Thursday, 15 March 2012

PEMBANGKANG SEMAKIN TERTEKAN...!!!

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini (semalam).

Tindakan mereka yang dianggap cuba menegak benang basah itu tercetus apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) membacakan kenyataan Anwar berhubung perkara itu yang disiarkan dalam The Wall Street Journal, Januari lalu.

Suasana kecoh bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun membantah tindakan Anifah yang disifatkannya tidak berasas.

Nurul Izzah mendakwa Anifah cuba mengelirukan dewan dan sengaja menggunakan ruang menjawab untuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Anwar.

Bangun menyokong Nurul Izzah ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam); Azmin Ali (PKR-Gombak); Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Yusmadi Yusuf (PKR-Balik Pulau) yang turut mendesak Anifah membaca keseluruhan kenyataan Anwar.

Nurul Izzah juga meminta Anifah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika enggan menarik balik kenyataan itu.

Pertikaman lidah turut berlaku antara Ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan, antaranya Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading); Datuk Bung Mukhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berhubung isu tersebut yang berlarutan selama setengah jam dan akhirnya membuatkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertindak menyuraikan pertikaman itu.

Memberi reaksi terhadap permintaan Nurul Izzah itu, Wan Junaidi berkata: "Tak payah ajar saya tugas saya. Biar saya jalankan tugas saya. Jangan desak saya."

Sejurus dewan reda seketika, Wan Junaidi kemudiannya membenarkan Juslie untuk menyatakan soalan tambahan berhubung isu sama.

Menjawab soalan terbabit, Anifah berkata, selagi BN berkuasa, kerajaan tidak akan sekali-kali mengizinkan perbuatan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas rakyat Palestin.

"Kenapa Ketua Pembangkang pentingkan keselamatan Israel? Apa yang penting, bagi kita adalah keselamatan Palestin. Kita lebih pentingkan keselamatan Palestin," tegasnya.

Pengulangan Anifah terhadap kenyataan Anwar itu sekali lagi membuatkan dewan kembali kecoh membuatkan Wan Junaidi menamatkan persoalan mengenai Israel dengan memindah kepada soalan lisan seterusnya.

Sebelum itu ketika menjawab soalan asal Juslie, Menteri Luar menegaskan, Malaysia tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

Menurut beliau, Malaysia juga secara konsisten menyuarakan kebimbangan serta mengutuk keras dan mengecam tindakan Israel ke atas pencerobohan yang berterusan di wilayah yang diduduki rakyat Palestin, selain aktiviti penempatan haram di Tebing Barat.

Menurut beliau, dalam hubungan itu, Malaysia menyokong sepenuhnya segala usaha yang dijalankan oleh masyarakat antarabangsa dalam mencari penyelesaian yang adil serta berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel dan ia termasuk komitmen negara terhadap penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik berkenaan.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sama sekali menyokong tindakan dan pendekatan Israel yang jelas melanggar perundangan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutama Resolusi 242, Resolusi 338, Resolusi 425 dan Resolusi 194.

"Sebagai negara yang prihatin dan bersimpati terhadap nasib malang rakyat Palestin, Malaysia telah dan akan terus memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin. Malaysia juga telah memberi latihan kepada Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta bantuan yang dihulurkan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Malaysia berpendirian penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel boleh dicapai melalui rundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya.

CARA KERAJAAN DIKUCAR-KACIRKAN PUAK PAKATAN HARAM...!!!

Tengok video ini. Sekumpulan ibu bapa mahu PPSMI diteruskan.


Namun begitu, jom tengok senarai peserta yang menyokong perhimpunan ini, ternampak nama ADUN DAP.

Present at this morning's gathering are:

1. Concerned Parents for Selangor and Kuala Lumpur (CPS) headed by Shamsudin Hami
2. Parent Action Group for Education (PAGE) led by Datin Azimah
3. Malacca Action Group of Parents (MAGPIE)
4. Herald of Penang Education (HOPE)
5. Subang Jaya Assemblyman YB Hannah Yeoh
6. Kelana Jaya MP, Loh Gwo-Burne

Bukan ke sebelum ni pembangkang yang beria-ia untuk hapuskan PPSMI sampai berarak ke Istana Negara.


Dan sebab PPSMI la A. Samad Said mula sokong pembangkang. Macam mana sekarang ni bila pembangkang sendiri meminta PPSMI diadakan semula?


Jadi di harap, A. Samad Said daripada terpekik terlolong atas jalan atau atas pentas kutuk Kerajaan, BAIK SEKOLAHKAN DULU DUA ORANG YB MANGKUK AYUN TU DULU. Kalau tak, A. Samad Said pun mangkuk ayun jugak sebab tau melalak tapi.......tapi tak pandai mendidik rakan sendiri.

Susah betul Kerajaan BN nak berdepan dengan pembangkang yang cakap pusing-pusing. Dulu kata  tak nak, sekarang kata nak pulak? Haram jadah betul. Bukan je masa jadi pembangkang, dah orang lantik jadi Kerajaan pun sama jugak. Cakap berbelit-belit. Dulu manifesto PKR dan PAS semasa PRU 2008 nak turunkan cukai taksiran, sampai sekarang pun tak turun-turun lagi..... Huh!!! hampehhh!!!

ANCAMAN PEMIKIRAN LIBERAL DI MALAYSIA...???

Ustaz Fauzi : Ancaman pemikiran Liberal Di Malaysia

AIDCNews – Pemikiran liberal bahaya kerana ia muncul dalam pelbagai bentuk sama ada terang-terangan ataupun tidak jelas, kata Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
“Kadang-kadang ia muncul dalam (bentuk) yang tidak jelas, ia muncul yang kita nampak dari segi programnya Islamik, tetapi apabila diteliti, diperhalusi, kita mendapati bahawa ia bukan datang dari falsafah Islam”, katanya.
Menurutnya, liberalisme adalah merujuk kepada satu konsep, iaitu ‘tidak ada kebenaran mutlak’.
“Sebab itu gejala yang berlaku, apabila aktiviti liberalisme ini masuk ke Malaysia adalah pluralisme agama. Orang Islam yang keliru pun menyebut semua agama adalah baik.
“Liberalisme ini akan pergi sampai ke peringkat Al Quran pun boleh diterjemah sesuka hati”, katanya.