Wednesday, 9 May 2012

BUAT PR YANG BUTA PEKAK TULI...HADI AWANG ULANG SEKALI LAGI HUDUD BUKAN KEUTAMAAN...perghhhh!!!!!



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.  

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. - Bernama

ANGKARA MB KEDAH ~ YURAN KUIN DINAIKKAN, PEKERJA DIANIAYA....


Ini Bukan cerita wayang kulit.....ini kisah "benar" apa yang sedang berlaku dan bergolak dalam sebuah Institusi pendidikan yang menjadi kebanggaan Masyarakat Kedah. Ikuti Pendedahan yang di bongkarkan Oleh MTK.

Lihatlah sendiri..bagaimana kakitangan KUIN dianiaya dan dizalimi..bayaran ansuran pinjaman Bank Rakyat dibuat melalui potongan gaji setiap bulan..Malangnya duit bayaran ansuran pinjaman yang dipotong setiap bulan tidak diterima oleh pihak bank walhal gajinya dipotong setiap bulan untuk bayaran balik pinjaman..

Jadi ke mana hilangnya duit gaji yang dipotong tu? Azizan sampai hari ini masih gagal memberi jawapan,sedangkan selama ini Azizan dikenali sbg seorang fighter yang akan bingkas menjawap sebarang isu yang melibatkan kerajaan negeri yang dibawah pimpinannya..


Kakitangan KUIN mendakwa potongan bulanan gaji mereka yang dibuat untuk bank, Pertubuhan Keselamatan Sosial, pemotongan zakat pendapatan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak sampai kepada pihak terbabit.


"Buktinya ada di kalangan pensyarah kolej tersebut mendakwa pemotongan gaji dilakukan oleh pihak KUIN namun terkejut setelah menerima surat dari pihak bank kerana gagal membuat pembayaran sewa beli.

"Ini satu penganiayaan kepada kakitangan kolej tersebut oleh kerajaan negeri yang gagal untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik," katanya.

Ini baru sikit saja dokumen didedahkan.Ada banyak lagi dalam simpanan Team Media Kedah..Cuma tunggu masa saja nak keluarkan..Kali ni biar totok penganut tegar pas yang buta tuli tu tengok dulu..Tapi apa kan daya Spiesis pas perut hijau ni yang dah tertelan air liur pemimpin depa dalam ceramah bukan nak percaya pun..Hati depa dah keras macam berhala terbesar di Kelantan tu..

Kalau Insaniah pun pas tak reti nak jaga,macamana nak jaga negeri..Itu baru dokumen KUIN terdedah..Kalau BN menang pru di Kedah pasti dokumen dokumen sulit penyelewengan depa bakar dulu.

YURAN KUIN DIMANSUHKAN!... PENDIDIKAN PERCUMA!... OPS!!!!!


MB Kedah: Yuran KUIN dinaikkan mulai Julai

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.
NONEAzizan (kiri) yang juga pengerusi KUIN bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.
“Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di Alor Star
Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan KUIN sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.
Antara lain, Mahdzir (bawah) berkata KUIN akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.
umno supreme council special meeting 260809 mahdzir khalidMengulas lanjut, Azizan berkata KUIN adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.
“Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, KUIN masih belum cukup kemudahan ketika itu. Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran,” katanya.
Berkenaan fakulti perubatan yang dianggap tidak menguntungkan oleh pihak pembangkang kerana hanya mempunyai sembilan pelajar, Azizan berkata isu itu tidak timbul memandangkan 19 lagi akan mendaftar pada 20 Mei ini.
“Kita telah menerima 300 permohonan tetapi kita hanya mahu mengambil 50 pelajar sahaja kerana kita baru nak mula jurusan ini di samping mahu menjaga kualiti pelajar terbabit. Walaupun pihak kementerian dan MMC (Majlis Perubatan Malaysia) membenarkan kita ambil 100 pelajar untuk pengambilan pertama, tetapi kita hanya ambil 50 sahaja,” katanya.
NONEBeliau berkata pihaknya juga sedang menunggu pelajar baru yang memohon untuk belajar perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk dibawa ke Kuin.
“Kita ada persefahaman dengan sesetengah IPTA yang ada fakulti perubatan dan mereka meminta supaya kita siapkan tempat untuk mereka kerana mereka tidak dapat menerima semua pelajar yang memohon jurusan tersebut di tempat mereka dan pelajar-pelajar itulah yang akan belajar di KUIN nanti,” katanya.
Bagi skim pelarasan gaji 13 peratus untuk kakitangan KUIN, Azizan berkata pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bukan untuk pihak swasta.
“KUIN walaupun kerajaan negeri tolong tapi ia masih lagi IPTS. Jadi terpulang kepada kita sama ada nak menerima atau tidak berdasarkan keupayaan kita. Kita bukan IPTA atau badan berkanun. Kita tidak tertakluk kepada pelarasan itu tapi terpulang kepada pihak lembaga pengarah KUIN nak pakai atau tidak,” katanya.
Beliau turut meminta Mahdzir supaya berjumpa dengannya jika ada masalah dengan pentadbiran KUIN, dan bukan bertanya kepada kakitangan KUIN yang tidak tahu situasi sebenar.
“Isu potongan bulanan gaji kakitangan yang dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan tidak sampai kepada pihak terbabit juga bukan perkara yang baru.
“Ini bukan perkara baru terlambat bayar. KWSP kita buat potongan dan bila sampai masa baru kita hantar,” katanya.
Bernama

DAP TIDAK LANJUT TEMPOH SENATOR TUNKU ABDUL AZIZ


Ekoran kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan di bandar raya baru-baru ini, DAP tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Naib Presiden parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

 

Perkara itu disahkan oleh Tunku Abdul Aziz sendiri kepada Bernama ketika ditanya mengenai laporan portal berita bahawa tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.

"Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil," katanya.

Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

Hari ini, Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dijangka mengumumkan pelantikan ahli akademik Ariffin Omar dan bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud sebagai senator baru yang dicalonkan oleh negeri ini.

TRAGIS!!! WANITA MATI DIBAHAM BUAYA DEPAN ANAK..!!!

          Wanita Mati Dibaham Buaya Depan Anak



HARARE – Seorang wanita mati dibaham seekor buaya di depan anaknya yang berusia belasan tahun ketika dia menangkap ikan.
Jestina Mutare, 33, berdiri di dalam sungai berhampiran kediamannya apabila haiwan berkenaan itu menerkam dan mengheretnya ke kawasan air dalam.
Anak lelakinya yang berusia 17 tahun tergamam ketakutan ketika buaya itu menyerang ibunya, menurut laporan akhbar The Herald.
Jurucakap polis, Tineyi Matake mengesahkan, anggota tubuh mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan selepas kejadian.
“Jestina sedang menangkap ikan apabila diserang oleh seekor buaya yang kemudian mengheretnya ke kawasan air dalam.
“Mayatnya ditemui di sungai itu oleh penduduk kampung yang berjaya mengusir reptilia berkenaan,” kata Matake.
Menurut laporan, anak mangsa berada bersama-samanya di dalam sungai itu.
Mereka menangkap ikan di empangan sepanjang Sungai Nyazvidzi River berhampiran bandar Gutu, selatan Zimbabwe.
Remaja berkenaan yang ketakutan hanya berada beberapa meter saja ketika buaya itu mengheret ibunya ke dalam air.
Dia meluru naik ke tebing dan berlari untuk memberitahu penduduk kampung.
Mereka berjaya mengusir buaya itu tetapi sudah terlambat untuk menyelamatkan Jestina.
Polis memberi amaran kepada penduduk kampung supaya mengelak menangkap ikan di sungai yang penuh dengan buaya. – Agensi

TEMPOH SEMINGGU ATAU BURU RUMAH KE RUMAH..!!!!!


Polis memberikan tempoh selama seminggu kepada semua individu yang disyaki terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 hingga menimbulkan huru hara di ibu negara 28 April lalu untuk menyerah diri bagi membantu siasatan sebelum tindakan memburu rumah ke rumah dilakukan.

Kesemua gambar suspek sudah disiarkan di dalam akhbar sebelum ini.

"Jika mereka gagal menyerah diri, polis akan mulakan buruan dari rumah ke rumah," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di sini, Rabu.

Sebelum ini polis menyiarkan 110 gambar individu yang dikehendaki dalam siasatan berkenaan.

Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berhubung kesemua individu itu kepada polis atau berhubung terus kepada ASP Azmi Aziz di nombor 019-2602 344 atau 019-3872 344 atau email kepada azmiaziz@rmp.gov.my.

FITNAH TERKINI ANAK MENGENAI "DURIAN RUNTUH" FELDA


FITNAH YANG DIKELUARKAN OLEH ANAK :

Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal.


Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. 


Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. 


Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'. 


Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'. 


Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. 


Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. 


Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah diperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!


ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757 tk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!


***BP ~ Hebat fitnah depa ni...

VIDEO : BAYI DIDERA ... MOHON DISIASAT DAN DIAMBIL TINDAKAN!!!


KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN !!!


DARI SAHABAT BLOGGER APJ DAN MY MASSA

Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati daripada insan yang bernama manusia, tetapi berhati iblis!
Menjerit-jerit kanak-kanak ini menahan kesakitan akibat daripada perbuatan tersebut.
Apakah si pelaku ini penjaga atau ibu kanak-kanak malang itu?
Jika ibunya, maka amat menyedihkan sekali untuk kita melihat kezaliman yang begitu menyentuh hati di kala baru dua hari kita menyambut hari ibu, yakni hari untuk insan yang paling mulia di hati kita.
Tukang rakam yang sekadar berkata-kata tetapi tidak membantu juga harus menerima pembalasan yang sewajarnya.
Berdasarkan perbualan dalam klip video ini, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara kita kerana menggunakan bahasa tempatan.
MANUSIA DALAM VIDEO INI DI PERCAYAI DI SEKITAR SELANGOR

*** BP terfikir... apakah motif video ini dirakamkan?  Kenapa ianya disebarkan untuk ditonton oleh seluruh dunia..? Tidakkah ianya memberi risiko kepada perakam dan pelaku untuk ditangkap dan didakwa melakukan kekejaman/penderaan terhadap kanak-kanak .????!!!