Friday, 23 March 2012

APA MOTIF HARGA UBAH SUAI PEJABAT HASSAN ALI DIPERSOALKAN SEKARANG..???

Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang membangkitkan perkara Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membelanjakan RM300,000 mengubah suai pejabatnya ketika menjadi Exco kerajaan negeri dua tahun lepas.


Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) mencelah ucapan Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bertanyakan mengapa ia ditimbulkan sekarang, tidak semasa Hasan masih Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.


Hasan (Bebas-Gombak Setia) dipecat daripada Pas awal Januari lepas setelah beliau dikatakan membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pas.


Menurut Subahan, perkara itu dibangkitkan kerana wakil Gombak Setia itu telah dipecat.


"Dua tahun lepas Barisan Nasional pernah membawa isu ini tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri, tetapi apabila Hasan bertukar haluan perkara itu dibangkitkan semula,” katanya.


Mohamed Azmin yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada perasmian sidang Dewan itu, menjawab bahawa siasatan dilakukan secara audit dalaman. – BERNAMA

'FEEL GOOD FACTOR' PM

 

Bila pilihanraya? Sekali lagi Datuk Seri Najib Tun Razak ditanya mengenai soalan popular itu.Ini semasa sesi temuramah beliau dengan stesen radio berbahasa Cina 988 FM pagi Khamis.

Pengacara radio itu ingin tahu apakah ia ada kemungkinan pada bulan Mei atau Jun ini.

Dari jawapan yang Perdana Menteri berikan berbagai andaian boleh dibuat darinya.

Ada pemerhati yang tidak nampak kemungkinan bulan Jun ini seperti yang hangat diramalkan kebelakangan ini.

Dalam jawapannya Perdana Menteri jelas berkata penentu tarikh PRU13 bergantung kepada banyak faktor.

Kataya beliau masih lagi menilai situasi.

Beliau secara spesifik menekankan waktu yang paling sesuai ialah bila tahap keyakinan rakyat pada kerajaan dan feel good factor tinggi.

Katanya ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan menyelesaikan beberapa isu yang belum beres.

Sebelum ini Najib pernah berkata beliau ingin melihat dulu pelbagai program pentabirannya menampakan kesan dan dirasai rakyat.

Apakah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia,Kedai Rakyat 1Malaysia,Klinik 1 Malaysia dan sebagainya sudah cukup menzahirkan ' feel good factor' dikalangan rakyat yang dimaksudkan Najib itu?

Selain membuat pelbagai pengumuman program dan dasar baru kerajaan,Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah bergerak [I]hand in hand[/I] ' pusing keliling' satu Malaysia kebelakangan ini.

Banyak spekulasi menjurus kepada pergerakan mereka bertemu rakyat secara langsung khususnya pada setiap hujung minggu sekarang.

Namun ada pemerhati yang menjangka banyak lagi ' bom'  yang akan dilontar oleh Najib dan Muhyiddin dalam menyegarkan angin ' [I]feel good factor[/I]' yang dihajatkan.

Secara umumnya kerajaan tidak banyak berdepan dengan isu kecuali NFC yang masih hangat diperbualkan.

Datuk Seri Shahrizat Jalil,isteri kepada Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail sudah mengumumkan akan letak jawatan bila tempoh Senator beliau tamat pada 8 April ini.

Perdebatan politik ini bertumpu kepada soal samaada Shahrizat perlu letak jawatan Ketua Wanita UMNO atau tidak sekalipun secara prinsipnya beliau tidak ada kaitan langsung dengan isu NFC.

Terbaru ia dihangatkan dengan kenyataan Naib Ketua Wanita Datuk Kamalia Ibrahim dalam interbiu dengan akhbar The Star yang mahu beliau letak jawatan untuk ' memudahkan' pergerakan itu turun ke bawah berkempen.

Kalau pembangkang masih hendak terus main isu kilang proses nadir bumi ,Lynas di Gebeng,Kuantan,Najib telah memberi jawapan yang tegas dalam interbiu dengan 988 FM itu.

Katanya apa yang dimainkan oleh pembangkang kebelakangan ini cuma sentimen politik.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan hanya akan batalkan projek gergasi itu jika ada bukti kukuh dari segi saintifik ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Katanya kerajaan tidak akan berkompromi jika ia didapati terbukti dati segi santifik boleh membawa mudarat.

Dewan Rakyat Selasa telah meluluskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas.

Pembangkang sekali lagi main sandiwara menolak dan memboikot penyertaan dalam jawatankuasa berkenaan.

"Bagi mereka yang menentang Lynas, kita perlu berdialog. Kita ingin tahu apakah alasan saintifik dan teknikal bagi membantah operasi Lynas."Perlu ada bukti kukuh bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar khususnya akan terjejas. Dan jika ada bukti serius, kita pasti tidak akan benarkan Lynas beroperasi," kata Najib.

