Sunday, 8 April 2012

NDI ADA HUBUNGAN DENGAN BERSIH... INI BUKTINYA..!!!


"In July 2005, NDI organised a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research For Social Advancement (REFSA) the secretariat of BERSIH. In 2006 , NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organisations or political party. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah dan Sarawak to advocate previously disenfranchised political aspirants."
Tapi jika anda ke pautannya sekarang perenggan berkenaan dengan BERSIH sudah dipadamkan oleh NDI. Nampaknya perenggan di atas dapat di ambil sebelum  ianya dipadamkan dari laman rasmi NDI.

Petikan di atas di ambil daripada rakan fesbuk. 

Jadi tak perlulah mengulas panjang mengenainya. BERSIH adalah hasil siri bengkel NDI dalam program NDI mengenai Pembaharuan Pilihanraya sejak 2005. 

Apakah anda masih mahu menyokong BERSIH apabila amat jelas dan terang BERSIH adalah hasil buah fikiran NDI yang mempunyai niat dan matlamat yang begitu mencurigakan. Tanyalah pihak berkuasa Mesir sekarang ini.

KETAHUILAH.... GUAN ENG TIDAK MINAT BELA NASIB MELAYU!!!


NIBONG TEBAL - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.




Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, bukan sahaja tidak mahu berjumpa, beliau yang mewakili 21 NGO Islam untuk menyerahkan memorandum pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.


Beliau berkata, sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Kerajaan DAP Pulau Pinang menghubunginya mengenai perkara itu.


"Saya berusaha membuat temujanji nak jumpa ketua menteri (Guan Eng) sejak minggu pertama pembangkang memerintah. Kita ada banyak soalan seperti apa nak dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang.


"Bukan sahaja dia (Guan Eng) tidak mahu jumpa, sampai hari ini tiada siapa pun tanya mengenainya. Semakin teruk pula berlaku ke atas orang Melayu Pulau Pinang," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di depan kira-kira 5,000 orang yang hadir pada program Ceramah Perdana anjuran Gerakan Belia 4B Cawangan Nibong Tebal di Sungai Acheh di sini malam tadi.


Hadir sama bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.


Mohamed Hafiz memberitahu, antara hak orang Melayu yang dipermainkan oleh Guan Eng ialah penjualan tapak masjid di Bayan Mutiara.


Beliau menambah, Guan Eng sebaliknya menafikan berbuat demikian dan menuduh pihak lain yang mencetuskan isu itu sebagai rasis.


"Saya bukan nak membawa isu perkauman, (dalam hal ini) tetapi orang yang selalu menyebut orang lain rasis, dialah sebenarnya yang rasis. Tidak pernah berlaku pemimpin jual tanah masjid kecuali sejak pakatan rakyat (pembangkang) mentadbir negeri ini," ujarnya.

RAHSIA KABINET KHAYALAN PR TERBONGKAR...!!!

Pakatan Pembangkang sudah mula menyenarai pendekkan siapa yang bakal menyandang jawatan dalam kabinet jika mereka berjaya memenangi PRU 13 nanti. Nampak sangat yang mereka gilakan hanyalah jawatan, sudah semestinya janji-janji manis yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada kuncu-kuncunya yang sanggup jadi pak turut. Atau pun Anwar Ibrahim yang jadi balaci mereka?? Lihat di bawah :


Gambar di atas yang diperolehi dari sumber dalam mereka menunjukkan mereka sudah mula berangan tinggi melangit. Kemenangan yang ingin mereka perolehi hanyalah untuk kepentingan peribadi mereka sahaja. Mereka sanggup mempermainkan nasib rakyat asalkan impian mereka menakluk Putrajaya tercapai.

