Friday, 8 June 2012

APA KAITAN MRK PKR DENGAN KEHILANGAN ENJIN JET...???


Dato' Abdul Hadi Al Khatab telah dilucutkan pangkat Brigadier Jeneral TUDM berdasarkan
Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972 


Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato’ di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup ‘menggigit tangan yang menyuap’ beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak.

Menyertai PKR kerana merasakan beliau teraniaya dan telah dizalimi

Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato’ Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Mei 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai 5 Mei hingga 30 Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar mulai 11 Nov hingga 26 Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada 12 Apr 1984. Dato’ Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato’ Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. Beliau memiliki sifat ‘panas baran’ dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau ‘keras kepala’.

Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral pada 8 Jan 2001 dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato’ Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau. Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek ‘penipuan’ ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM.

Gambar Hiasan - Contoh enjin jet pesawat F-5E yang telah hilang di  Matra 1, Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Enjin berkenaan dibawah seliaan beliau selaku Panglima Logisitik Udara 
Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa Dato’ Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk ‘cuci tangan’. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi……perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai ‘pengkhianat negara’ kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau.

Dato’ Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk membalas dendam kesumat beliau terhadap ATM dan Kerajaan. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato’ Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. Renungilah muka isteri Dato’ yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba (KP: 610304-01-5008) serta anak-anak, Fariz Hirzi (KP:831027-14-6251), Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Pengalaman saya bersama Dato’ Abdul Hadi dan kenapa beliau bersara dari perkhidmatan ATM akan disambung dalam siri akan datang.

SUMBER ..... DI SINI    dan   DI SINI

KANAK-KANAK ISLAM DIPERALATKAN DEMI WANG..!!!

Kanak-kanak perempuan dijadikan alat untuk meraih simpati orang ramai memberikan wang.
Kanak-kanak perempuan dijadikan alat untuk meraih simpati orang ramai 
memberikan wang.


ALOR GAJAH - Kegiatan tidak bermoral sesetengah pihak mengeksploitasi kanak-kanak bagi mendapatkan wang dengan menjual barangan kepada orang awam dilihat semakin menular di daerah ini.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Tol Simpang Ampang, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru mendapati kebanyakan kanak-kanak ini muncul di kawasan berkenaan lengkap berbaju kurung dan berpenampilan sopan.

Kanak-kanak ini didapati mendekati orang awam yang lalu lalang tanpa mengira bangsa dan agama untuk mendapatkan wang melalui penjualan kitab selain tisu untuk meraih simpati.

Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaluddin berkata, kegiatan segelintir golongan yang berkepentingan sendiri ini hanya mencalarkan imej agama Islam apabila mereka menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah.

Menurutnya, sebagai manusia pastinya kita akan berasa simpati melihat kanak-kanak itu dipergunakan namun kita harus menilai ke mana perginya wang diberikan kepada mereka.

"Kanak-kanak ini diletakkan di hadapan pintu masuk bank utama ataupun stesen minyak seperti peminta sedekah.

"Itu bukan cara kita kerana dalam Islam, kita tidak pernah diajar mengutip derma dengan cara itu," katanya.

Abu Khir yang juga Pengerusi Pegawai Syarak Negeri Melaka berkata, kerajaan bersedia memberikan peruntukan secukupnya untuk tujuan membina rumah kebajikan atau madrasah, sepatunya senario ini tidak wujud dalam kalangan orang Islam.

"Tindakan mereka yang hanya mahukan wang dengan jalan singkat hanya memberikan persepsi negatif penganut agama lain kerana mereka pasti akan membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan kanak-kanak itu.

"Kadangkala mereka sediakan beberapa dokumen pengesahan yang difotostat, malah ada yang kelihatan tulen bagi meraih simpati orang lain," katanya.

Malah katanya, tidak dinafikan masih terdapat individu yang tidak tahu bahawa cara yang dilakukan kanak-kanak ini adalah tidak benar kerana mereka mempergunakan nama sesebuah institusi malah menunjukkan bukti untuk meyakinkan orang yang menjadi sasaran.