Menurut beliau dialog seperti itu tidak boleh berdasarkan emosi atau hujah politik kerana ada kemungkinan isu Lynas ini digunakan untuk tujuan politik.

"Apa yang bermula hanya sebagai satu isu alam sekitar telah menjadi isu politik. Ini amat mengecewakan.Kita perlu adakan dialog ini dan melibatkan orang ramai sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad. Tapi saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak sekali-kali akan dipertaruhkan," katanya.

Perdana Menteri berkata pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas bertujuan melihat langkah-langkah yang kerajaan boleh ambil bagi menangani sebarang kebimbangan rakyat.

Ketika ditanya sama ada perakuan-perakuan jawatankuasa itu akan dilaksanakan, beliau berkata : "Kita mahukan bukti saintifik, dan jawatankuasa ini adalah satu daripada kaedahnya. Adalah diharapkan satu penilaian objektif mengenai projek ini dapat dibuat.

"Yang pasti ialah terdapat satu tanggungjawab moral yang kuat, namun kita tidak terikat dengannya daripada segi undang-undang, tetapi akan dijadikan asas kukuh untuk kita membuat keputusan," katanya.

Bagaimana tentang soal calon BN untuk PRU13?

Menjawab soalan pengacara 988 FM Najib berkata beliau sedia mengambil risiko tidak akan calonkan semula wakil rakyat BN yang tidak perform dan tidak winnable.

Perdana Menteri sedar ada nanti yang merasa kecil hati namun beliau tidak ada pilihan dalam memastikan calon-calon yang selari dengan kehendak pengundi sahaja yang akan turun padang mewakili BN dalam pilihanraya mencabar ini.

Kepada satu soalan lain samaada beliau mempunyai 'kawan sejati',Najib berkata beliau tidak kisah 'hilang kawan' mereka yang merasa kecil hati semata-mata kerana kehendak politik dan kepentingan peribadi mereka tidak dapat dipenuhi.

Katanya beliau mempunyai sebilangan kawan baik yang bersedia untuk mengetepikan agenda politik dan peribadi.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada juga yang mempunyai kepentingan dan matlamat dalam politik.

“Katakanlah,seorang wakil rakyat itu tidak diingini, saya perlu mendengar rakyat.Tetapi apa yang diamati, saya akan dipersalahkan sedangkan rakyat yang tidak mahu mereka,"ujarnya.

Katanya hajat pentabiranya ialah membawa Malaysia melangkah ke depan.

Apapun Perdana Menteri berkata untuk membolehkan matlamat itu tercapai BN harus memenangi pilihanraya umum akan datang. AGENDADAILY

KARPAL 'BERTUMBUK' DENGAN RAMASAMY..???

 

Lawak betul rasanya apabila krisis di antara HINDU dan SIKH dalam DAP ini diselesaikan oleh ekstremis Kristian. Lain yang bergaduh, orang lain pula yang keluar kenyataan. Rakyat bukannya bodoh tidak tahu membezakan ayat cover line DAP ini.

Pada kami, selagi Karpal mahu pun Ramasamy tidak keluarkan kenyataan, pergeseran di antara dua pemimpin SIKH dan HINDU dalam DAP tidak pernah selesai. Pertelingkahan ini juga mengingatkan kami tentang satu kejadian pembunuhan beramai-ramai di India yang melibatkan orang Sikh suatu masa dahulu.

Adakah tindakan Karpal Singh yang bersungguh-sungguh mahu menyingkirkan Ramasamy daripada tampuk kuasa DAP ini bersangkut paut dengan dendam kesumat penganut SIKH terhadap orang HINDU yang telah menyembelih mereka pada tahun 1984 dahulu?!!




ISLAM ITU JUMUD DAN USANG... ANWAR CAKAP!!!



