Tuesday, 17 April 2012

DETIK CEMAS MAS...!!!


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin terpaksa berpatah balik berikutan masalah teknikal pada satu daripada enjinnya.Syarikat Penerbangan itu berkata demi, keselamatan penumpang, kapten pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan pesawat Boeing 747-400 itu mendarat pada pukul 2.05 pagi Selasa.
Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal, dan penumpang terlibat disediakan tempat penginapan.
“Satu pesawat lain disediakan dengan kumpulan krew penerbangan yang baru untuk meneruskan penerbangan ke London. Pesawat itu berlepas ke London dari KLIA pada pukul 10.34 pagi ini,” kata MAS dalam kenyataan di sini, Selasa.
Penulis blog dan bekas pengarang akhbar, Ahirudin Attan yang merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin telah menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu berlaku.
Menulis di dalam ruangan blognya Rocky’s Bru, Ahirudin memuji sikap tenang para pramugari dan pramugara MAS ketika salah satu daripada empat enjin pesawat Boeing 747-400 itu berhadapan dengan masalah yang memaksa mereka berpatah balik ke KLIA.
Pesawat itu yang berlepas pada jam 11.40 malam telah mendarat dengan selamat pada lebih kurang jam 2.05 pagi.
Ia berada dua jam di udara mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat.
Menurut Ahirudin, kejadian yang menakutkan itu berlaku lebih kurang sepuluh atau 15 saat selepas pesawat berkenaan berada di udara apabila tiba-tiba satu bunyi yang sangat kuat seperti ‘berdebap’ kedengaran.
Kata Ahirudin lagi, bagi mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengembara menaiki pesawat akan dengan segera menyedari bahawa sesuatu yang tidak keruan telah berlaku.
Tulisnya, pesawat gergasi itu kemudiannya bergegar lalu kedengaran seseorang menjerit “api”.
Beliau melihat pramugari berlari ke arah kabin kelas pertama dan selepas itu diikuti oleh seorang pramugara lain.
“Saya sendiri tidak melihat sebarang percikan api atau kebakaran pada mana-mana enjin pesawat walaupun saya duduk di barisan ke-16 yang membolehkan saya melihat enjin-enjin berkenaan,” kata Ahirudin.
Bagaimanapun jelas Ahirudin, enjin yang bermasalah itu terletak di sebelah kiri sayap.

Pada saat itu cerita Ahirudin, fikirannya sepertimana penumpang-penumpang yang lain melayang memikirkan nasib mereka semua.
“Ia adalah dua jam yang menakutkan dalam sejarah pengalaman penerbangan saya. Tetapi dua jam itu sekali lagi mengesahkan satu perkara kepada semua penumpang iaitu Malaysia Airlines mempunyai anggota kabin yang terbaik.
“Walaupun kapten pesawat mengambil masa yang agak lama untuk mengumumkan apa yang telah berlaku tetapi tabik hormat harus diberikan kepada Pramugari Wai Soh dan kesemua rakannya kerana kecekapan dan ketenangan mereka telah mengurangkan tekanan ke atas para penumpang dan sentiasa melayani para penumpang sepanjang tempoh yang mencemaskan itu,” ujarnya.

PANAS..!!!'WWW' YANG BAKAL JADI REBUTAN, PANAS DI PASARAN...


Plat “WWW” bakal catat bidaan tertinggi


PUTRAJAYA  – Pembidaan nombor kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.

Katanya, setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah “MCA 1” yang dijual dengan harga RM300,100.

"Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima
“WWW” akan mencapai harga jualan yang paling tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Perhimpunan Bulalan Kementerian itu di sini hari ini.

Katanya, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA

GEMPAR..!!!VODKA TERTULIS KALIMAH 'ALLAH' CETUS KEMARAHAN....

