Wednesday, 27 June 2012
MAHU BERJIMAT..??? TUKARLAH MINYAK PELINCIR KERETA ANDA KEPADA MINYAK MASAK BERASASKAN SAWIT .!!! ANDA PASTI TERUJA..........
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
AWAS!! LGBT ANWAR 'BEGITU GALAK'.....!!!
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang “begitu galak” memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.
Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.
“Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
“Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum - Bernama
RUNTUHNYA MAHLIGAI BERUSIA 28 TAHUN...
KUALA LUMPUR: Perkahwinan selama 28 tahun bekas pemain badminton negara Jalani Sidek dengan isteri, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman berakhir hari ini apabila pasangan itu sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.
Jalani ketika melafazkan talak itu dalam nada suara yang tenang berkata: "Bahawa saya Jalani Sidek menceraikan isteri saya Raja Azmi Raja Sulaiman dengan talak satu".
Sebelum melafazkan cerai itu Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin memberi peluang kepada Jalani, 49, dan Raja Azmi, 53, untuk bersalaman sebelum mahkamah mengesahkan penceraian mereka.
Pasangan itu kelihatan sebak dan menangis semasa bersalaman dan berpelukan.
Hakim Saiful Azli membenarkan lafaz cerai oleh Jalani selepas berpuas hati dengan dokumen perceraian yang difailkan Raja Azmi bahawa perkahwinan itu tidak lagi wujud kasih sayang dan terdapat konflik rumah tangga yang berpanjangan. - Bernama
PAS HANYA ALAS KAKI PR..???
PAS semakin menjuarai carta PARTI TERHINA diantara 3 parti yang duduk bertentang lutut di dalam Pakatan Rakyat. Semenjak mereka bergabung, sudah berapa banyak dasar perjuangan parti mereka yang digadaikan? sudah berapa banyak hukum-hakam ISLAM yang mereka telah jual?
Isu Memali, Isu Amanat Hadi, Isu Kafir Mengkafir , Isu Haram Mengantung Gambar Pemimpin, Isu Tak Bagi Perempuan Cantik Bekerja, Isu Tuhan Mencarut, Isu Undi PAS Masuk Syurga dan bermacam-macam lagi adalah antara isu yang sinonim dengan perjuangan PAS masakini.
PAS hari ini lebih menjadi ISLAM sebagai alat bagi membenarkan apa juga kesilapan yang hadir dalam perjuangan parti mereka. Tidak hanya bersetuju menjual Kalimah Allah, hari ini PAS tampil dengan pendekatan yang mempersoalkan RUKUN ISLAM berkenaan menunaikan HAJI.
Semakin jauh perjalanan perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat, KEHINAAN semakin mewarnai bendera LENDIR mereka.
Gambar diatas di hantar melalui email kepada aku. Pengirim gambar ini lebih mahu memaparkan betapa hinanya PAS hinggakan bendera mereka hanya layak dijadikan alas kaki untuk masuk ke jamban!
Kredit to : Halizan
BB PLAZA AKAN DIROBOHKAN 2013..!!!
Bagi mereka yang pernah dan selalu berkunjung di sini, sebahagian besar mereka yang berniaga adalah bumiputera. Harga barangan yang ditawarkan juga agak murah dan mampu dibeli terutama oleh golongan berpendapatan sederhana dan tidak mementingkan jenama...
Namun begitu, pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas itu dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. - BERNAMA
AZIZ SATTAR ENGGAN TERIMA KUNJUNGAN ZED ZAIDI
ENTAH di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.
Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.
Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.
Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.
Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.
Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.
“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.
“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.
Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya ~ SINAR HARIAN
WANG KERTAS BARU MULAI 16 JULAI
Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, menurut Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu menyatakan, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan.
“Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
“Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai.
“Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepadancs@bnm.gov.my. – BERNAMA
BOSAN? MENYAMPAH? TAPI TOLONGLAH JANGAN CAMPAK ANAK ANDA...!!!
Campak 2 anak kerana bosan
MOSCOW: Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka.
Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah.
Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba. Menurut RT, Galina berkata, “dia bosan dengan anaknya” dan memutuskan “untuk menghapuskan mereka.” Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka kelmarin.
Seorang jiran di blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News.
Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit.
Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.
Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih.
Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit.
Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya.
Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan. - DM
~ myMetro
Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit.
Lelaki itu berkata: “Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, “Ya, saya yang mencampakkan mereka.” CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.
Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih.
Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri.
Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya.
~ myMetro
PERHATIAN : FACEBOOK UBAH ALAMAT E-MAIL PENGGUNA
NEW YORK: Jika anda tidak melihat maklumat kawan Facebook anda untuk seketika, ia mungkin akan mengejutkan anda.
Rangkaian sosial dengan 900 juta profil itu telah mengubah alamat e-mel penggunanya dan menggantikannya dengan alamat yang berakhir dengan ‘@facebook.com.’ Perubahan itu berlaku semalam apabila setiap akaun e-mel peribadi individu digantikan dengan alamat yang dirasakan Facebook akan digunakan anda. Ini bermakna sesiapa yang mencari anda di Facebook dan ingin menghantar e-mel kini boleh melihat @facebook.com atau anda menukarnya secara manual.
Ini bermakna e-mel itu akan muncul melalui mesej Facebook dan bukan akaun lain. Facebook mendakwa perubahan itu bagi melindungi privasi pengguna dan keselamatan dengan tidak memaparkan alamat e-mel peribadi tetapi alamat e-mel laman itu yang lebih umum.
Jurucakap Facebook berkata: Sebagaimana kami mengumumkan April lalu, kami mengemas kini alamat di Facebook bagi menjadikan ia konsisten dengan laman kami.
“Sebagai tambahan, setiap individu menerima alamat, kami juga membuat reka bentuk baru yang memberi pengguna pilihan untuk memutuskan alamat mana yang mereka ingin paparkan.” - DM
~ myMetro