Friday, 9 March 2012

WAHAI MELAYU DAP.... ANDA CUMA DIJADIKAN ALAT SOLEKAN JANGKA PANJANG DAP!!!!!!!!!!

DAP tidak pernah tahu malu atau cuba melihat cermin tapi tidak habis-habis mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum yang paling unggul. Kononnya merekalah yang paling adil, demokratik dan bersih.
Hanya mereka yang menggunakan sebelah mata saja yang akan anggguk kepada setuju dengan laungan DAP itu.  Kita lihat pemimpin tertinggi mereka dari Lim Kit Siang hingga anaknya Guan Eng dan menantunya… di mana mereka bertanding bila musim pilihanraya.
Kalau betul DAP parti berbilang kaum dan diterima rakyat kepala parti itu mesti buktikan terlebih dahulu sama ada kepala parti itu bercakap benar atau bohong semata-mata.  Di mana Kit Siang bertanding di mana pula anaknya Guan Eng bertanding?  Bukankah kedua-dua beranak ini bertanding di kawasan majoriti besar kaum sebangsa mereka.
Beranikah kedua beranak ini untuk pilihanraya umum akan datang bertanding di kawasan campuran pengundi misalnya di Hulu Selangor, Temerloh atau Labis ataupun masih menyorok di kawasan yang sememangnya lubuk mereka.
DAP juga gagal untuk memberi tempat yang sepatutnya dalam parti mereka kepada kaum lain melainkan menjadikan mereka kaum lain ini tidak lebih sekadar perhiasan semata-mata.  Lebih buruk lagi dalam parti DAP jelas di kuasa keluarga tertentu di kalangan kepala parti.  Ini seperti bangkai gajah yang sukar untuk ditutup oleh DAP.
Dakwaan DAP bahawa partinya telah disertai ramai orang Melayu seperti mahu tarik perhatian rakyat bahawa DAP perjuang hak bersama dalam rakyat. Mungkin kerana ketandusan idea, DAP terpaksa menggunakan hak rakyat sebagai modal politik mereka.
Sebenarnya pengaruh DAP terhad , tidak hairanlah mereka hanya bertanding di kawasan tertentu untuk pastikan sokongan terus diberikan kepada mereka. DAP mahu tarik orang Melayu terutamanya sebagai alat solekan dan untuk jangka panjang secara perlahan-lahan mahu menendang keluar parti pakatan mereka Pas dan PKR.
Bukankah Pas parti orang Melayu dan PKR yang majoritinya orang Melayu perlu dihormati.  Apa agendanya yang DAP ghairah mahu tarik sokongan dan mendabik dada kononnya mereka parti berbilang kaum sedangkang sejak penubuhan lagi bau politik mereka adalah bau perkauman yang amat dahsyat sekali.  Mari kita fikir-fikirkan sedalam-dalamnya sebelum masuk perangkap.

KHUTBAH JUMAAT

PERTAMA KALI PENULIS PAPARKAN DI SINI....KHUTBAH JUMAAT..... 
MARI KITA HAYATI DAN AMBIL PENGAJARAN DARIPADANYA...


Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan iman dan taqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan segala usaha kita itu akan dinilai dan dibalas dengan kehidupan yang aman dan bahagia, di dunia dan juga di akhirat. 

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah di atas nikmat dan anugerahNya yang melimpah ruah kepada kita. Marilah kita renungi firman Allah di permulaan khutbah tadi dalam surah al-Maidah ayat 82 yang bermaksud: “Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” 

Khutbah pada hari ini ingin mengajak sidang jemaah untuk menghayati pemahaman ayat ini khususnya berkaitan dengan permusuhan orang-orang Yahudi ke atas Umat Islam. Realitinya, Orang-orang Yahudi dan golongan kuffar telah berusaha untuk menghalang Umat Islam daripada mengecapi kegemilangan apatah lagi untuk menjadi kuasa besar dunia. Inilah antara matlamat utama yang ditetapkan oleh orang-orang Yahudi berkaitan sikap mereka terhadap Umat Islam seperti berikut:- 

Pertama: Berusaha memesongkan akidah dan keimanan Umat Islam daripada ke arah kekufuran. 

Kedua: Menidakkan hak Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia. 

Ketiga: Menguasai beberapa buah Negara Umat Islam yang mempunyai nilai kekayaan tinggi untuk diekploitasikan. 