“Sekiranya benar terdapat pihak yang memerlukan dana untuk tujuan kebajikan, mereka boleh memohon peruntukan daripada pihak kerajaan, bukan dengan memperalatkan kanak-kanak. Senario ini perlu dibanteras segera agar masyarakat tidak tertipu dengan sikap golongan yang mementingkan diri sendiri ini,” katanya.

PENYOKONG SAMSENG PAS BERTINDAK KURANG AJAR IKUT ARAHAN LEE BON CHYE





Lee Bon Chye Ahli Parlimen PKR Gopeng telah mengarahkan penyokong Pas supaya menyerang khemah penduduk dan Rela  Taman Maju Rapat yang mengadakan pertandingan Karaoke berhampiran dengan Ceramah PAS.



Menurut penduduk yang berada di khemah tersebut sebaik sahaja Lee Bon Chye memulakan ceramahnya beliau terus mengarah penyokong-penyokong Pas agar menyerang khemah dimana menempatkan penduduk dan Rela Taman Majurapat membuat persembahan. Bukan itu sahaja mereka merampas speaker dan memotong wayar kuasa ke speaker sehingga berlakunya pergaduhan kecil.

Pihak polis terpaksa bergegas ke tempat kejadian untuk meleraikan pertelingkahan berpunca dari niat sabotaj Lee Boon Chye tersebut. Sifat yang terlalu fanatik terhadap parti telah membuat penyokong Pas tidak mempedulikan akan ketenteraman awam dan privasi orang lain.

Mungkinkah ini hasil motivasi dan kelakuan ganas yang mereka tanamkan serta mempengaruhi mereka dari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Sementara itu dalam ceramah sebentar tadi Lee Boon Chye telah mempertikaikan Sekolah Agama Rakyat yang dibina di Taman Desa Aman yang dianggap mengganggu penduduk cina disitu.

Lee juga telah memberi amaran kepada penduduk Melayu di Taman Desa Aman supaya merobohkan Sekolah Agama Rakyat dengan kadar segera, jika tidak semua penduduk Melayu yang menyokong tindakan membangunkan Sekolah Agama Rakyat akan berhadapan dengan tindakan saman darinya. Semua penyokong Pas menyambut dengan laungan Takbirrr!

Sumber: Disini

TIADA MATA TAPI GEMAR CAHAYA....


URUMQI (Xinjiang): Marwanijun dilahirkan tanpa mata, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya.

Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada.

Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan. Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata.


Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit.

“Dia teruja untuk melihat cahaya dan kami berdoa setiap hari supaya dia dapat melihat cahaya,” kata Madamihan.


Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.

Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak dilahirkan tanpa mata. - DM



sumber : myMetro

HEBATNYA ISU SCORPENE YANG DIDALANGI SUARAM aka PKR



Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau. Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.





Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, SUHAKAM, Himpunan Hijau, SUARAM dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka. Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.




Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.” Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara. Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia. Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci. Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing. 

KD TAR Life Firing Exorcet Missile

Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya. Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion. Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam. Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis. 

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002. Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma? Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:

1) Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

2) Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

3) Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

4) Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

5) Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.

6)  Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.

7) Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan.-Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi. Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas? 


Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini. Yang pelik hanyalah tuduhan SUARAM dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali. Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan. 

Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut? Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga. Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini. Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang.

ANWAR IBRAHIM MERAUNG-RAUNG PEMBEKUAN PTPTN DITARIK BALIK...


Pengurusan UniSEL telah berbincang dengan PTPTN pagi Jumaat dan membuat keputusan untuk membatalkan pembekuan pinjaman PTPTN keatas pelajar Unisel dan juga KUIS.

Pertemuan berkenaan diadakan di ibupejabat PTPTN antara Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan dengan Pemangku Naib Canselor Unisel,  Prof Dr Anuar Ahmad.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.

"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada UniSEL dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

"Eloknya hubungi pejabat YB Menteri," katanya dalam SMS tersebut.

Pegawai berkenaan berkata siswa telah boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.


Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, kemudahan PTPTN yang disekat terhadap Unisel telah ditarik balik ekoran ketidakmampuan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pendidikan percuma di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Betul (PTPTN telah menarik balik sekatan)," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Sinar Harian Online sebentar tadi.

"Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum berkemampuan untuk memberi pendidikan percuma yang diuar-uarkan mereka sebelum ini," katanya lagi.