Vodka Tertulis Kalimah ‘Allah’ Cetus Kemarahan



Salah sebuah pengeluar vodka terbesar di Kazakhstan,Goem, baru-baru ini mencetus kemarahan umat Islam di negara itu apabila meletakkan label tertulis kalimah ‘Allah’ pada salah satu produk minuman kerasnya.
Pembalut plastik pada penutup botol vodka Baiterek itu tertera kalimah ‘Allah’ dengan menggunakan slogan ‘Kekuatan Allah Cukup Untuk Semua Orang’.
Beberapa pemimpin Islam, ulama dan masyarakat muslim di negara itu telah mengadakan demontrasi selama lebih seminggu sambil mengutuk tindakan syarikat yang tidak bertanggungjawab mencemar nama ‘Allah’ itu.
“Sekiranya mereka yang melakukan perkara ini mahu selamat, mereka perlu meminta maaf dan bertaubat segera.
“Allah melarang minuman beralkohol dan perbuatan ini adalah satu penghinaan kepadaNya,” kata salah seorang ulama, Bekzat Boranbai, yang dipetik dari stesen penyiaran negara itu, KTK Televisyen.
Menurut fahaman penganut Kristian yang menggemari minuman keras di negara itu, kalimah ‘Tuhan’ merujuk kepada ‘Allah’ dan ia menjustifikasikan penggunaan kalimah itu pada pembalut botol vodka tersebut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa negara serpihan Soviet Union itu dengan segera bertindak mengarahkan syarikat pengeluar vodka jenama Baiterek tersebut untuk menarik balik semua produk mereka serta merta.
Seorang jurucakap yang mewakili syarikat Goem menjelaskan bahawa insiden meletakkan label yang mencetus kemarahan umat Islam itu adalah berpunca dari salah faham yang berlaku dari peringkat keluaran pertama produk itu di negara jiran, Rusia.
Di Rusia, labelnya tertulis perkataan ‘God’ yang membawa makna ‘Tuhan’ dan pihak pemasaran di Kazakhstan pula menggunakan label berbahasa arab menterjemahkan perkataan itu sebagai ‘Allah’. – Mynewshub.my
***Anwar suka..pok nik pun lagi suka....keduanya menyokong abis ni..!!! huh!! 

TUN DR MAHATHIR DIMASUKKAN KE HOSPITAL..???


KUALA LUMPUR 17 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi tadi bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.

Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM), Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi (Perunding Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN) melakukan pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi.

Beliau kini diletakkan di bawah pemantauan di wad biasa dan dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari akan datang.

Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada anggota keluarga. - BERNAMA
Jika merujuk kepada laporan di atas, Tun Dr Mahathir menghidapi 'nasal polyps', ketumbuhan di membran mukosa hidung dan paranasal sinuses.

Biasanya, nasal polyps berserta dengan allergic rhinitis dan mudah dibuang melalui pembedahan kecil endoskopik seperti di bawah.
Sebagai doktor perubatan, MiM ingin katakan bahawa 'nasal polyps' tidak merbahaya dan boleh dirawati.
Lihat video di bawah :

video : polyps removal.

BICARA PERJUANGAN berdoa semoga Tun segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.... semoga Allah sentiasa menganugerahkan kesihatan  berpanjangan kepada Tun.

WAJAH CANTIK WARDINA JADI TARUHAN PR UNTUK LEMBAH PANTAI DALAM PRU 13..???


Umno/BN melaungkan syarat untuk menjadi calon mereka seseorang itu mestilah menjadi 'winnable candidate'. Apa yang mereka maksudkan sebagai calon boleh menang itu?.

Ada cadangan dari Pakatan Rakyat supaya meletakkan calon mereka kesemuanya daripada mereka yang mempunyai rupa paras yang amat elok di tambah dengan perangai yang baik dan otak yang bijak, kemenangan sudah pasti menghampiri Putrajaya. 

Kajian yang dijalankan terhadap kesan rupa paras dalam menerima undian rakyat di Jerman mendapati mereka yang ada rupa paras yang elok mendapat lebihan undian sebanyak 15% daripada calon biasa. 

Itu belum diambil kira dengan ketelusan, kebijaksanaan dan lain-lain. Kita mungkin berkata kajian tersebut adalah di Eropah dan tak sesuai dengan budaya negara kita.

