Monday, 30 July 2012

MATAWANG YANG PERTAMA DI DUNIA...???

mata wang pertama di dunia
 Matawang Kuan dari China, dikatakan not kertas tertua di dunia 1380 M.


Matawang seperti di atas, dikatakan sebagai matawang tertua di dunia.  Ianya dipercayai kali pertama digunakan di Sichuan, China pada tahun 1024.  Kisah penggunaan mata wang ini bermula dengan kehadiran Marcelino, seorang lelaki asing berbangsa Eropah yang tinggal di China melebihi 20 tahun.


Dia membawa cerita yang akhirnya tersebar kepada seluruh masyarakat di sana bahawa kononnya wang ini diperbuat dari pokok mulbery.  Kualiti pokok mulbery pula dikatakan kurang berkualiti pada waktu tersebut.  Mungkin ianya dianggap lebih jimat berbanding penggunaan emas dan perak.  Bermula waktu tersebutlah kertas bercorak mula diberi nilai untuk diniagakan.





AL-FATIHAH : ADINDA SULTAN SELANGOR MANGKAT


 Adinda Sultan Selangor iaitu Tengku Putri Aishah diberitakan mangkat di Hospital Pantai malam tadi.
Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat
Tengku Putri Aishah, merupakan adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat akibat serangan barah.
Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada jam 12.15 malam.

Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat
Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.
Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.
Adinda Sultan Selangor Tengku Putri Aishah Mangkat
Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.- Bernama

KETUA POLIS SELANGOR SAHKAN SYALEZA MATI DIJERUT....


Polis Sahkan Syaleza Mati Dijerut

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

TAHANAN WANITA DI IRAN DIPERKOSA SEBELUM DIHUKUM MATI...

Para anggota milisi Basij Iran yang ditakuti, melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih perawan sebelum para tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang divonis hukuman mati dan masih perawan. Perkosaan ini adalah “ritual” wajib , kata salah satu anggota milisi Basij tersebut.
 

Salah seorang anggota milisi yang tidak mau disebutkan namanya mengatakan bahwa ini adalah bagian perintah dari pemimpin tinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota milisi ini mengatakan bahwa pada saat berumur 18 tahun ia pernah diberi “kehormatan” oleh Khameini untuk sementara waktu “menikahi” tahanan wanita muda sebelum mereka dieksekusi.

Di negara penganut aliran Syiah yang sesat ini, adalah ilegal mengeksekusi mati wanita jika ia masih perawan, kata salah satu mantan anggota milisi.

Jadi, pemerintah mengatur pesta “pernikahan” semalam sebelum si tahanan wanita dieksekusi, dan si wanita dipaksa untuk melayani nafsu seksual si laki-laki , lapor situs Fox News.

Setelah digauli suami “barunya”, maka si tahanan wanita sudah “halal” untuk dieksekusi.

“Aku sangat menyesal, walaupun pernikahan itu sah dan legal disini”, kata mantan milisi tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi obat tidur untuk membuat mereka tidak sadar, karena biasanya mereka melawan saat akan diperkosa, mereka lebih takut pada malam pertama mereka daripada saat menghadapi hari eksekusi mereka.

“Aku dengar mereka manangis keras dan berteriak-teriak setelah proses perkosaan itu selesai”, kata mantan milisi tersebut.

“Aku tidak akan bisa lupa bagaimana salah satu gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah ia digauli. Ia mengalami luka parah akibat cakaran kukunya sendiri”, tutup mantan milisi tersebut.

Demikianlah praktek sesat aliran Syiah yang keluar dari Islam.



sumber : muslimdaily

PUTERA ARAB DIHERET KELUAR DARI PESAWAT AKIBAT MABUK

Hiasan

LONDON: Seorang putera Arab diheret keluar dari sebuah pesawat oleh anggota polis yang bersenjatakan pistol Taser 50,000 voltan kerana mabuk.

Lelaki berusia 28 tahun itu, percayai anggota rapat keluarga Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al-Khalifa, menaiki pesawat Boeing 777 di Lapangan Terbang Heathrow, London, apabila dia mula menjerit dan mengadu mengenai perkhidmatan buruk dalam penerbangan BA125 ke Doha, Qatar, menerusi Bahrain.

Kakitangan pesawat terpaksa memanggil polis yang tiba dengan pistol renjatan elektrik selepas dia menyerbu masuk ke kokpit dan enggan kembali ke tempat duduknya, lapor akhbar The Sun
.

'Sabar duhai hati'..STATUS TERAKHIR BB EKSEKUTIF TV9 SEBELUM MENINGGAL...


"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.


Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas  panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya ~ Sinar Harian

SOLAT JUMAAT HARI SABTU : TANDA AKHIR ZAMAN...???


Pada 30 jun yang lalu, pihak Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan telah mengarahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melakukan solat Jumaat bukan pada hari Jumaat tetapi pada hari Sabtu.
Alasan perubahan tersebut kerana dianggap mengganggu waktu kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pihak pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan akan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
Khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dianggap bertujuan sentimen politik semata-mata.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,”
Republik Azarbaijan merupakan negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana lebih kurang 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan banyak dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih lagi memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung. – Solat Jumaat Dilaksanakan Hari Sabtu

MARI DENGAR AL-KISAH ~ ANWAR + LAJIM + BUMBURING


koboi513xc

Bagi yang tahu banyak tentang latar belakang kisah drama politik terbaru di Sabah ini tentu gelak besar melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim turun pakai topi koboi di majlis pengumuman keluar Barisan Nasional oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dalit, Tuaran pada Ahad.
Segak dan bergaya.Jangan salahkan bos utama pakatan pembangkang itu.Beliau tentu kena tampil gembira kerana ada 'anak ikan' sudah berenang masuk ke dalam kolamnya.

9 PEMBUNUH KEJAM DI INDONESIA...


1.  HARNOKO DEWANTO:

Harnoko Dewanto, pelaku pembunuhan 3 orang di Los Angeles, Amerika Serikat (Gina, Eri, Suresh). Vonis hukuman mati.

2.  Ny. ASTINI:
Pelaku pembunuhan 3 orang di Surabaya. Vonis hukuman mati dan telah dieksekusi tahun 2005. Astini alias Bu Lastri dinyatakan bersalah, karena melakukan mutilasi (membunuh dan memotong mayat korban) dengan dimasukkan ke dalam tas kresek yang dibuang di beberapa tempat sampah dan sungai di Surabaya.