Baru-baru ini saya menonton satu rakaman video di Youtube mengenai Anwar yang menyampaikan satu ucapan di Pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Jakarta.
Di dalam ucapan tersebut, Anwar memperkatakan tentang minatnya terhadap buku-buku karangan Salman Rushdie, termasuk The Satanic Verses.
Menurut Anwar, karya-karya Salma Rushdie sangat indah karangannya sehingga dia mengaku terlalu minat untuk membaca karya-karya penghina Islam yang dijatuhkan hukuman mati oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayarollah Khomenei.
Komen Anwar mengenai karangan Salman Rushdie itu bagaikan terlalu indah lenggok bahasanya melebihi kesusasteraan agung karya Allah SWT, iaitu Al-Quran Al-Karim yang tiada tolok bandingnya sehingga hari kiamat.
Tak mengapalah. Itu hak Anwar untuk meminati dan memuja Salman Rushdie dan karya-karyanya. Itu biasa bagi saya untuk mengetahui perkara tersebut kerana Anwar selama ini memang pro-Yahudi.
Namun, saya benar-benar terkejut dan sangat marah dengan satu kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa Islam itu sangat usang dan jumud sekiranya agama Allah itu mengongkong kebebasan umatnya.
Begini kata-kata Anwar…
“Jadi saya, kalau Islam itu mengongkong kebebasan..Islam sangat usang dan jumud,”
Astaghfirullah Al-Azim. Kata-kata itu seolah-olah membayangkan saya kepada kebebasan secara mutlak yang dituntut oleh Anwar, Ambiga dan konco-konconya.
Setahu saya, silalah rujuk kepada mana-mana ulama muktabar atau cendekiawan Islam sebenar. Sudah tentu mereka akan berpendapat bahawa Islam adalah merupakan sebuah agama yang tidak memberikan kebebasan kepada umatnya untuk melakukan apa saja yang mereka suka.
Contoh yang paling mudah adalah solat. Islam mewajibkan umatnya melakukan solat sebanyak lima kali mengikut waktu-waktu yang ditetapkan iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Bila disebut wajib hukumnya, maka mahu atau tidak mahu, umat Islam mesti taat pada arahan tersebut tanpa kompromi.
Maksudnya, umat Islam tidak boleh melakukan solat sekali, dua kali, tiga kali atau empat kali sehari. Dalam masa yang sama, solat zohor tidak boleh dilakukan pada waktu asar, maghrib, isyak atau subuh melainkan diberikan ‘rukhsah’.
Selain itu, solat juga tertakluk kepada rukun-rukun yang ditetapkan dan meninggalkan salah satu rukun tersebut akan menyebabkan solat tersebut tidak sah. Tiada kebebasan di dalam solat kerana kita tak boleh makan, minum, sembang dengan rakan, main game atau membuang air kecil ketika bersolat.
Itu baru satu contoh mudah yang memperlihatkan bahawa Islam tidak memberikan kebebasan secara mutlak kepada umatnya untuk bebas melakukan apa saja yang mereka suka.
Katakanlah manusia difitrahkan suka berjima’. Maka jima’ tersebut perlulah dilakukan secara yang dihalalkan oleh Islam. Di dalam Islam, jima’ hanya boleh dilakukan bersama isteri atau suami yang dinikahi secara sah menurut hukum yang ditetapkan.
Begitu juga, Islam tidak pernah menghalalkan jima’ sesama jenis atau pasangan yang belum dinikahi. China Doll dan Siam Dolls halal dijima’ sekiranya sudah dinikahi oleh seorang muslim. Tapi jika belum nikah, bersentuhan pun sudah dikira haram.
Tak tahulah hukum mana yang Anwar pakai. Tapi itulah hukum yang saya pegang yang disepakati oleh sunnah wal jamaah.
Dari beberapa contoh yang saya berikan itu, jelas sekali Islam tidak memberikan kebebasan mutlak kepada umatnya. Ada yang dibenarkan dana ada yang tidak. Semuanya tertakluk kepada hukum. Dan hukum inilah yang dikatakan “mengongkong” Anwar?
Seorang umat Islam yang faham agamanya tidak pernah menganggap Islam mengongkong kerana dia melakukan segala hukum Islam itu dengan senang hati dan penuh keimanan. Lainlah jika kita suka langgan China Doll atau “lubang kunyit”, memang “mengongkong”lah pandangannya.
Pada saya, Anwar memang liberal dalam hal ini. Fahamannya terlalu bebas. Mungkin sebab itulah dia dikatakan mempelopori fahaman pluralisme yang difatwakan sesat di Malaysia.
Tapi, Anwar jugak yang nak diangkat isterinya untuk menjadi Perdana Menteri ke-7? Orang yang mengatakan Islam itu usang dan jumud pun mahu diangkat menjadi pemimpin? Na’uzubillah min hadhassyaitonirrajimmmm…wallahua’alam – mykmu.net

SOALAN-SOALAN PANAS YANG PERLU ANWAR JAWAB!!!

SOALANNYA.... BOLEHKAH DIJAWAB????


1. Islam kah parti yang redha kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

SOALAN tersebut merupakan soalan-soalan yang diajukan oleh Zulkilfli Noordin kepada rakyat Malaysia tentang Pakatan yang songsang. Bolehkah mereka jawab? 



 

WAJAH-WAJAH GADIS HILANG.....

DI MANAKAH MEREKA....
PENCULIKAN...???
MELARIKAN DIRI...???
RELA, TERPAKSA ATAU TERGODA...???


 

 

 

 

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.
Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Kalau ku pinang, pinang tak dapat
Ku pujuk-pujuk, ku bawa lari
Itulah masalahnya lelaki yang bawa lari anak dara orang ni, singkat benar pemikirannya. Kalau dah sayang sangat, masuk meminang sampai dapat. Kalau niat itu ikhlas, insyaAllah lambat laun akan dapat.
Ini tidak, ambil jalan mudah seperti ini.  Yang kasihan, mak bapa. Tak reti nak berfikir langsung? Esok² lari ikut lelaki² yang tak pandai nak bertanggungjawab, masa depan anak² yang bakal lahir itu bagaimana? Menyusahkan mak bapa dan orang ramai.