Tetapi kajian yang sama juga dijalankan di Taiwan negara Asia yang satu kufu dengan kita mendapati perbezaan lebih undi pada mereka yang ada rupa paras yang elok juga amat tinggi sebagaimana di Eropah tadi.

Rumusannya PR hendaklah mencari calon yang cukup elok rupa parasnya, lebih elok lebih bagus untuk menarik jumlah undian yang tinggi berbanding calon Umno/BN yang kebanyakannya buruk-buruk rupa paras mereka.

Calon seperti Nurul Izzah adalah cukup baik, Cantik, Bijak dan Jujur serta kuat bekerja. Tambah lagi ramai calon sebegitu, Wardina seumpamanya....?


***Hahaha.... kuat sangat la Nurul Izzah buat kerja tu.... tengok  di sini   sampai tak menang tangan dia  turut bersusah payah.... juga tngok gambar berikut........muahahahaha..!!!



Ni dia aksi Nurul main futsal masa penduduk Flat 4 Tkt sibuk berpindah.

PROTON PREVE 2012


Harga Bermula RM59,540.00 – RM72,990.00 Beserta Spesifikasi.
























Nama Proton Preve 2012

Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada 
pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan 
model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 
pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”.
Asalannya, sebutan nama Preve, ialah “preev”.
Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae”
kerana mahu menampakkan lebih komersil.

Harga Proton Preve 2012

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan) 
RM 59,990.00 / Metallic (OTR) RM 59,540.00 / Solid (OTR)

2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan) 
RM 62,990.00 / Metallic (OTR) RM 62,540.00 / Solid (OTR)

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan) 
RM 72,990.00 / Metallic (OTR) RM 72,540.00 / Solid (OTR)

 Spesifikasi (Spec) Proton Preve 2012

Proton Preve 2012 diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan 
model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, 
Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City.

Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru 
Proton ini ialah : 
  • 4 beg udara ‘paddle shifter’ 
  • butang penghidup enjin transmisi CVT 
  • enjin lebih berkuasa 
  • sistem suspensi belakang jenis multilink teknologi ‘ride and handling’ 
Dan lain-lain lagi…

WEBSITE MALAYSIA CHRONICLE SENGAJA CABAR DAN HINA ISLAM DAN MELAYU..!!!


Persendakan orang nama Melayu kahwin Kristian!




Pada Ahad 15 April 2012 website Malaysia Chronicle, iaitu website yang lagi kronik dari web-web laknat lain seperti Malaysiakini dsb menyiarkan satu artikel bertajuk "Eye-opener for the Malays? Rudd's son marries Zara Shafruddin at St James Church".

Terjemahannya berbunyi, "Pembuka mata Melayu? Anak Rudd mengahwini Zara Shafruddin di Gereja St James".

Aku tidak peduli sama Zara Shafruddin.



Tapi aku peduli dengan satu fakta:

APA MAKSUD MALAYSIA CHRONICLE DENGAN TAJUK ARTIKEL INI?

Pada bacaan saya, artikel ini bertujuan mencabar dan menghina pegangan majoriti rakyat berugama Islam dan berbangsa Melayu di Malaysia. Sudah tentu artikel ini turut ditujukan berikutan isu Murtad yang sangat hangat sekarang. Telahan dan bacaan saya ini saya rasa tepat kerana nampaknya pengkomen di dalam Malaysia Chronicle juga begitu. Para pengkomen berhari raya mempersendakan pegangan kita rakyat Islam dan Melayu di bumi Malaysia. Ini biasa, setiap kali berita begini keluar baik dalam Malaysiakini, atau Malaysia Today, atau dalam Insider, islam dan Melayu akan dihina mereka.



Masing-masing boleh buat telahan sendiri dalam isu ini. Tapi nak juga aku tahu apa ulasan ahli-ahli PAS dalam isu ini. Maklum lah website MALAYSIA CHRONICLE ini milik pemimpin Pakatan Rakyat. Takkan bila orang Islam PAS baca benda ini langsung sikit pun tak kesah kot?