Ini senarai kabinet khalayan mereka, boleh ada bersiri lagi dah macam drama telenovela la pulakkan. Ini sudah menampakkan tidak ada sefahaman dalam pentadbiran mereka. Yang perasan dirinya maksum dan boleh memerintah dengan baik, tidak lain dan tidak bukan Anwar Ibrahim. Inilah yang beliau inginkan kerana tidak boleh menerima suratan takdir beliau dipecat ketika di dalam pentadbiran kerajaan dulu.

Sedarlah wahai pembaca sekalian, kenapa mungkin kita perlu memberi mereka memerintah negara yang kita cintai ini. Jika benar mereka boleh memerintah kenapa tidak mengambil peluang yang telah diberikan dalam memerintah negeri yang mereka takluki sekarang. Kenapa rakyat dalam huru hara dan kenapa tidak dibela dengan kebajikan yang sempurna?? Fikir-fikirkanlah....

Baca juga DI SINI

BERSIH 3.0 EDISI SAMAD SAID : DULU AMBIGA DITENTANG... SEKARANG DITATANG....

 


Datuk A. Samad Said menegaskan Wira Perkasa tidak sepatutnya menyerang Datuk Ambiga Sreenevasan dengan isu-isu sensitif kaum dan agama, menambah himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini tiada kaitan dengan perkara-perkara itu.

Jelas Sasterawan Negara ini, sesiapa sahaja termasuk umat Islam boleh menyertai perhimpunan kali ketiga anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Wira Perkasa tiada hak untuk menghalang. 

“Soal mereka (Wira Perkasa) dengan Ambiga soal yang lain, bagi saya yang penting tiada perbezaan bangsa dan agama dalam perhimpunan itu. 

“Sesiapa sahaja yang merasakan landas demokrasi ini perlu dibetulkan boleh menyertainya... itu yang betul,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Dalam laporan The Malaysian Insider awal pagi ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka kerana ia diketuai oleh Ambiga yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa. 

Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang? 

Beliau berkata bekas Presiden Majlis Peguam itu telah terlalu jauh menyimpang dari perjuangannya, menambah beliau “sekali lagi” menunjukkan tindakan kurang hormat kepada umat Islam dengan mengadakan protes kali ini. 

Menurut Irwan, beliau akan melaksanakan “apa sahaja tindakan untuk menentang Ambiga”, mengulang pendiriannya melabel Ambiga sebagai pengkhianat kepada umat Islam dan negara. 

Menurut Samad atau lebih dikenali “Pak Samad” berkata Bersih bukan melibatkan Ambiga tetapi anggota-anggota lain yang terdiri dari pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Soal Ambiga yang mereka kata anti-Islam itu hal lain, mereka harus lihat bukan Ambiga sahaja yang berada dalam Bersih. 

“Kalau lihat Ambiga seorang yang beragama Kristian yang ingin ditentang, adakah saya sebagai umat Islam ini juga mahu ditentang?” katanya. 

Justeru beliau berharap agar Wira Perkasa lebih matang dan bertindak mengikut keadaan semasa bukan demi kepentingan sendiri. 

“Jangan kaitkan dengan hal lain; ini soal pembaikan sistem pilihan raya berlandaskan demokrasi. 

“Saya merasakan setakat ini kita perlu betulkan sistem yang, siapa sahaja boleh bantu membetulkan keadaan baik yang beragama Kristian atau Islam,” katanya. 

Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya. 

Antara tuntutan mereka adalah: membersihkan daftar pengundi, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor. 

Perhimpunan itu diadakan kerana tidak berpuas hati terhadap laporan 22 cadangan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu tanpa dibahaskan.The Malaysian Insider