Berhubung dengan matlamat pertama orang Yahudi, Allah swt telah memberi ingatan kepada kita melalui firmanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 217:- 

Bermaksud: “ dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. “ 

Oleh itu, kita dapati pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memesongkan akidah dan keimanan Umat Islam kepada kekufuran. Contohnya, Teori Darwin, Fahaman Komunis, Sekularisme, liberalisme dan seumpamanya adalah antara perkara yang cuba disogokkan kepada umat Islam dan manusia sejagat agar kita tidak mengenali pencipta Rabbul Jalil, tidak mengetahui kemuliaan dan hakikat sebenar kewujudan manusia di atas muka bumi ini bahkan sehingga menganggap agama adalah penghalang kemajuan, kebebasan dan seumpamanya. Mereka juga telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat ini dengan pelbagai agenda jahat yang jelas mengundang bencana kepada umat Islam sendiri. Apatah lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini yang memungkinkan segala-galanya dapai dicapai melalui teknologi maya serta internet. 

Segala dakyah dan doktrin mereka disalurkan dengan cukup halus dan licik sehingga akhirnya kita mengikut cara mereka dalam berbagai aspek kehidupan termasuklah keagamaan. Dewasa kini, wujudnya suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tiada beza dan taranya antara mana-mana agama di dunia ini semakin lantang kedengaran…. Siapakah di sebalik seruan yang indah tapi beracun dan cukup bahaya ini ? Merekalah golongan orentalis dan cendiakawan yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT. Ingatlah! Pertentangan mereka dengan kita adalah atas nama agama dan usaha mereka untuk memerangi aqidah Islam yang suci ini wajib dipertahanakan. Pastikanlah diri kita bebas dari usaha dan tipudaya licik golongan Yahudi ini. 

Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat 32: 

Bermaksud: “ mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Sementara itu pula, matlamat kedua bertujuan untuk menjauhkan Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia dengan apa cara sekalipun. Usaha ini telah bermula sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak. Ironinya, mereka dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia telah bersekongkol untuk menjatuhkan khilafah Turki Islamiyyah yang menjadi lambang kemuliaan umat pada masa dahulu, sehinggakan Sultan Abd Hamid yang ke 2 telah cuba disogokkan oleh pemimpin zionis sedunia iaitu Theodor Hertzel agar menyerahkan bumi Palestin kepada Yahudi dan sebagai balasannya baginda telah dijanjikan dengan habuan pencen yang tidak habis dimakan selama tujuh keturunan. Namun, ketegasan Sultan Abdul Hamid ke 2 yang memiliki keimanan dan ketaqwaan yang mantap telah menolak tawaran tersebut demi Islam yang dijunjung tinggi. 

Hakikatnya, sehingga kini belum ada lagi Negara umat Islam yang mampu memimpin dunia Islam dan menyatukan kekuatan Islam untuk mengembalikan kegemilangan empayar Uthamniah. Kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 adalah tragedi sedih bagi umat Islam sepanjang zaman. Kesannya, kekuatan dan semangat Negara dan Umat Islam telah jatuh ke tahap yang memilukan. Bahkan, Umat Islam seakan-akan telah hilang identiti keislamannya dan lebih memeritkan lagi, Negara Islam kebanyakannya mundur, miskin serta banyak berlaku peperangan sesama mereka. Inilah realiti yang terpaksa kita akui hari ini bahawa umat Islam semakin lemah dan diserang dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh Allah yang selama ini menanti untuk menghancurkan kita. Oleh itu, melalui mimbar yang suci ini saya mengajak diri saya dan tuan-tuan sekalian agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan mengembalikan kemuliaan umat ini. 

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Matlamat yang ketiga pula ialah menguasai Negara Umat Islam dan mengekploitasi segala kekayaan Negara tersebut walau apa cara sekalipun. 

