Karen (38) dan suaminya Simon (49) yang juga seorang fans The Citizen malah bergegas ke stadium Etihad untuk menonton kelab kesayangan mereka beraksi.


Karen, mengatakan bahawa mereka memutuskan untuk menikah hanya dalam waktu empat minggu sebelum upacara pernikahan dilangsungkan.


“Ini adalah hari pertandingan sehingga Simon mengatakan aku harus muncul menggunakan jersey City. Itulah yang membuat saya berfikir dan memutuskan untuk melakukan ini. Kami ingin melakukan sesuatu yang berbeza keraa sebelumnya kami berdua masing-masing sudah pernah menikah,” tutur Karen kepada Mail Online.


Selanjutnya, Karen menghabiskan waktu selama tiga minggu menjahit koleksi baju lama Manchester City milik Simon sejak dari tahun 80-an, untuk membuatnya menjadi gaun pengantin.




Pasangan ini kemudian menikah di Chester sebelum menuju ke Manchester untuk menonton pertandingan Manchester City melawan Stoke, yang dimenangkan oleh The Citizen dengan skor 3-0.


“Semua orang menghentikan kami pada jalan masuk hanya untuk mengambil foto gaun yang saya pakai. Itu sangat brilian, orang-orang tak hentinya membelikan kami minuman.” ucap Karen.

KEADAAN RESTORAN McDONALD'S YANG PERTAMA DIBUKA DI DUNIA....

Restoran pertama dibuka pada tahun 1940 oleh dua beradik iaitu Richard dan Mauraice McDonald di 1398 North E Street, West 14th Street sekitar San Bernardino, California. Pada mulanya nama restoran ini adalah "McDonald" s Famous Barbeque "dan mempunyai lebih 40 menu makanan BBQ.

Akan tetapi pada tahun 1948, mereka menyingkirkan beberapa menu kerana mereka mendapati keuntungan kebanyakkannya datang dari hamburger. Beberapa tahun kemudian, french fries dan Coca-cola. Dulu harga sebiji burger adalah 45 sen sahaja. Dan pada tahun 1953, restoran ini mula dibuka di negara lain. Kini Mcdonald "s mencatat seramai 68 juta pengunjung setiap hari di seluruh dunia.




ABBY ABADI...MINAH KEREK YANG SEMAKIN BONGKAK....!!!


Sejak menjadi ustazah PAS dan sering diundang PAS untuk memberikan 'ceramah agama', teman perhatikan, minah kerek sorang ni semakin bongkak dan berlagak nak mampos dengan perubahan dirinya yang dulu seorang artis popular.... kawin dengan Norman Hakim tapi bermasalah sampai menyerang suaminya (masa tu belum cerai lagi) di lokasi penggambaran.... lepas cerai dikhabarkan ada boyfren pulak tu... bila tetiba pakai tudung, kononnya dah dapat hidayah!!! Hidayah apa minah oiii... hidayah untuk mengutuk rakan artis sendiri ke? atau hidayah untuk membelasah dan memperlekahkan ustaz dan ulama...??

Jika sebelum ini, minah ni telah mempertikaikan seorang ulama senior iaitu Dr. Maza melalui laman twitternya, kini sekali lagi melalui medium yang sama, UFB (Ustaz Fathul Bari) pulak jadi sasaran. Mungkin si minah ni merasakan sangat hebat sebab ulama senior pun dia selamba perlekehkan, inikan pulak ustaz muda seperti UFB tu....

PAS bijak mengatur strategi bodohnya. Tak perlu terjerit-jerit dalam akhbar dan di tepi jalan untuk bantai ulama, hanya menghantar seorang artis yang dulunya bergelumang dengan dosa, kemudian berpenampilan tudung litup dan menukar gaya bahasa bercakap.... dengan bekalan ilmu agama yang tidak pun setebal kulit bawang.... ianya sudah cukup untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat!!!

Minah kerek ni bercakap seolah-olah sudah dijamin syurga oleh Allah SWT....menyerang UFP melalui twitternya sebagaimana yang dilakukannya terhadap Dr. Maza.

http://i.imgur.com/TR8fJ.jpg

http://i.imgur.com/dq7UN.jpg

Apapun.... teman amat tertarik dengan petikan kata-kata dari Dr. Maza dari entry terbaru beliau di blognya :

“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.
“Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” 

PAS DIARAHKAN KELUAR DARI PAKATAN REPUBLIK OLEH KARPAL...!!!


INSIDEN terbaru di Majlis Hari Raya anjuran Muslimah PAS baru-baru ini yang mengasingkan tetamu lelaki dengan tetamu perempuan telah mendapat Kritik Besar daripada PengAnti Islam DAP, Encik Karpal Singh.

Kata Karpal Singh mengulas kejadian tersebut, "ia menunjukkan Pas telah cuba impliment dan cuba untuk laksanakan Hudud Pas tanpa Kelulusan Pakatan Republik".

Karpal Singh mendesak supaya Pas tidak tunggu lama di dalam Pakatan Republik, dan mendesak supaya Pas segera keluar dari Pakatan Republik.

Mengulas Desakan Karpal Singh, Muslimah Pas berkata mereka akan tetap dengan pendirian mereka bahawa mengasingkan lelaki dan wanita dalam sebarang majlis.


mymassa