Wednesday, 25 April 2012

SIAPAKAH ATLET NEGARA YANG AKAN RAIH RM 1 JUTA...???

RM1 Juta Menanti Atlet Negara Pertama Dapat Pingat Emas Olimpik!

Sebuah syarikat swasta sanggup menyumbang RM1 juta kepada atlet negara yang meraih emas pertama dalam kejohanan Olimpik London, Julai ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Seu yang mengumumkan perkara itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti syarikat tersebut buat masa ini.
Menurut beliau, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada keputusan rasmi mengenainya.
“Saya harap lebih banyak lagi pihak terutamanya syarikat swasta tampil untuk memberi sumbangan.
“Bukan saja untuk ganjaran pingat emas Olimpik. tetapi juga sebagai penaja kepada program pembangunan sukan yang dijalankan kerajaan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian rancangan televisyen ”Jejak ke London” di Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini hari ini.
Kerajaan sebelum ini turut mengumumkan ganjaran RM1 juta kepada atlet negara yang meraih emas pertama Olimpik.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan atlet ke London iaitu ratu terjun, Pandelela Rinong; rakan sepasukan Bryan Nickson Lomas serta atlet memanah, Cheng Chu Sian. - BERNAMA

DS DR. ZAMBRY : KENYATAAN NIZAR BERBAUR HASUTAN, KDN MINTA SIASAT


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat kenyataan ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dikatakan telah membuat satu tuduhan serius terhadap Perdana Menteri.
Katanya kenyataan Nizar bahawa Najib telah mengarahkan pasukan keselamatan melakukan rampasan kuasa merupakan suatu yang tuduhan yang amat serius terhadap Perdana Menteri dan negara. 
Menurutnya siasatan harus dibuat kerana kenyataan Nizar itu berbaur hasutan dan apa yang diucapkannya boleh membawa implikasi besar terhadap kestabilan negara.
“Menurutnya (Nizar) berlaku pertikaman lidah antara PM dan ketua-ketua angkatan tentera…tanya nak sokong siapa…ini cukup serius. Tuduh PM, UMNO dan BN akan buat rampasan kuasa.
“Tuduhannya memberi gambaran satu perkara yang cukup menakutkan akan berlaku dan ini sangat melampau,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco, di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Dr Zambry diminta mengulas mengenai kenyataan Nizar yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan satu rampasan kuasa sekiranya BN kalah dalam pilihan raya ke-13 nanti. 
Nizar membuat tuduhan itu dalam satu ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Station 18 Pengkalan pada malam Isnin yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Mengulas lanjut, Dr Zambry berkata rakyat seharusnya tahu menilai kenyataan Nizar merupakan satu pembohongan besar yang telah banyak membuat pembohongan tanpa rasa berdosa.
“Inilah watak dia..dalam dewan bohong di luar bohong. Begitu celupar, dia tak kisah walaupun ianya bersifat hasutan, dia tidak rasa berdosa..apa dia nak cakap, dia cakap tak kira implikasi,” katanya.
Katanya lagi beliau tidak faham dengan watak Nizar yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbohong dan mengaburi mata rakyat. 
“Dia memang kaki bohong, penghasut. Setiap orang yang mengikuti hujah-hujah dia di dewan boleh nampak semua ini. Tengoklah keadaan dia dalam dewan, banyak berbohong dan bila kita tanya satu persatu balik tak boleh jawab,” katanya.

NASHARUDDIN MAT ISA TEMPELAK AMBIGA




Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut 
jejak syaitan.

Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

"Disebabkan gay, bandar Sodom telah dihempaskan ke bumi hingga mengakibatkan bandar itu hancur dan kesannya boleh dilihat di Laut Mati di Jordan. Kita juga tahu kisah kaum Nabi Lut ini melalui firman Allah di dalam ayat ke 80 hingga 84 surah al-A'raf .

"Cuba lihat, pada zaman Nabi Lut hanya ada G (gay) sahaja, itu pun Allah telah menjatuhkan hukum yang begitu berat. 