Cukuplah penjajahan Bumi Palestin sebagai contoh. Negara palestin telah dijajah pada tanggal 14 Mei 1948 dan diumumkan secara rasmi oleh Israel kepada dunia pada tanggal 15 Mei 1948. Kira-kira seminggu yang lalu, orang Yahudi menyambut ulangtahun ke 62 penjajahan mereka ke atas bumi Palestin. Apa yang berlaku tidak perlu diulas panjang malah kita dapat menyaksikan betapa peritnya kehidupan umat Islam di sana yang saban hari bermandikan darah dan dihujani peluru dan mortar. Apakah kita sanggup berdiam diri melihat saudara seagama diperlakukan begitu? Palestin dijajah oleh Yahudi untuk dijadikan pusat pemerintahan mereka bagi menguasai dunia. Mereka sedang berusaha untuk merealisasikan impian mereka membina Negara Israel Raya dari Sungai Nil Di Mesir Ke Sungai Furat di Iraq bahkan mereka bercita-cita untuk menguasai kembali Kota Madinah Munawarrah. Kota Al-Quds yang terletak didalamnya masjid Al-Aqsa akan dinobatkan sebagai Ibu Negara bagi kerajaan tersebut. 

Apa yang sedang berlaku di kota Al quds sekarang? Orang-orang yahudi telah menguasai lebih 80 % Bandar tersebut dan mengusir umat islam sedikit demi sedikit. Pada Tanggal 15 Mac yang lalu mereka telah membina sebuah muzium dikawasan berhampiran Masjidil Aqsa untuk tujuan pelancongan bahkan bakal dijadikan tempat menyimpan bahan sejarah yahudi terutamanya akan diletakkan model rumah ibadat mereka “The King Solomon Temple”. Hasrat mereka adalah untuk mendirikan rumah ibadat di atas keruntuhan Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama kita dan bumi tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, 

Fenomena yang berlaku dewasa ini, wujud segelintir individu yang sanggup menyokong kezaliman demi memenuhi nafsu dan kepentingan diri. Individu ini tidak boleh dipercayai dan mereka yang menyokong kezaliman ini wajar ditentang. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menyokong kezaliman. Syukurilah nikmat yang kita miliki, hayatilah keamanan negara yang kita kecapi. Jadikanlah fenomena yang berlaku di negara luar sebagai pengajaran yang berguna demi memastikan kesinambungan generasi yang menikmati keamanan yang berpanjangan. 

Marilah sama-sama mendoakan agar saudara kita yang berada di Palestin diberi kemenangan dan kemuliaan tanah suci al-Quds serta terpelihara Masjidil Aqsa. Mengakhiri khutbah hari ini, renungilah Firman Allah SWT ini di dalam surah al-Baqarah ayat 120: 

Bermaksud:”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”. 



:  SUMBER  :

RIBUT SOLAR AKAN MELANDA BUMI..???

Apakah dimaksudkan ribut solar? Ia nya ialah satu fenomena matahari yang berlaku sekali setiap 11 tahun, ribut solar ini sememangnya berlaku..menurut laporan berita daripada Amerika syarikat, ribut solar itu berpunca daripada letupan geomagnet yang berlaku pada 22 januari 2012 yang lalu..


WASHINGTON (Reuters) - A strong geomagnetic storm is racing from the Sun toward Earth, and its expected arrival on Thursday could affect power grids, airplane routes and space-based satellite navigation systems, U.S. space weather experts said. 

The storm, a big cloud of charged particles flung from the Sun at about 4.5 million miles per hour (7.2 million km per hour), was spawned by a pair of solar flares, scientists said. 

This is probably the strongest such event in nearly six years, and is likely more intense than a similar storm in late January, said Joseph Kunches, a space weather specialist at the U.S. National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). 

This solar disturbance is a three-stage affair, or as Kunches said in a telephone interview from Boulder, Colorado: "We hit the trifecta." 

These are the stages he described, with the first two already affecting Earth: 

* First, two solar flares moving at nearly the speed of light reached Earth late on Tuesday. Such flares can cause radio blackouts. 

* Then, solar radiation hit Earth's magnetic field on Wednesday, with possible impact on air traffic, especially near the poles, satellites and any astronauts taking space walks. This phase could last for days. 

* Finally, the plasma cloud sent by the coronal mass ejection, which is basically a big chunk of the Sun's atmosphere, is expected to arrive at Earth early on Thursday. 

This phase can disrupt power grids, satellites, oil pipelines and high-accuracy GPS systems used by oil drillers, surveyors and some agricultural operations, scientists said. 

GPS systems used for less-refined functions, such as the turn-by-turn navigation found in many cars, should not be affected, according to NOAA's Doug Biesiecker. 

Kunches said the geomagnetic component of the storm may arrive a bit ahead of schedule because it follows a previous storm that left the Sun on Sunday and is currently buffeting the Earth's magnetosphere. 

