Wednesday, 20 June 2012

AZMIN RESTU NEPOTISME DALAM PKR....


Mungkin menjadi tanda tanya, apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berminat bercakap tentang nepotisme iaitu kegemaran memilih kaum kerabat dan sanak saudara sendiri dalam pemilihan jawatan. 

"Maka saya yakin (Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," kata Azmin yang memberitahu bahawa Anwar dahulunya menentang keras amalan nepotisme ketika di dalam perhimpunan agung Umno 1997. 

SULTAN PERAK TIDAK PERNAH KELUAR WATIKAH AHLI DIRAJA


IPOH - Pejabat Sultan Perak mengesahkan bahawa Sultan Azlan Shah tidak pernah mengeluarkan watikah atau surat kuasa kepada mana-mana pihak atau individu bagi membolehkan mereka memberi sijil keahlian "Ahli Diraja", kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Beliau berkata oleh yang demikian pengeluaran lencana menggunakan lambang negeri Perak dan keanggotaan Ahli Diraja seperti yang dilaporkan oleh akhbar pada 8 Jun lepas adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan melanggar Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966.

"Adalah dengan ini ditegaskan bahawa pihak berkuasa negeri Perak tidak pernah pada bila-bila masa memberi sebarang kebenaran secara bertulis kepada mana-mana pihak atau individu untuk mengeluarkan sijil keahlian Ahli Diraja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya Enakmen itu secara jelas menggariskan kawal selia berkaitan jata, panji-panji, cap mohor rasmi Sultan Perak, cap mohor kerajaan negeri, jata kerajaan, darjah kebesaran, lambang, pingat dan lencana yang diperkenankan oleh Sultan Perak, tidak boleh digunakan oleh sesiapa kecuali diberikan kebenaran secara bertulis oleh pihak berkuasa negeri Perak.

Katanya orang awam dinasihatkan supaya tidak terpedaya untuk membeli atau memperoleh keahlian Ahli Diraja yang ditawarkan dan dijanjikan oleh mana-mana pihak sekalipun. - BERNAMA

PM DI ARAB SAUDI DAN TUNAI UMRAH...



1.       Najib Tun Razak sempat bertemu dengan Menteri Pertahanan (Putera Mahkota yang baru) Putera Mahkota, Salman Abdul Aziz ketika memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Nayef Abdul Aziz Al Saud (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi) yang mangkat Sabtu lepas di Jedda, semalam.

2.       Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak, Nor Ashman Razak (dua dari kiri) menunaikan umrah di Masjidil Haram, semalam. Turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri).

GADIS BAIK TIDAK AKAN MEMPUNYAI 25 KAREKTOR INI....!!! JANGAN MARAH U.....


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message ‘ewww..jum lepak..busyan lorh…umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T’ macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit ‘celapong’ (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak ‘she’s not my friends..please lah’

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih….bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway
20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like ‘eww she dont have style..yucks’ emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu… buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab ‘ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew’ nyampah siot

Sumber:  - Mynewshub.my


*** Setelah baca semua ni, dan anda kata... "eh!! lu sibuk apa hal... aku punya suke laaa!! .... sah, anda mmg sial lah!!! kui..ku..kui..kui....

MASJID PALESTIN SASARAN PELAMPAU YAHUDI TIDAK PUAS HATI..!!!

Pelampau Yahudi bakar masjid Palestin
Masjid menjadi sasaran pelaku yang tidak berpuas hati dengan perintah Mahkamah Agung.


TEBING BARAT - Gara-gara tidak berpuas hati dengan pelan kerajaan untuk meruntuhkan 30 pangsapuri haram di Tebing Barat, masjid Palestin kini sasaran pelampau Yahudi yang biadab membakar dan menconteng graviti di sekitar rumah ibadat masyarakat Islam di situ.

Jurucakap tentera Palestin memberitahu, masjid di Kfar Jabaa, semalam dibakar termasuk diconteng dengan tulisan graviti dan serangan seumpama itu pernah berlaku di beberapa masjid lain.

Dalam pada itu, kumpulan pendatang haram turut menyerang tapak-tapak tentera Israel untuk melepaskan kemarahan terhadap dasar penempatan kerajaan itu.

Kerajaan Israel bagaimanapun menyatakan, akan mematuhi perintah yang dikeluarkan Mahkamah Agung iaitu meruntuhkan pangsapuri-pangsapuri yang dibina secara haram di tanah Palestin pada 1 Julai depan.

Malah pemimpin Yahudi, Dani Dayan mengutuk serangan tidak bermoral itu dan menepis dakwaan ia dilakukan oleh pendatang haram.

IBU...KENAPA AKU DI BUNUH..???


MADRID: Juri mahkamah semalam diberitahu, seorang ibu membunuh dua anaknya ketika mangsa tidur dan menghabiskan malam itu bersama mayat mereka.
Dalam hujah pembukaannya, pendakwa, Victor Pillado Quintas, berkata kira-kira jam 9 malam pada 17 Mei 2010, tertuduh berada dalam bilik 101 sebuah hotel di Costa Brava bersama dua anaknya.

“Walaupun menyedari usia muda mangsa dan sifat mereka yang tidak mampu bertindak balas, defendan mengambil kesempatan atas kepercayaan sebagai ibu dengan memangku anaknya dan memasukkan kepala mangsa ke beg dalam sebelum menjerut leher mereka,” katanya.

'CONTACT-LENSE' JUGA SESUAI UNTUK BINATANG.....

SUDAH bertahun-tahun C'sar, seekor gajah Afrika mengalami masaalah penglihatan. Pada 2010 yang lalu pekerja di sebuah Zoo Utara Carolina, Amerika Syarikat menyedari bahawa kanta mata gajah berusia 38 tahun itu semakin kabur.


VIDEO : PAKAR NUKLEAR PAS MENONGKAH ARUS....!!!

Dewan Rakyat kembali digegarkan apabila Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat, Selangor, Dr Rosli Che Mat yang merupakan seorang pakar nuklear bangkit mencelah di tengah perbahasan yang ditafsirkan ‘menembak’ rakan-rakan sendiri dalam pembangkang yang sering memanipulasikan fakta tentang Lynas.
“Saya sebagai saintis nuklear memang tetap mempertahankan bahawa dari segi radiasi memang rendah,” katanya ringkas
Dr Rosli yang ditemui wartawan Agendadaily di luar Dewan tetap menegaskan pendapatnya tentang tahap radiasi projek Lynas adalah rendah kerana beliau sendiri yang terlibat mengukurnya.
“Dari segi radiasi memang saya tahu sebab saya sendiri ukur. Yang lain-lain saya tak tahu biar pakar lain yang cakap.,” ujarnya.
Beliau turut berpuashati dengan laporan oleh jawatankuasa berkenaan kerana mengutp masalah-masalah masyarkat sekitar.
“Memang betul, saya setuju. Tapi banyak lagi data-data perlu diberikan tumpuan untuk pastikan Lynas benar-benar selamat,” tegasnya.






ANWAR BERJAYA KES SAMAN NALLA..???

Anwar_Ibrahim

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.
Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.
Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.
Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.
Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.