Tuesday, 28 August 2012

WANITA 15 SUAMI DIBURU POLIS


SHAHANAZ.
SHAHANAZ.
KERALA: Seorang wanita yang melarikan diri dari bandar raya ini diburu polis selepas meninggalkan setiap lelaki yang dikahwininya.

Shahanaz, 33, dipercayai berkahwin dengan puluhan lelaki sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sesetengah laporan mendakwa dia ‘berkahwin’ lebih 50 kali, pihak berkuasa berkata hanya 15 lelaki yang tampil membuat laporan.

Shahanaz pertama kali berkahwin kira-kira 11 tahun lalu dengan seorang lelaki bernama Siddique dan mempunyai seorang anak.
Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinannya hanya terbongkar apabila dua daripada suaminya tampil di balai polis Chennai dan aduan susulan dibuat oleh beberapa mangsa lagi.

Keseluruhannya tujuh aduan rasmi sudah dibuat terhadapnya, tetapi tidak mustahil lebih ramai lagi mangsa yang akan muncul.

Aduan pertama dibuat oleh Manikandan, 24, yang bekerja di bilik pameran kedai kereta.
Shahanaz memberitahunya dia mencari lelaki yang menipu kawannya selepas berjanji untuk mengahwininya.

Menurut akhbar Indian Express, mereka banyak kali bercakap di telefon dan kemudian menjadi rapat.
Shahanaz memberitahunya dia anak yatim sejak kecil dan mendakwa bekerja sebagai peguam bela di mahkamah tinggi Madras. Dia juga memberitahu sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.

Mereka berkahwin April lalu tanpa restu ibu bapa Manikandan.

Dua bulan kemudian, Shahanaz meyakinkan Manikandan dia perlu tinggal di asrama supaya dapat bersedia untuk menduduki peperiksaan.

Manikandan mendakwa dia menjual barang kemas yang dibeli untuk perkahwinan mereka untuk digunakan Shahanaz. Dua minggu kemudian, Shahanaz hilang dari asrama dan tidak dapat dikesan.

Ketika polis mula menyiasat kes itu, seorang lagi lelaki, Prasanna, pemain bola sepak daerah tampil mengatakan dia juga berkahwin dengan Shahanaz beberapa tahun lalu.

Polis kini mendapati Shahanaz turut berkahwin dengan orang lain termasuk Rajesh, Chandrababu dan Saravanan. - DM

SASAR 1 JUTA TWEET SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Anda pengguna Twitter?? Jika tidak.... mungkin ini lah masa terbaik untuk anda mula menggunakannya sebagai membantu dan sekaligus sama-sama memecahkan rekod dunia untuk sasaran 1 juta tweet sempena sambutan Hari Kemerdekaan.......


 

Sasaran 1 juta “Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman “Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.

Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.

Rais berkata, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung. - BERNAMA

WANITA SYIAH ARAB SAUDI DITANGKAP




Pegawai keselamatan Arab Saudi menangkap sejumlah wanita Syiah di halaman masjid Nabawi di kota suci Madinah.

Dipetik Press TV dari laman berita berbahasa Arab Saar, para wanita Syiah itu sedang memuji Nabi Muhammad dan keluarganya pada hari jumaat lepas, ketika penjaga masjid menahan mereka dan merampas buku-buku yang mereka bawa. Buku-buku tersebut mengandungi bahan-bahan yang dilarang di kerajaan itu.

Pemerintah Saudi dikenali tegas dalam melayan penganut Syiah yang berada di negara mereka.

Sementara sejak Februari 2011, para penunjuk perasaan Syiah di Wilayah Timur Arab Saudi seperti Qatif dan Awamiyah terus melakukan demonstrasi meminta pembebasan semua tahanan politik dan diskriminasi terhadap penganut Syiah di sana.