NATGEO RAKAM PERTABALAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG

NatGeo Rakam Pertabalan SPB Yang di-Pertuan Agong Ke-14

KUALA LUMPUR – Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu ini akan dirakamkan oleh National Geographic Channel (NatGeo) sebagai satu filem dokumentari dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk siaran ke seluruh dunia.
Pengarah Produksi Finas, Subaidah Md. Top berkata, ini adalah kali kedua NatGeo membuat liputan seumpama itu.
Kali pertama ialah pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 13, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu pada 2007.
Dalam liputan kali ini, NatGeo akan menumpukan kepada keunikan dan keistimewaan pelantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali yang kedua dalam sejarah Malaysia.
Subaidah berkata, belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja yang sama dilantik semula sebagai ketua negara sejak sistem giliran memegang jawatan itu di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Tuanku Abdul Halim, pertama kali dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong (yang kelima) pada tahun 1970 semasa berumur 42 tahun dan kini dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.
“Dokumentari tersebut bakal menyingkap dengan lebih dekat mengenai kisah hidup Tuanku Abdul Halim itu sendiri,” tambahnya.
Pihak produksi akan juga merakamkan aktiviti Tuanku selepas istiadat pertabalan serta menemubual anggota kerabat serta kenalan rapat Seri Paduka.
“Seperti yang kita sedia maklum semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, perdana menteri pada ketika itu ialah Tun Abdul Razak dan pada pertabalan kali ini pula, anaknya Datuk Seri Najib Tun Razak pula yang memegang jawatan sebagai ketua eksekutif negara.
“Keunikan ini akan turut dipaparkan dalam filem dokumentari itu nanti,” katanya.
Subaidah turut berkata, semasa Tuanku menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima, negara baru saja melalui Tragedi 13 Mei 1969 dan berikutan itu, negara diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (Mageran).
Mageran melahirkan beberapa dasar penting Malaysia seperti Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.
“Seri Paduka kini bakal memimpin negara dalam satu era yang sangat penting di mana kerajaan sedang berusaha keras bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Itu yang kita mahu kongsikan dengan dunia,” katanya.
Subaidah juga berkata, penggambaran dokumentari ini telah bermula seawal Disember lepas lagi, semasa Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Tuanku.
“Namun selepas istiadat pertabalan pada Rabu depan, sesi penggambaran akan lebih agresif berikutan pelbagai acara telah disusun yang perlu dihadiri baginda dalam tempoh 10 hari dan dijangkakan tempoh penggambaran akan mengambil masa sekitar tujuh hingga lapan bulan,” katanya.
Beliau menambah, dokumentari ini juga akan menampilkan kepada dunia, Istana Negara yang baru.
Katanya, Finas bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan pergerakan produksi sehingga penerbitan dokumentari siap sepenuhnya. “Ini termasuk hal berkaitan pra-prosedur seperti menentukan lokasi penggambaran, bajet, skrip, pemilihan krew dan sebagainya,” kata beliau.
Mengenai bajet, beliau berkata, peruntukan bagi penghasilan dokumentari kali ini ialah sekitar RM700,000, sama seperti ketika Finas dan NatGeo menerbitkan dokumentari pertama berjudul ‘Becoming A King’ mengenai pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan.
Dokumentari 2007 itu yang disiarkan pada 29 Ogos tahun berkenaan, berjaya menarik penonton di 250 juta kediaman di lebih 160 buah negara. – BERNAMA

PAS PERLU DIBEBASKAN DARI UNSUR-UNSUR SYIAH...???


