Monday, 14 May 2012

NIZAR SI MUKA TEMBOK.... TER 'MALU ALAH'... LARI TINGGALKAN CERAMAH!!.... HAHAHA!!!!


Nizar masih membuat pembohongan lagi dalam twitter beliau mengatakan bahawa penceramah di UMNO iaitu Sdra. Hanafiah Man Di Tualang Sekah malam td terketar2, panik & pucat dlm ceramah bongkar yg bertajuk NIZAR PEMBOHONG BERSIRI...Nizar seorang yg tidak tahu malu & bermuka tebal Dtg tanpa diundang ke ceramah UMNO semalam.tp elok juga Nizar ada sbb boleh dia dgr apa yg kita sampaikan pd rakyat di Tualang Sekah. Pnceramah & org UMNO Kampar tidak rasa terkejut dgn kehadiran pembohong bersiri 2 yg tidak tahu malu, muka mcm tembok & Nizar ingat dialah HERO mcm Anwar Aljuburi...PAS Pembohong Rakyat...

Jika ada politikus paling lekeh dan berkelas rendah di Malaysia, ia tidak lain tidak bukan ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin. Bekas Menteri Besar Perak itu seakan-akan meroyan selepas hilang jawatan.

Kerap beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghasut. Terpancar kekalutan dan kecelaruan macam penjual ubat ramuan air longkang di kaki lima.

Isu VALE yang mana ada bukti dokumen yang ditandatangani sendiri olehnya, tetapi masih beliau menafikan yang mereka menyokong projek pusat pengagihan bijih besi di Teluk Rubiah. Dalam pada itu dia terlibat pulak dalam demonstrasi bersama aktivis alam sekitar membantah operasi pusat itu kononnya akan memusnahkan alam sekitar. Baik punya meroyan, mula-mula kau sokong siap ada surat lagi lepas tu kau bantah pulak dengan demostrasi...konar baring betoi!!!

Terbaru, Nizar dalam ceramahnya melemparkan hasutan dan pembohongan dengan mendakwa Perdana Menteri mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbuat sesuatu untuk menyelamatkan Barisan Nasional (BN) jika kalah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ceramah tersebut yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan Perdana Menteri dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Dakwaan tersebut dikecam oleh Panglima ATM, Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin dan barisan panglima perkhidmatan yang lain sambil menyifatkannya sebagai pembohongan.

Ternyata kenyataan Nizar bertujuan menjejaskan imej ATM dan Perdana Menteri.

Harap pihak berkuasa tidak melepaskan Nizar begitu sahaja. Beliau perlu didakwa ke muka pengadilan atas kenyataannya yang berbau hasutan dan fitnah. Polis kena bertindak tegas.

Jangankan sia-siakan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak.

Membenarkan Nizar bebas membuat tohmahan apatah lagi melibatkan ATM, hanya memberikan isyarat yang salah kepada orang ramai.

Baru-baru ini, penyakit meroyan Nizar dah bertambah teruk apabila dia melulu dengan muka tak malu masuk ke majlis ceramah orang, hajat nak psiko orang ramai, kan dah malu butaa jer kena halor...tak payah lah Nizar kau nak tunjuk gigi arnab kau tu kat sini, bukan semua orang percaya kat hang dah, we know who you are !!!



LIHAT JUGA..... DI SINI

DIISYTIHARKAN MATI, TETAPI BERJALAN KELUAR HOSPITAL...!!!

Lelaki 'Mati' Berjalan Keluar Hospital

Seorang lelaki yang pada mulanya diisyhtiharkan meninggal dunia oleh paramedik selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, disahkan hidup dan telah pun keluar dari hospital selepas menjalani pemulihan yang luar biasa.
Daniel Huf, 30, ditemui terperangkap dalam kereta Porsche di pinggir bandar Melbourne dan telah disahkan mati selepas dirawat di tempat kejadian pada 1 April lalu.
“Kami tahu yang ia satu keajaiban yang Daniel boleh berjalan, membaca, menyebut beberapa perkataan yang dikenal pasti, menulis mesej yang logik dan mengenali pelawat-pelawatnya,” kata bapanya.
Malah, kata bapanya, dia mampu melakukan beberapa kemahiran hidup asas seperti mandi dan memakai baju sendiri.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes tersebut terutama dari segi keupayaan tugas paramedik mereka dalam menjalankan kerja-kerja di lapangan.
***BP : Begitulah...jodoh, rezeki dan ajal maut itu adalah ketentuan Allah...walaupun mati itu pasti, tetapi hanya Allah sahaja yg tahu....

IRIHATI SAMBUTAN 66 TAHUN UMNO DI STADIUM BUKIT JALIL...


Kehadiran ratusan ribu orang ke Stadium Bukit Jalil menyebabkan puak pakatan terkedu, berdarah hidung dan ada yang mandi pun dah tak basah. Perhimpunan halal yang dibuat didalam stadium langsung tidak mengganggu ketenteraman dan juga berjalan lancar tanpa ada gangguan daripada pihak berkuasa.