MANSOR SHOULD JUST QUIT PKR AS HE HAS BEEN PUBLICHLY SHAMED BY GUAN ENG



It is no secret now that in Penang, PKR plays second fiddle to DAP, so is Pas and as such, both PKR and Pas cannot go shouting they are on equal footing with DAP or they are equal partners in the political equation in Penang.
The press conference last week conducted by Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman, in the presence of Chief Minister Lim Guan Eng, reflected or visibly showed Mansor’s subservience to Guan Eng.
Mansor was put in a corner to answer or explain his own action and words written in a minutes of a official or unofficial meeting that rundown Guan Eng.
Guan Eng’s presence in the press conference was to show that he is ‘the boss’ and no one should run him down in anyway or else he would put the person in shame, just like what he did to Mansor.
Mansor has to call for a press conference, in the presence of Guan Eng and explain or deny those words he had spoken that rundown Guan Eng, an act a leader would not wish to do because this would shame him.
People would perceive he is scared of his boss and that he would not be trusted by his own men when he begins to deny or slithe around the words to protect himself from being taken action against.
He would be seen as cowed by Guan Eng, fear of Guan Eng’s wrath and the press conference itself had truly tear Mansor’s dignity to pieces as he wrangled his way to escape Guan Eng’s wrath.
Given the fact that Mansor had been shamed during the press conference and his dignity as a leader in PKR have been torn to pieces, it is better for him to just get out of the party and clears himself.
People with pride would not subject himself to be ‘morally abused’ so much so Mansor has lost respect from his own party members – behind Guan Eng he is hero but in front he is just a mouse – such is the perception of party members and the public towards him now.
Mansor has lost his credibility and dignity…he is just a pawn in the political game of big names in PKR and DAP – and by staying on he only makes himself a fool.
PKR de factor chief Anwar Ibrahim did not come to his aid and the way things go, Anwar would not stand by his side and may not even proposed his name as candidate in the coming general election.
Mansor’s action in the meeting which minutes was leaked revealed the biggest problem in Pakatan Rakyat – the division between racial lines – that see DAP dominance and low-class PKR alliance.
Kemaluddin Jeffry

PENGANUT SYIAH DI SERANG DI INDONESIA..




SAMPANG, Indonesia - Serangan ke atas penganut fahaman Syiah di Indonesia menyebabkan dua lelaki terbunuh dan berpuluh-puluh buah rumah dibakar.
Kira-kira 500 orang penganut fahaman Sunni bersenjatakan parang kecil dikatakan menyerang sekumpulan pelajar di bandar Sampang, wilayah Jawa Timur pada Ahad lalu.
"Perselisihan fahaman agama kian meningkat kerana penguatkuasaan undang-undang untuk menangani keganasan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Keadaan ini menggalakkan berlakunya keganasan ke atas orang awam," kata penyelidik Institut untuk Demokrasi dan Keamanan Setara, Ismail Hasani.
Jurucakap polis wilayah Jawa Timur, Hilman Thayib memberitahu, dua lelaki terbunuh dan enam yang lain cedera. Sementara sebanyak 39 buah rumah dibakar dalam serangan terbabit. Menurutnya, hampir 2,000 orang pegawai polis dan keselamatan diarah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
"Mangsa mati kerana diserang dengan sabit. Seorang mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia pagi tadi. Setakat ini, kami telah menahan lapan orang suspek," kata Thayib.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semalam mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
Ini bukan insiden pertama di wilayah tersebut. Disember lalu, penganut fahaman Syiah di Nangkernang diserang. Beratus-ratus rumah dan sebuah sekolah agama dibakar, sekali gus memaksa 500 orang mangsa melarikan diri dari kampung mereka. - AFP

SUKARELAWAN DIBEKAL BAJU KALIS PELURU

ABDUL Azeez Abdul Rahim menunjukkan antara barang bantuan kemanusiaan Rohingya di pejabat Kelab Putra 1Malaysia, Jalan Kampung Attap Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Rashed Osman (dua kiri). 


Seramai 45 sukarelawan yang mengikut Misi Bantuan Kemanusiaan Tabung Rohingya Kelab Putera 1Malaysia bakal dibekalkan baju kalis peluru bagi tujuan keselamatan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, baju kalis peluru itu akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan tentera serta dibawa bersama dalam misi tersebut.

Menurutnya, selain baju kalis peluru, pihaknya turut menyediakan perlindungan insurans ke atas semua sukarelawan termasuk wakil media.

"Kita mengambil berat mengenai keselamatan sukarelawan yang terlibat dalam misi ini dan menyediakan baju kalis peluru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam proses penyaluran bantuan.

NASHARUDDIN MASIH RELEVAN UNTUK PAS, TAPI ANWAR KATA TIDAK PENTING..!!!



Hayat politik Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini kelam selepas ditekan hebat golongan 'Anwarinas' kini sedikit 'bercahaya' apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan.

Ia merupakan sokongan terbuka pertama yang diterima Nasharudin daripada pucuk pimpinan Pas selepas banyak pihak dalam parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

TIPS UNTUK LELAKI 3-D.......

Hiasan

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!

THORIUM LYNAS TIDAK BAHAYA


SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.