Bayangkan sekarang, ditambahkan dengan perbuatan LBT (lesbian, biseksual dan transgender). Mahukah kita undang bala Allah dengan hanya kita berdiam diri?" tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Seks Songsang: Perspektif Syari'ah pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.

Wacana yang bertemakan LGBT Mengundang Bala Allah telah dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat). Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad telah bertindak sebagai moderator wacana.

Nasharudin berkata, amalan LGBT di negara ini semakin menular dan apa yang lebih malang, ia ditaja dan merebak secara terhormat.

"Hasil maklumat kita, pihak yang mencanang dan memperjuangkan LGBT ini adalah dalam kalangan orang ternama dan terhormat.

"Saya ingin ingatkan sekali lagi kepada semua pihak terutama mereka yang menyokong gerakan ini, jangan undang bala daripada Allah SWT," katanya lagi.

Nasharudin di dalam kertas kerjanya turut menyentuh mengenai fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT.

Beliau berkata, ulama tersebut dengan tegas telah menyatakan amalan tersebut adalah haram dan wajib ditentang termasuk dengan menggunakan kekuatan.

Malah beliau berkata, Yusuf Al-Qardhawi melarang mana-mana pihak makan atau minum bersama pejuang serta pengamal LGBT atas dasar pegangan mereka yang amat bertentangan dengan perintah Allah SWT.

"Yusuf Al-Qardhawi berkata, adakah wajar kita masih mahu berdiam diri apabila kemungkaran itu berlaku hampir dengan kita?

"Tambah ulama ini lagi sememangnya tidak boleh sama sekali kita berdiam diri atas kemungkaran ini. Sekiranya tersebar, wajib hukumnya untuk kita melakukan perubahan walaupun dengan kekuatan sekalipun," ujar bekas Timbalan Presiden Pas itu.

BONGKAR BLOG MILIK YDP PAS BATU GAJAH HAJI ISMAIL !!!!


Sebuah blog yang dinamakan sebagai Batu Gajah Mari Online telah memaparkan satu posting yang bersifat menghina yang keterlaluan. Blog itu juga berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti YB Dato Hamidah Osman sebagai Adun Sungai rapat dan Exco kanan.

Blog ini adalah dimiliki oleh YDP Pas Batu Gajah Haji Ismail. Sebagai seorang Islam YDP Batu Gajah Haji Ismail sepatutnya tidak boleh mengeluarkan posting yang berunsur fitnah yang melibatkan makanan haram seperti babi dan perbuatan yang melanggar ajaran Agama Islam. Dengan tanpa usul periksa beliau terus menuduh YB Dato Hamidah membuat program tersebut.

Gambar di atas adalah YDP Pas Haji Ismail yang juga bekerja sebagai pengurus di Bank Simpanan Nasional Batu Gajah sepatutnya tahu lunas-lunas Islam, had-had yang boleh dipolitikkan. Walaupun beliau dilihat cuba mempertahankan kerajaan Rejim DAP tidak semestinya beliau sanggup menghina sesama Islam.

Menurut sumber dalaman Haji Ismail inilah yang merancang untuk bertempur dengan polis semasa majlis mengangkat sumpah di Istana Bukit Chandan ketika kejatuhan Rejim DAP. Beliau mengarahkan supaya penyokong Pas tidur dihadapan kereta Raja Muda dan Sultan Perak.

Sebagai seorang yang sentiasa berkopiah putih dan imej nampak baik tidak sepatutnya Haji Ismail  bersifat kurang ajar dan biadap dalam memaparkan satu artikel yang menghina terhadap YB Dato Hamidah Osman dengan hanya niat untuk menjatuhkan maruah sesama Islam.

Entah apa yang diberikan oleh pemimpin DAP sehingga Haji Ismail sanggup menghina sesama Islam.

Kejadian yang berlaku di Desa pakatan tidak kena mengena dengan YB Dato Hamidah apatah lagi untuk menyajikan benda-benda yang haram itu.


Gambar di atas pula adalah budak upahan Haji Ismail yang sentiasa membuat kerja-kerja skodeng untuk Haji Ismail. Tohmahan dan fitnah yang dibuat oleh YDP Pas Batu Gajah wajar dijadikan ukuran adakah masyarakat mahu menerima pemimpin parti yang bersifat kurang ajar sebegini.

