LONDON - Maklumat rahsia siasatan termasuk 25 fail taklimat mengenai kewujudan objek terbang tidak dikenali (UFO) sejak 2009 didedahkan oleh arkib Britain.
Bagaimanapun, pendedahan itu mencetuskan kemarahan pegawai penyiasat UFO yang bernaung di bawah Kementerian Pertahanan kerana menganggapnya sebagai maklumat sulit kerajaan.
Mereka berkata, segala maklumat sulit itu dianggap rahsia fiksyen sains berprofil tinggi yang tidak sepatutnya diketahui umum.
Pendedahan rahsia itu terkandung di dalam buku 'Fail-fail UFO', hasil nukilan Pensyarah Universiti Sheffield Hallam, David Clarke.
Antara kisah didedahkan adalah penemuan UFO di atas stadium kelab bola sepak Chelsea, Stamford Bridge pada tahun 1999 dan seorang pemilik hotel di Wales menemui kapal UFO bersama makhluk asing sedang melakukan kerja-kerja mengukur di sebuah kawasan padang.
*** Perenggan terakhir berita tersebut amat melucukan sekali.... apa agakanya UFO tu buat kat atas stadium bola tu ye, nk intai pemain utk team bolasepak UFO ke?? hehehe......
Lagi satu.... sedang buat kerja2 pengukuran di sebuah padang??? Nak bina stadium atau pejabat atau hotel 5 bintang khusus utk warga UFO apabila mereka melawat bumi agak nya kan.... hehehhe
Patutlah pegawai penyiasat tu marah sangat...rahsia 'menipu' dah terbongkar...!!!