Dengan berita ini, adakah Khalid Ibrahim masih akan melaksanakan hasrat “mengapungkan hartanah UniSEL>” untuk mendapatkan RM30 juta.
  
Sumber Mkini & AgendaDaily & SinarHarian.

ANWAR JUAL NAMA TOKOH DUNIA DAN PERASAN HEBAT..!!!




KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 2 Jun lalu seolah-olah melancarkan "perang" kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) biarpun tarikh pilihan raya belum diumumkan. Anwar melancar perang itu di Guar Perahu yang terletak di Parlimen Permatang Pauh kawasan tradisi yang diwakilinya sejak bergerak aktif sebagai pemain politik.

Parlimen Permatang Pauh diambil alih oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR beberapa penggal semasa Anwar menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan pecah amanah. Seperti DAP, PKR juga dimonopoli oleh anak-beranak Anwar selaku Ketua Umum parti itu tanpa melalui proses pertandingan?

Permatang Pauh bagi Anwar samalah dengan Parlimen Pekan, Pahang yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diwarisi daripada bapanya, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain. Begitu juga sama Parlimen Gua Musang dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Parlimen Kubang Pasu dulunya. Kini Dr. Mahathir telah mengisytiharkan diri bersara daripada politik tetapi kelihatan masih aktif berceramah di sana sini?

Apa yang mungkin menarik kalangan orang politik bukan sahaja di Permatang Pauh ialah tentang usaha Anwar mengangkat diri sendiri dengan mengaitkan dirinya dengan tokoh-tokoh pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri baru Turki, Pemimpin Hamas, tokoh Islam Yusof Qaradawi dan waris kepada tokoh negarawan dan Bapa India, Mahatma Ghandi.

Daripada segi imej dan implikasi politiknya, apakah Anwar tidak percaya dengan kebolehan dan ketokohan sendiri. Kenapa beliau mengheret nama beberapa pemimpin dunia luar bagi membantu ceramahnya?

Ceramah tersebut yang lengkap dengan tayangan slide di layar gergasi dijadikan sebagai latar belakang pentas tempat dia berceramah. Aksi itu sebenarnya lebih mirip kepada lakonan solo pementasan teater.

Ceramah itu dirakamkan oleh blog KedahKini, tidak pula menunjukkan orang ramai dan barisan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir. Namun para pemimpin lain termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijemput menampilkan diri bersama Anwar dipentas selepas ceramah berakhir.

Dalam hubungan ini, saya teringat kepada seorang blogger dalam tulisannya menyifatkan Anwar sebagai pelakon handalan yang sepatutnya mendapat anugerah sebagai "Pelakon Terbaik" kerana pandai berlakon, petah bercakap, mengata dan bermacam-macam tohmah yang dilemparkan kepada kerajaan khususnya PM Najib yang mendapat kecaman dan menjadi sasaran paling buruk darinya.

Dia bukan sahaja memperlecehkan semua dasar kerajaan sekarang kerana tidak menurunkan harga minyak, menghapuskan PTPTN dengan memberikan pendidikan tinggi percuma malah Anwar juga menyentuh soal-soal pribadi yang melibatkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ia lebih bersifat satu tohmahan dan persepsi kerana isu-isu yang ditimbulkan itu tidak pernah didakwa atau dibawa untuk pengadilan di mahkamah misalnya.

Itulah kelebihan dan kepandaian tokoh pembangkang bernama Anwar Ibrahim dalam mereka-reka cerita yang berupa tohmahan disampaikan kepada rakyat seolah-olah isu yang dibangkitkan itu "real" dan telah melalui proses pendakwaan undang-undang dan hukuman oleh mahkamah?

Malah pada satu peringkat yang mungkin menggelikan hati rakyat dan orang ramai yang datang mendengar ceramah itu, bila Anwar bermonolog siap dengan dialog khayalan ciptaannya sendiri bila dia berjaya kononnya menjadi Perdana Menteri selepas PRU-13 dan Najib digambarkan sebagai Ketua Pembangkang gelaran yang disandangnya sekarang.