Sungai Rapat Online

HALAL BELAKA BUAT PAS..!!!


JANGAN BETULKAN SCREEN ANDA, PERCAYALAH APA YANG ANDA SEDANG LIHAT


MELALUI Dataran Merdeka dan melihat beberapa khemah yang didirikan 
di hujung dataran berdekatan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Teringin menyelami rintihan pembantah-pembantah Perbadanan Tabung 
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini, lantas menarik kami meletakkan 
kereta di bangunan Daya Bumi menuju ke sana.

Tidak ramai kalangan para pembantah ini. Cuma kira-kira 20 orang. 
Tambah memeranjatkan kami, pelajar cuma beberapa kerat. Yang
banyaknya adalah kumpulan dewasa termasuklah beberapa individu 
yang berusia sekitar 60 tahun - lebih layak digelar warga emas.

Lihat video di bawah. Seorang cina PKR dari Penang main solat-solat.



Apa yang dibuat mereka di sini? Meninjau-ninjau sebentar, ternampaklah 
kelibat Adam Adli Abdul Halim, 'hero kampus' kononnya. Mukanya sembab, 
mata merah... tidak cukup tidur barangkali. Apabila ditujah soalan oleh 
salah seorang daripada kami tentang hasil yang mereka boleh dapat 
daripada pemansuhan PTPTN ini, Adam yang telah digantung pengajian  
dari UPSI ini enggan bersuara.
Dia seakan-akan cuak dengan kami. Dia memberi alasan 'banyak kerja' 
dengan sibuk menyusun botol-botol minuman yang sebenarnya telah pun 
tersusun dengan elok di tepi sebuah khemah. 
Memerhatikan sekeliling, keadaannya kotor sekali. 
Bekas-bekas bungkusan polistren makanan berselerakan. 
Kata mereka, bila waktu mandi, turunlah ke tandas di bawah Dataran 
Merdeka. 
Hampir sejam di situ, kami mula berasa tidak selesa. 
Cuaca pula panas terik.



Kelihatan di situ, beberapa pelajar bebas bergaul bebas antara lelaki dan 
perempuan.

Jumlah anggota kumpulan dari kalangan kaum Cina ketika itu lebih ramai 
berbanding Melayu. Tidak kelihatan pun pelajar atau orang dewasa 
kaum India.

Tertanya-tanya kami siapa agaknya dalang di sebalik khemah-khemah itu 
sehingga ada mahasiswa yang sanggup berpanas dan berhujan sedangkan 
rakan-rakan sebaya mereka sedang bertungkus lumus mengulang kaji 
pelajaran bagi menghabiskan pengajian.

Sudah tentu tidak menghairankan kebanyakan mereka di situ merupakan 
mahasiswa yang mendapat keputusan rendah atau corot.

Sedang memerhatikan lagi gelagat mereka, salah seorang pelajar 
memperkenalkan diri sebagai Din dari UPSI memberitahu, mereka sendiri 
tidak tahu sampai bila akan berada di Dataran Merdeka.

''Kita akan berada di sini sampai sudah bosan. Bila dah bosan kita balik. 
Duduk lama-lama pun tak guna dan memenatkan sebab panas, lebih-lebih 
lagi kalau duduk di dalam khemah waktu tengah hari," katanya.



Seorang lelaki dalam usia 60-an yang katanya dari Melaka memberitahu 
kami: ''Ah, hapuskan sahaja PTPTN, duit Petronas kan ada."

Lelaki ini dalam aksinya berjubah hijau seolah-olah menjadi pengawal 
di situ yang turut menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai yang 
lalu lalang kerana dia bukannya muda lagi.

Kami kemudian meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke masjid 
berdekatan. Dan kelmarin, kami dikhabarkan Dataran Merdeka tidak ada 
lagi kelibat kumpulan terbabit.

Syabas diucapkan kepada pasukan penguat kuasa DBKL yang begitu tegas 
menanggalkan khemah-khemah pelajar dan kumpulan terbabit.