"When you've already had one coronal mass ejection storm, sometimes the next coronal mass ejection storm is faster to get here," Kunches said. 

These storms could produce some vivid auroras, according to experts. In the Northern Hemisphere, the aurora borealis could be visible at mid-latitudes, which in the United States could include New York, Illinois and Iowa. 

Such stormy space weather is unusual in recent history, according to Harlan Spence, an astrophysicist at the University of New Hampshire who is principal investigator on the Cosmic Ray Telescope for the Effects of Radiation (CRaTER) aboard NASA's Lunar Reconnaissance Orbiter. 

"These relatively large (solar) events, which we've had maybe a couple of handfuls total in the course of a decade, we've now had two or three of them, more or less right on top of each other," Spence said by telephone. 

The Sun is on the ascendant phase of its 11-year cycle of solar activity, with the peak expected next year, scientists said. 

"It's a clear harbinger that the Sun is waking up," Spence said. "We're trying to put this in context not only ... of what has the Sun done in the past, but what is the biggest thing the Sun is capable of and what should we be planning for in terms of extreme sorts of events in the future." 
(Reporting By Deborah Zabarenko, Environment Correspondent; Editing by Will Dunham)
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran solar akan tiba di bumi sejam kemudian.Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

Jika dilihat cuaca negara kita hari ini, ribut tersebut tidak memberi kesan kerana hujan yang berterusan menyebabkan suhu menjadi sejuk akibat awan tebal. Allah sayangkan kita. Allah sayang Umno.

CALON ISLAM DAP DAN CALON BUKAN ISLAM PAS

Kenapa PAS dan DAP saling bersaing sesama sendiri dalam meraih undi Melayu dan bukan Melayu?  Kenapa mereka tidak bergerak sebagai satu entiti sepertimana MCA dan UMNO?
Di dalam BN, calon MCA adalah calon BN dan calon UMNO adalah calon BN tak kira apa agama dan bangsanya.  Tetapi  di dalam PR, calon PAS adalah calon PAS dan calon DAP adalah calon DAP, bukan calon Pakatan Rakyat.  Sampai bila harus begini?
Itu belum lagi dikira masalah perebutan kawasan dengan PKR.  Sudahlah begitu, perebutan kuasa juga semakin galak berlaku secara diam-diam di dalam PKR sehinggalah secara terbuka di dalam PAS.
Nampaknya, semakin angin pilihanraya bertiup kencang semakin kuat Pakatan Rakyat bergoyang.
Kita yakin, pemimpin PR sendiri menyedari masalah ini.  Kerana itu, kita lihat, berbagai-bagai cara dilakukan mereka untuk mengatasi masalah ini antaranya, memfatwakan bai’ah, mengugut atau memberi tekanan bagi memastikan ‘kesetiaan’ sesama sendiri terhadap parti dan pakatan kekal, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang.
Namun, mereka masih tidak mampu meletakkan kepercayaan penuh terhadap sesama sendiri dan inilah yang memaksa mereka mengambil langkah ‘persediaan’ bagi menghadapi kemungkinan yang paling buruk sekiranya pengkhianatan berlaku di saat akhir.   Mereka percaya jika mereka dapat meraih undi semua kaum maka lambat laun mereka tidak lagi perlu bergantung kepada parti-parti sekutu.
Bagi DAP, persediaan yang dibuat ialah dengan mengambil langkah awal menyiapkan barisan calon atau bakal pemimpin boneka mereka di kalangan orang Islam bagi menghadapi kemungkinan hubungan dengan PAS atau PKR retak teruk.
Mungkin sebagai tindakbalas, PAS pula mengumumkan akan meletakkan calon bukan Islam di beberapa negeri sebagai persediaan menghadapi kemungkinan yang sama.   Seperti juga DAP, PAS pastinya mengharapkan calon-calon bukan Islam ini boleh dikuasai sepenuhnya agar mengikut segala apa jua kehendak dan arahan PAS atau dalam ertikata lain, seorang boneka.
Menarik juga memikirkan antara calon bukan Islam PAS dan calon Islam DAP, siapa agaknya yang lebih Islam?  Jangan lupa, PAS pernah menyamakan taraf Lim Guan Eng dengan Khalifah iaitu jauh lebih tinggi dari sesetengah ulama PAS sendiri.
Apapun, selamat maju jaya kita ucapkan kepada PAS agar tidak dibonekakan pula oleh calon bukan Islam tersebut, sepertimana mereka telah akhirnya ‘ditarbiahkan’ oleh DAP walaupun sebenarnya berniat untuk mentarbiah DAP.
Yang pasti, belum pun memerintah negara, Pakatan Rakyat telah berada dalam keadaan retak menanti belah.
Parti yang asyik bertelagah dan pemimpin-pemimpin yang tidak percaya sesama rakan dan sekutu sendiri tentu akan hancur juga akhirnya.
Justeru, apakah masih ada di kalangan rakyat yang sanggup mengundi parti yang hancur sebagai pemerintah?