Biasalah dah nama pun pembangkang, Pembangkang di Malaysia memang cukup terkenal diseluruh dunia kerana menjadi pembangkang yang BODOH! Helah dicari, fitnah digarap sebolehnya mahu memburukkan Umno.

Jutaan ringgit dibelanjakan oleh parti pakatan untuk media baru mereka hasilnya dibawah...korang saksikan pembohongan yang dihalalkan oleh Nik Aziz...

Tersebar di blog blog haprak pakatan kononnya gadis gadis ini adalah puteri Umno yang turun ke Stadium Bukit Jalil sempena ulangtahun Umno ke 66, walhal gadis gadis seksi lagi seksa ni adalah penyokong bola sepak Kelantan.

Gadis gadis ini adalah hasil produk dakwah kerajaan negeri Kelantan pimpinan ahli politik veteran Nik Aziz bin Nik Mat.

Pembohongan dan fitnah ini juga adalah produk hasil daripada tahaluf siyasi khawarij PAS yang menunjukkan kecintaan mereka kepada DAP. SUMBER



Mereka adalah penyokong bolasepak Kelantan....!!!!

*** Baju merah untuk sambutan 66 tahun UMNO adalah berkolar,  dan ada lambang 66 tahun UMNO di sebelah kiri dan pada bahagian lengan adalah kosong.

HAPRAK!!!.. PUAK PAKATAN... ghaaakkk...tuihhhh!!!! 

33 WARGA MALAYSIA DIBURU INTERPOL


SERAMAI 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial.

Antara kesalahan tersebut adalah penipuan dokumen seperti memalsukan kematian dan kad kredit, penipuan dalam urusan pinjaman wang, kecurian maklumat serta penipuan dalam teknologi maklumat.

Sumber memberitahu, kebanyakan suspek dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditangkap selepas dikesan melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, selain jenayah komersial, terdapat lima rakyat Malaysia dikehendaki oleh Interpol kerana terlibat dalam jenayah pelarian, tiga orang berkaitan penyeludupan dadah dan masing-masing seorang berkaitan jenayah alam sekitar serta terorisme.

Utusan Online

KISAH TERJUN...

1.  WANITA TERJUN SUNGAI.....


Wanita terjun sungai


KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengidap sakit mental dipercayai terjun dari jejambat ke dalam sungai di Brickfields di sini, malam kelmarin.

Sebelum kejadian, wanita yang berusia 47 tahun itu menaiki sebuah teksi yang selalu digunakan keluarganya seorang diri dari Puchong ke Jalan Syed Putra.

Sejurus tiba di sebuah sekolah menengah di kawasan itu, wanita itu terus membuka pintu, berlari ke arah jejambat dan terjun tanpa menghiraukan larangan pemandu teksi tersebut.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia nampak wanita terjun dan dibawa arus.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul, berkata, abang wanita itu, namanya tidak diberitahu polis, mengesahkan adiknya itu menghidap sakit mental.

“Ada saksi ternampak pemandu teksi berkenaan cuba menghalang wanita itu terjun ke dalam sungai,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari wanita itu bermula jam 10.40 malam, 15 minit selepas kejadian, sebaik sahaja menerima maklumat orang awam.

“Operasi dihentikan tengah malam kerana arus sungai deras dan disambung semula jam 8 pagi semalam dan ditangguhkan pula pada jam 5 petang,” katanya.

Operasi itu akan disambung semula pagi esok.







2.  LELAKI MAUT TERJUN POKOK KELAPA......


Lelaki maut terjun pokok kelapa


KUALA SELANGOR - Jika kawasan Ijok kecoh dengan demonstrasi penduduk yang tidak mahu kuil dan pondok komuniti dirobohkan pemaju, lain pula ceritanya di Jalan Budi, Sungai Buloh-Jeram di sini apabila ketenangan penduduk diganggu pekikan seorang lelaki yang mengugut mahu terjun dari pokok kelapa, semalam.

Lelaki terbabit terjun dari pokok kelapa dengan ketinggian enam meter jam 10.45 pagi semalam.

Ketua Kampungnya, Hashim Mansor, 63, berkata, selepas penduduk kampung, imam masjid dan anggota polis gagal memujuk, lelaki berasal dari Sabah itu nekad terjun selepas dipercayai berada di atas pokok lebih lima jam.

Ketika kejadian, Hashim sekeluarga dikejutkan dengan jeritan meminta tolong jam 7 pagi semalam sebelum keluar melihat lelaki tidak dikenali berada di atas pokok kelapa di belakang rumahnya.

“Jeritan lelaki itu menimbulkan tanda tanya penduduk dan kawasan belakang rumah saya menjadi kecoh selepas dipenuhi orang ramai. Ramai datang melihat kerana tidak percaya apa berlaku.

“Saya tidak faham tindakan lelaki itu yang meminta pelbagai perkara tidak munasabah termasuk mahu anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Aman datang," katanya.

Beliau berkata, anggota polis cuba memujuk lelaki itu supaya turun sendiri dan berbincang mengenai masalahnya, namun sia-sia.



SUMBER : SINARHARIAN.COM