Dia memberikan gambaran Najib seolah-olah tergagap tidak dapat menjawab dan cuba melarikan diri bila ditanya oleh para wartawan tentang pengumuman yang dibuat oleh beliau sebagai PM baru ketika mengumumkan penurunan harga minyak di Parlimen sehari selepas dia mengambil alih pentadbiran negara ini?

Ura-ura pembangkang untuk menurunkan harga minyak pada keesokan harinya sebaik-baik mereka berjaya memenangi pilihan raya dan memerintah negara bukan perkara baru yang pernah dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto kempen PRU-12 pada 2008 lalu?

Anwar juga berlakon bertanya pada seorang pendengar perihal hasil minyak Petronas berjumlah RM80 bilion setahun ditolak dengan RM5 bilion untuk menampung pengajian tinggi percuma dengan menghapuskan PTPTN: "80 - 5 berapa?"

Jawapan yang diterima tentulah 75 dan beliau terus memuji-muji orang yang memberikan jawapan itu sebagai pandai dan bijak dibandingkan dengan Najib: "80-5 jawabnya muflis." sindir Anwar diikuti dengan tepukan sorak daripada hadirin.

Yang lebih melucukan bila Anwar bertanyakan nama orang yang menjawab soalan itu, nama yang kedengaran diberikan ialah "Najib" yang membuat dia terhenti dengan tawaran asalnya meminta individu berkenaan memberikan nombor kad pengenalan dan alamatnya? Mungkin Anwar kantoi di situ.

Sebelum ini, dalam siri ceramah politik membawakan nada yang sama di kawasan Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini yang diwakili oleh anak perempuannya, Nurul Izzah juga Naib Presiden PKR yang berlaku sedikit kekecohan. Anwar juga menimbulkan perkara-perkara dan isu yang serupa.

Jadi bolehlah dijangkakan inilah modal dan isu politik Ketua Pembangkang itu bagi PRU-13 yang tidak segan silu mendedahkan impian dan cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan mengherat dan membabitkan tokoh-tokoh pemimpin tertentu dunia yang pernah ditemuinya.

Ia mungkin penuh gimik dan tokok tambah tanpa pengetahuan pemimpin yang dibabitkan namanya itu? Inilah imej Anwar sebenarnya yang sudah begitu yakin malah over confident dan bersifat takbur untuk memenangi PRU-13 dan merampas Putrajaya?

Macam mana jika ditakdirkan dengan izin-NYA dan kehendak Allah SWT, beliau gagal sekali lagi selepas ura-ura "16 September" dulu kerana rakyat khususnya majoriti 12 juta pengundi menolak gaya kepimpinan beliau dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat dan amanah untuk memerintah negara ini.

Oleh MAT PIAH TEH DERIS
PENULIS ialah bekas Pengarang Utusan Melayu


WAJIB BACA!!! AGENDA TERSEMBUNYI KAFIR UNTUK MENGHAPUSKAN ISLAM!!! (BAHAGIAN 3 - TERAKHIR)



 

Lord Cromer




Lord Cromer - Gabenor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”

Ucapan musuh Islam (Komunis): “ sesungguhnya agama adalah candu ( khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada kemunduran dan kelemahannya.”

Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.”


Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “ sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”

Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “ telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam akan turut hancur.”

W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.”

Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya.

Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”

Ibn Glorion: “ sesungguhnya perkara yang paling ditakuti yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru dipersada Arab.”

Kimon – orientalis Perancis menulis dalam bukunya Pathologi Islam: “ saya berpendapat bahawa rukun Islam yang lima mestilah dimusnahkan serta menghapuskan yang lainnya dengan kerja-kerja berat, menghancurkan Ka’abah serta meletakkan Muhammad dan jasadnya di Muzium Lyrther.”

Philip Fondasy – menulis dalam bukunya Penjajahan Perancis di Afrika Hitam: “ amat penting bagi Perancis untuk menentang Islam di alam ini serta mewujudkan politik permusuhan terhadapnya, juga berusaha sekurang-kurangnya untuk menghentikan perkembangannya.”





10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam



Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

Menghapuskan Al-Qur'an.

Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

Lemahkan bangsa Arab.

Dirikan negara diktator di dunia Islam.

Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

Renung-renungkanlah wahai sahabat.......