KHUTBAH Jumaat di sebuah masjid di Subang Jaya Selangor beberapa hari lepas mengenai penyelewengan agama oleh puak syiah ini mencetus banyak persoalan di minda penulis, terutama bila membincangkan kaitan fahaman Syiah ini dengan politik PAS.
Sebelum ini penulis perlu akui, penulis tidak banyak ambil tahu tentang perbezaan amalan Syiah dengan ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi rakyat negara ini, tetapi setelah mendengar khutbah tersebut barulah penulis sedar bahawa fahaman Syiah lebih dari sekadar menolak semua Khulafa Al-Rasyidun, kecuali Saidina Ali r.a.
Seperti disebut oleh khatib dalam khutbah Jumaat tersebut, pemimpin utama Iran Ayatollah Ali Khomeini (pro Syiah) pernah menuduh ketiga-tiga Khulafa Al-Rasyidun sebagai kafir malah Presiden Iran juga pernah meludah ke makam salah seorang sahabat tersebut.  Selain beberapa amalan dalam ibadat orang syiah yang bertentangan dengan amalan biasa yang diamalkan kita semua.
Tidak hairan kenapa penulis pernah mendengar bahawa pengamal amalan Syiah ini bukan terdiri dari orang Islam.
Walaupun tidak pernah dibuktikan secara terang terangan, tapi ramai yang mengaitkan PAS dengan fahaman syiah terutama sekali melihat kepada struktur kepimpinan tertinggi PAS, Majlis Syura Ulama yang dikatakan mirip Badan Pelindung di Iran.
Dari segi kepimpinan pula, tokoh yang paling menonjol bila bercakap tentang syiah dalam PAS, sudah tentulah Timbalan Presidennya sekarang, Ustaz Mohammad Sabu yang dikatakan menjadikan Revolusi Iran sebagai pedoman untuk menyertai PAS pada awal 80-an.
Malah kemenangan beliau dalam pemilihan tahun lepas juga dikaitkan dengan sokongan golongan Syiah dalam yang menguasai beberapa kumpulan tertentu dalam PAS.  Ia adalah lanjutan dari satu mesyuarat rahsia kumpulan pro Syiah dalam PAS yang diadakan di Bandar Sunway beberapa hari sebelum muktamar PAS 2011 berlangsung.
Antara nama-nama penting yang mengetuai kumpulan pro Syiah dalam PAS ini ialah Dr Lufti Ibrahim, Dato’ Dr Mahfudz Mohamed (Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat), Dr Azlan, Dr. Norman dan Mohd Azam.
ADUN PAS bagi kawasan Kubang Rotan Kedah, YB Mohd Nasir Mustapha juga dikatakan mengetuai kumpulan pro Syiah di Kedah.
Terus terang penulis katakan, sejauh mana kebenarannya semua maklumat di atas penulis kurang pasti tapi sudah tentu pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ada angin yang menggoncang.
Apa pun yang penting disini ialah, PAS perlu dibebaskan dari pengaruh Syiah kalau mahu terus kekal relevan dalam politik di Malaysia ini kerana penolakan rakyat Malaysia terhadap fahaman Syiah ini bukanlah satu perkara yang rahsia.  Jika diteruskan juga, takut-takut ia akan menjejaskan undi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang - suarapakatanrakyat

NATASHA HUDSON BERNIKAH KALI KE-3


TIDAK PERNAH SERIK UNTUK MEMBINA KEBAHAGIAAN SEBUAH RUMAHTANGGA..........

PELAKON dan penyanyi Natasha Hudson, 29 bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan Khalid Kamal,33 pada 15 April ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta sekitar jam 11 pagi.
Tarikh dan lokasi pernikahan ini disahkan sendiri oleh pelakon filem Chermin itu menerusi kiriman pesanan ringkas yang dilayangkan sebagai undangan ke majlis bermakna berkenaan.
Sementara itu, laporan Berita Harian semalam turut mengesahkan, bahawa Natasha Hudson bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh berkenaan.
Menurut Natasha Hudson dalam akhbar perdana berkenaan, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup dan hanya mereka yang diundang, termasuk pihak media akan ke hari bersejarah itu.
Natasha Hudson telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Nessa Helena menerusi perkahwinannya sebelum ini.
Merupakan perkahwinan ketiga buatnya, perkahwinan pertama Natasha Hudson bersama seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin.
Manakala perkahwinan kedua Natasha Hudson bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.
Berita Natasha Hudson ingin mendirikan rumah tangga mula tersebar selepas dia pulang dari menunaikan Umrah baru-baru ini.
Bakal suami Natasha merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu Jika Ku Boleh Ubah Dunia dan Destiny Bersiri .
- Murai.com