ANWAR : BROKER & BONEKA KUASA ASING DI MALAYSIA...!!!

EDISI 1.... (MUKADDIMAH)



Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan asing dalam sistem demokrasi di 
negara ini merupakan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar menyifatkan Ketua Pembangkang itu telah menjadi broker kepada kuasa asing yang seterusnya boleh membawa keadaan kucar-kacir di negara ini.

"Kalau kita tengok balik sejarah, Melaka tidak akan tumbang sekiranya tiada pengkhianat yang membukakan pintu kepada Portugis.

"Sekiranya Anwar dapat memerintah pun, dia tidak lebih daripada menjadi boneka kepada kuasa-kuasa asing yang sebelum ini dia minta campur tangan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada tahun 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



EDISI 2... (ISI-ISI PENTING)..... petang ni.....


PANASSS!!! PAS MENYOKONG PLURALISME....!!!

BUKAN AKU CAKAP...!!!
HADI AWANG YANG CAKAP!!!





 PAS adalah sebuah parti yang berpegang dan mempertahankan hak-hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama mereka dan bukan hanya Melayu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hari ini.
Presiden PAS berkata bahawa terdapat salah tanggapan bahawa pihak Islamis telah “ditinggalkan” prinsip-prinsip Islam dengan mengaitkan dirinya dengan PKR dan DAP majoriti Cina dan menuduh pengkritik PAS tidak sepenuhnya memahami Islam itu sendiri.
Beliau mengakui hakikat bahawa banyak pengkritik PAS yang mempersoalkan mengapa parti itu telah tidak diteruskan perbincangan perpaduan dengan Umno, tetapi menunjukkan bahawa cita-cita dan matlamat kedua-dua pihak adalah jauh berbeza.
“Masih terdapat banyak yang ditangkap tidak memahami prinsip Islam, apabila mereka merasa pelik untuk melihat PAS bekerjasama dengan pihak seperti DAP yang bukan Islam, yang telah dituduh sebagai cauvinis.
“Orang-orang yang sama membuat kesimpulan bahawa PAS telah mengorbankan prinsip dengan bekerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam blog posting hari ini.
Abdul Hadi menegaskan bahawa Islam itu sendiri bukanlah agama yang terikat kepada mana-mana kaum atau identiti nasional, dan bahawa prinsip asas menolak untuk keadilan untuk “masyarakat majmuk” dengan orang-orang dari agama yang berbeza.
PAS katanya menyokong idea pluralisme dalam masyarakat dan keperluan untuk menjaga semua kaum yang menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai garis panduan utama.
“PAS pendekatan yang berteraskan kepada Islam, dari segi hubungan dengan bukan Islam berbeza besar dari Umno yang sekular nasionalisme supercedes Islam. Di bawah Barisan Nasional, Islam tidak di barisan hadapan pentadbiran tetapi di bawah, “kata Ahli Parlimen Marang.
“PAS menjunjung keadilan untuk semua tanpa memaksa kepercayaan (kami), dan memastikan semua kaum dilayan secara adil dan diberi peluang untuk membina negara.
“Melayu mempunyai sifat-sifat istimewa, begitu juga dengan orang Cina, India dan lain-lain. Jika ada keadilan untuk semua kaum kita dapat membina sebuah negara yang lebih baik, “katanya.
PAS perpaduan Ketua Biro Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu The Malaysian Insider konsep “kemajmukan” telah berakar umbi dalam parti itu, dan berkata kepada pembentukan parti dan sokongan untuk sayap bukan Islam.
“Bagi PAS, kemajmukan adalah perlu untuk berada dalam masyarakat yang harmoni,” kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu.
:  SUMBER  :