Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, satu nama besar yang dikenali umum di negara kita. Ramai diantara kita tahu beliau seorang hartawan dan dermawan. Tetapi tidak ramai diantara yang tahu bagaimana kehidupannya sebelum menjadi hartawan.
Tahukah anda bahawasanya Syed Mokhtar tidak dapat mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran ?
Beliau membantu ibunya menanam sayur bagi menampung kehidupan keluarga dan menjual roti canai bagi mencari wang untuk membayar yuran peperiksaan. Akhirnya beliau dapat juga mengambil peperiksaan SPM.
Beliau juga membantu bapanya menternak lembu dan kerbau. Kemudian datang pula penyakit kuku dan mulut. Semua lembu dan kerbaunya mati. Selepas mengambil peperiksaan SPM beliau memulakan karier baru sebagai penjual daging lembu dan kerbau pada usia 19 tahun.
Selepas itu beliau mendapat empat buah permit untuk lori Kelas A dan pinjam duit daripada MARA untuk membeli lori . Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan. Kemudian beliau mohon lesen beras dari Lembaga Padi Negara dan dapat peluang membekal beras kepada Felda.
Itu serba sedikit gambaran yang saya nak tunjukkan bagaimana seorang yang susah boleh mendaki tangga kejayaan.
Kini Syed Mokhtar seorang budak yang tidak mampu untuk bayar yuran peperiksaan SPM satu masa dulu adalah antara orang yang terkaya di Malaysia.
Sebab apa Allah beri kejayaan kepadanya ?
Sebab beliau berkongsi dengan orang ramai apa yang Allah berikan kepada dia. Beliau telah banyak menggembirakan orang dan orang-orang yang gembira itu berdoa kepadanya. Lagi banyak beliau dapat lagi banyak beliau curah. Tidak sombong dan tidak berlagak. Serta sentiasa merendah diri. Padanya rezeki yang diberi Allah perlu dikongsi beramai-ramai. Sebab itulah Allah limpahkan kekayaan , kejayaan dan rahmat kepadanya.
Sejak akhir-akhir ini wujud perasaan tidak senang hati segelintir kaum lain terutamanya dari DAP terhadap Syed Mokhtar. Tony Pua tidak lama dulu dengan bantuan malaysiakini dan malaysia insider telah berusaha untuk membunuh perniagaan NFCorp dengan mengatakan daging lembu yang dijual mereka beracun. Tony Pua itu juga dengan bantuan anak puaka si Nurul Izzah cuba membunuh perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia. Baru-baru ini pula Tony Pua itu juga cuba untuk memburuk-burukkan Syed Mokhtar. Lihat di sini.
Tidak cukup dengan itu baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang yang berlidah biawak turut mempertikaikan tindakan Syed Mokhtar untuk mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang. Katanya pihak pengurusan Penang Port tidak mahu orang luar mengambil alih pelabuhan berkenaan.
Sungguh melucukan....
Orang luar tidak boleh ambil alih pelabuhan, tetapi anak cina dari luar boleh pula mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang ?
Tiada alasan untuk menolak Syed Mokhtar daripada mengambil alih pelabuhan berkenaan kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya menguruskan pelabuhan lain dengan baik.
Pada masa ini Pelabuhan Pulau Pinang dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Seperti yang kita tahu ada sesetengah entiti perniagaan yang berada dibawah kerajaan sukar untuk mereka membuat untung. Sebab semua pihak yang yang berada dalam entiti tersebut berfikiran untung atau rugi tidak menjadi masalah kerana mereka sentiasa dipayung oleh kerajaan.
Contoh terbaik adalah MAS....
Pelabuhan Pulau Pinang adalah pelabuhan utama di bahagian utara tanah air. Banyak kilang-kilang di Pulau Pinang , Kedah dan Perak bergantung kepada pelabuhan tersebut untuk urusan import eksport kargo. Pengeksport dan pengimport dari Selatan Thailand juga turut bergantung kepada pelabuhan itu. Tetapi pelabuhan tersebut berada dalam kerugian. Sehingga tahun 2010 pelabuhan tersebut menanggung hutang lebih RM 800 juta. Siapa yang tanggung hutang tersebut ? Sudah tentulah kerajaan..... Duit siapa ? Duit pembayar cukai....
Semakin hari rakyat semakin bertambah dan setiap tahun bebanan kerajaan juga meningkat. Mengapa perlu kerajaan nak tanggung semua itu jika ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mengelak kerajaan menanggungnya ?
Sebab itulah kerajaan memilih untuk menswastakan pelabuhan itu. Kenapa pula kerajaan pilih Syed Mokhtar ? Kerana Syed Mokhtar telah membuktikan kejayaan dalam mengendalikan dua pelabuhan di Johor.
Melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Tun Dr M, Syed Mokhtar telah membeli Pelabuhan Johor melalui tender pada harga RM 330 juta dari kerajaan. Kemudian beliau bangunkan pelabuhan tersebut sehingga menjadi sebuah pelabuhan yang hebat. Kehebatan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah membuatkan beberapa buah syarikat perkapalan besar antarabangsa yang sebelum itu bertapak di Pelabuhan Singapura telah memindahkan operasi mereka ke Tanjung Pelepas. Saya masih ingat lagi bagaimana marahnya Singapura pada waktu itu.
Dibawah Syed Mokhtar Pelabuhan Tanjung Pelepas berada dalam keadaan yang cukup berjaya hari ini. Sekarang mereka mengendalikan 6 juta TEU setahun. Apabila syarikat maju pekerja dapat gaji dan kemudahan yang baik. Kerajaan juga dapat pungut cukai daripada syarikat. Situasi menang-menang...
Jika Syed Mokhtar telah membuktikan kejayaannya di Johor, tidak ada salahnya kerajaan hendak swastakan Penang Port kepada beliau.Semuanya untuk menjamin pelabuhan berkenaan agar terus maju dan pekerja juga akan mendapat pendapatan yang baik.
Kita lihatlah bagaimana antara MAS dan Air Asia. MAS berada dibawah kerajaan dan Air Asia milik individu. Setiap tahun MAS rugi dan Air Asia pula setiap tahun untung, sedangkan harga yang ditawarkan oleh Air Asia lebih murah dari apa yang ditawarkan oleh MAS. Sebab apa MAS rugi ? Sebab semuanya bermentaliti mereka dipayung oleh kerajaan. Manakala Air Asia pula perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka tidak dipayungi kerajaan.
Apabila Air Asia masuk ke dalam MAS , pekerja-pekerja MAS cuba nak buat hal. Sebab apa ? Sebab mereka takut diminta bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan syarikat mencapai keuntungan. Pekerja MAS semuanya dah banyak lemak kerana bagi mereka apa pun terjadi syarikat mereka dipayung oleh kerajaan dan pendapatan serta kemudahan untuk mereka terjamin. Sebab itulah MAS tak boleh maju....dan sampai bila kerajaan nak tanggung biawak hidup tersebut ?
Tetapi saya difahamkan situasi di Penang Port berbeza dengan di MAS. Difahamkan tidak menjadi masalah kepada pekerja-pekerja mereka untuk pelabuhan itu diswastakan. Yang cuba menghalang adalah Ketua Menteri Pulau Pinang. Semuanya kerana sikap rasis. Kemudian bagi alasan kerana Syed Mokhtar orang luar.
Halo Guan Eng, lu kencing dalam tempulung dan lu kasi tilik lu punya muka. Tanya lu punya muka lu mana punya olang ?
Sama-sama kita doakan kejayaan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.....