Sebenarnya, kalau daripada pengamatan mata kasar, manfaat PTPTN 
banyak menguntungkan pelajar Melayu. Namun jika dikaji secara berfakta, 
faedahnya begitu mencurah- curah kepada pelajar bukan Melayu. 
Ini kerana sehingga 29 Februari lalu, seramai 11,764 peminjam/penerima 
biaya PTPTN telah diluluskan pengecualian bayaran balik 
pinjaman/pembiayaan pendidikan kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda 
Kelas Pertama atau setaraf dengannya. Ia melibatkan jumlah pelupusan 
pembiayaan pendidikan sebanyak RM339.07 juta.

Kalau dilihat rekod peminjam yang diluluskan pengecualian bayaran 
balik mengikut kaum setakat ini, sejumlah 2,347 orang adalah pelajar 
Melayu dengan amaun RM47. 2 juta. 
Tetapi pelajar Cina, bilangannya ialah 8,818 orang dengan amaun 
pengecualian bayar balik PTPTN RM274.2 juta. Inilah hakikatnya.

Rekod pelajar Cina di universiti ialah mereka fokus kepada pembelajaran. 
Mereka sedar harapan menggunung ibu bapa. Mereka tahu jika tak 
memperoleh CGPA yang baik, sukarlah untuk mencari kerja yang baik dan 
lumayan gajinya.

Pada awal 1990-an, pendidikan merupakan sesuatu yang 'mahal' kerana 
pada era itu tidak ramai yang mampu untuk melanjutkan pengajian ke 
tahap tertinggi.

Jika tidak ada biasiswa atau tajaan, harapan seseorang khususnya 
orang Melayu dan bumiputera untuk melanjutkan pengajian ke peringkat 
lebih tinggi amat tipis sekali.

Kemudian apabila PTPTN ditubuhkan bagi memberikan pinjaman kepada 
semua kaum di negara ini, berduyun-duyunlah anak Malaysia tanpa 
mengira keturunan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat 
Ijazah Sarjana Muda.

Bagi Pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti 
Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya. Dr. Mohd. Noor Yazid, Perkara 153 
Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan bagaimana Kerajaan 
Pusat perlu melindungi kepentingan kedudukan keistimewaan orang 
Melayu dan penduduk asal Malaysia yang secara kumpulannya dirujuk 
sebagai bumiputera.

''Itu termasuklah kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, 
biasiswa dan pendidikan awam yang dalam hal biasiswa kepada 
bumiputera seperti sudah diliberalkan," tegasnya.

Jelasnya, jika mahu memansuhkan PTPTN, ia bermakna setiap bumiputera 
perlu diberikan biasiswa sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam 
Perlembagaan.

"Pada era Allahyarham (Perdana Menteri kedua) Tun Abdul Razak Hussein 
dulu perkara itu telah dilaksanakan dan mungkin bagi memberi keadilan 
saksama kepada kaum- kaum lain, PTPTN diperkenalkan bagi memberi 
kemudahan pinjaman pengajian di peringkat universiti. "Tapi malangnya, 
ada pihak cuba mempolitikkan isu ini," katanya.

Meninggalkan Dataran Merdeka Jumaat lalu, kami berkongsi pengalaman 
memikirkan apa sebenarnya matlamat segelintir pelajar terbabit 
menyuarakan bantahan terhadap PTPTN.

Kami pernah berada di universiti sekitar era 90-an. Dan ketika itu kami 
memang 'dahagakan' PTPTN - di sebalik kesedaran tinggi akan harapan 
menggunung ibu bapa yang hidupnya susah untuk melihat anaknya meraih 
segulung ijazah.

Sumber : www.utusan.com.my
Penulis : ZULKIFLI JALIL dan TERMIZI CHE ANUAR

BUKAN TUNTUTAN 'BERSIH' YANG MEREKA MAHUKAN, TETAPI PUTRAJAYA..!!!!


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?

1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor
Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
Bersihkan senarai undi
-
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.  
Reformasikan Undi Pos
-
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini. 
Gunakan Dakwat Kekal
-
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil
-
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
-
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.  
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian  Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat. 
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM. 
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0. Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka. 
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini? Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.    Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas. 
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih. 
TQ - Unit Media Baru Melaka